Rabu, 1 Februari 2017

Malaysia Di Tangga Ke-19 Dalam Senarai Pasport Paling Berkuasa Di dunia

Menurut kajian pengembaraan 2017, pasport Jerman merupakan pasport paling berkuasa di dunia, diikuti Sweden, Singapura, Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Norway dan juga United Kingdom.
Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Passporttindex.com, pasport Malaysia kini berada di tangga ke-19, mengatasi kedudukan Korea Selatan.
Senarai tersebut dinilai berdasarkan jumlah negara yang tidak mewajibkan visa dan negara yang dilawati dengan menggunakan pasport.
Pasport Jerman membolehkan pemegangnya melawat 158 negara di seluruh dunia tanpa memerlukan visa sebelum berlepas.
Pasport Sweden dan Singapura membolehkan pemegangnya melawat 157 destinasi. Sweden berada di tempat kedua kerana 123 daripada 157 destinasi itu adalah percuma visa sama sekali, sementara Singapura, 122.
Pemegang pasport Malaysia membolehkan pemegangnya ke 154 destinasi tanpa perlu mendapatkan visa sebelum berlepas atau ketika tiba.
Dari 199 negara, pasport Afghanistan merupakan pasport yang paling lemah kerana pemegang pasport itu membolehkan mereka melawat hanya 23 negara tanpa visa.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...