Kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan. Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret kita.
Jadi hari ini admin kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun.
1. Hilangkan kesan kuning pada ketiak baju
Untuk menghilangkan kuning ketiak di baju, anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor. gosok dan bilas. Atau boleh juga perahkan limau nipis di bahagian ketiak baju dengan biarkan seketika.
Kemudian letak sabun basuh lalu cuci seperti biasa. Ulangi jika kesan belum hilang.
2. Hilangkan kesan tahi lalat pada baju putih dan warna cerah
Campur cuka ke dalam setengah liter air.Kemudian rendam pakaian anda yang terkena tahi lalat dalam campuran air cuka tadi. Rendam semalaman. Keesokan hari cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.Atau gosok pakaian yang terkena tahi lalat dengan air limau nipis dan garam. Seterusnya jemur di bawah matahari terik. Selepas kering, ulang perkara yang sama sehingga tahi lalat atau kulat tadi hilang.
3. Bersihkan Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.4. Hilangkan Pakaian Terkena Karat
Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
5. Bersihkan pakaian terkena minyak
Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.6. Bersihkan kesan air coklat pada pakaian
Ini biasa pada pakaian anak-anak. Jangan simpan pakaian terkena kotoran ini sebaliknya terus basuh menggunakan cara ini. Ambil sabun mandi dan sental pada bahagian yang terkena tumpahan air tersebut. Lakukan sehingga kotoran hilang .
7. Hilangkan kesan darah pada pakaian
Biasa terjadi bila terkena luka atau period. Untuk hilangkannya basahkan bahagian yang terkena darah, kemudian gosokkan dengan sabun mandi di bahagian luar dan dalam. Rendam dalam air dan basuhlah seperti biasa.Ada macam-macam petua untuk hilangkan pelbagai kotoran sudah dikongsi. Lepas ni tak payah pening-pening lagi, boleh rujuk di sini. Selamat membasuh!
@via vanillakismis.my