Jumaat, 12 Januari 2018

Kenali Masalah Kesihatan Melalui Jerawat di Muka (Perubatan Cina)

Ruam, jerawat dan tompok gelap berhubung kait dengan organ dalaman kita. Melalui cela di muka kita dapat tentukan masalah kesihatan kita. Dr. Maoshing Ni dalam bukunya yang bertajuk "Secrets of Longevity" mengajarkan bagaimana untuk mengenalpasti tanda2 visual ini.


1. Dahi


Dahi dikaitkan dengan elemen api - jantung dan usus kecil. Perubahan warna kadang-kala berhubung dengan kekacauan emosi yang besar seperti kehilangan kerja, putus cinta dan lain-lain. Jika anda dapati terdapat garisan urat halus berwarna merah hijau (macam hulk tengah marah) pada dahi disertai debaran jantung dan kepeningan, mungkin anda perlu mendapatkan pemeriksaan jantung kerana ia mungkin tanda-tanda awal sakit lemah jantung.


Ringkasan:


Dahi


Elemen: Api
Organ terlibat: Jantung & usus kecil
Tanda-tanda:
+ Perubahan warna - kekacauan emosi yang hebat
+ Garis urat halus hijau dan merah - tanda-tanda awal sakit lemah jantung


2. Hidung


Hidung dikaitkan dengan elemen tanah - menunjukkan keadaan perut dan pankreas anda. Jerawat di hujung dan tepi hidung anda mungkin disebabkan anda memakan terlalu banyak makanan pedas dan berminyak SEKALIGUS - sudah sampai masa anda menukar diet anda dan lebihkan memakan sayur-sayuran (saya tak suka makan sayur T_T). Sekiranya anda mendapati ada kemerahan di atas tulang hidung anda, ia bermakna anda tertekan, yang mana ia adalah kes biasa kebanyakan pekerja dewasa (nak cek nanti time kena marah dengan bos or if stress). Anda mungkin mahu mencuba aktiviti untuk menghilangkan tekanan untuk menghilangkan tanda ini.


Ringkasan:


Hidung


Elemen: Tanah
Organ terlibat: Perut dan pankreas
Tanda-tanda & Cara Mengatasi:
+ Jerawat di hujung dan tepi hidung - makan terlalu banyak makanan pedas dan berminyak SEKALIGUS > tukar diet & lebihkan sayur-sayuran.
+ Kemerahan di atas tulang hidung - tertekan > buat aktiviti untuk menghilangkan tekanan.


3. Dagu (jerawat paling teruk saya di sini T_T)


Dagu anda dikaitkan dengan elemen air - rangkaian organ buah pinggang dan pundi kencing, termasuklah hormon dan kelenjar (terkial-kial nak recall balik subjek sains dulu-dulu). Cela-cela, perubahan warna dan kawasan hitam sekeliling dagu dan kawasan mulut menunjukkan terdapat masalah dengan buah pinggang dan pundi kencing (OMG!). Ia bermakna anda perlu meminum lebih banyak air untuk membuang toksik di dalam badan anda. Jerawat sekitar kawasan tersebut disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan anda. Bagi wanita, ia biasanya menunjukkan pra-mentruasi (patutlah ada kawan lelaki saya cakap dia tahu bila perempuan period or tak bila tengok muka perempuan). Jika anda sedang merancang kehamilan, pastikan anda memeriksa 'philtrum', kawasan betul-betul di atas bibir anda. Perubahan warna atau cela sekeliling kawasan tersebut menunjukkan masalah kesuburan (ada 1 ni yang teruk betul-betul atas bibir ni sekarang. means sekarang ni tak subur ke?).


Ringkasan:


Dagu


Elemen: Air
Organ terlibat: Rangkaian organ buah pinggang dan pundi kencing, hormon dan kelenjar
Tanda-tanda dan Cara Mengatasi:
+ Cela, perubahan warna dan kawasan gelap sekitar dagu & mulut - masalah buah pinggang & pundi kencing (nyaris nak tertaip kendi pucing, LOL) & perubahan hormon especially dekat nak period > perlu minum lebih banyak air untuk nyahtoksik dalm badan.
+ Perubahan warna dan cela sekitar 'philtrum', kawasan betul-betul atas bibir - masalah kesuburan (perlu dilihat terutama yang sedang plan kehamilan. tak ok=tak subur, ok=subur).


4. Pipi Kanan


Pipi kanan dikaitkan dengan elemen besi - Paru-paru dan usus besar. Jerawat ringan atau tompok ekzema (sejenis penyakit kulit macam kulit kering or gatal) yang kecil di pipi kanan anda menandakan anda akan diserang selsema. Ambil vitamin C (means makan buah like orange or tomato. supplement ramai doktor nasihatkan tak payah ambil sebab kesan tak elok di kemudian hari macam kesan kat baby or kesuburan) dan lebihkan rehat untuk mengelakkan selsema datang. Jika anda mempunyai kecenderungan asma/lelah/semput, anda mungkin perlu berjaga-jaga dengan garis halus biru hijau sepanjang pipi kanan kerana ia berlaku sejurus sebelum serangan asma.


Ringkasan:


Pipi Kanan


Elemen: Besi
Organ terlibat: Paru-paru dan usus besar
Tanda-tanda & Cara Mengatsi:+ Jerawat ringan @ tompok ekzema kecil di pipi kanan - akan mendapat selsema > ambil vitamin C (makan buah) dan lebihkan rehat untuk mengelak selsema datang.
+ Garis biru hijau sepanjang pipi kanan - serangan asma akan berlaku.


5. Pipi Kiri


Pipi kiri pula dikaitkan dengan elemen kayu - rangkaian pundi hempedu & hati. Kapilari yang pecah (macam urat merah bercabang-cabang) dan kemerahan betul-betul sebelah tulang hidung menunjukkan kepanasan, keradangan atau kesesakan toksik di dalam hati. Garis halus kekuningan di bawah mata mungkin menunjukkan kadar kolestrol anda adalah tinggi.


Ringkasan:


Pipi Kiri


Elemen: Kayu
Organ terlibat: Rangkaian pundi hempedu & hati
Tanda-tanda:
+ Kapilari pecah (garis urat merah cabang-cabang) & kemerahan betul-betul di sebelah tulang hidung - kepanasan, keradangan dan kesesakan toksik di dalam hati.
+ Garis halus kekuningan di bawah mata - kadar kolestrol tinggi


Sumber: http://health.mylaunchpad.com.my/wom...re-telling-you

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...