1) Cari Dahulu Masalah Anda di Internet!
Kadang kala masalah anda dapat diselesaikan dalam masa 10 minit berbanding 4 jam – 6 jam diperlukan untuk reformat sepenuhnya dengan driver dan software.
2) Reformat = Bersihkan SEMUA !
Terdapat salah faham orang ramai mengenai reformat di mana reformat hanya mengelokkan kembali sistem yang telah rosak dan data tidak akan hilang. Sebenarnya, reformat akan menghilangkan semua data anda.
3) Backup Data Anda !
Ini adalah penting kerana data yang telah hilang selepas reformat amat sukar untuk didapatkan kembali. Anda boleh memindahkan ke semua data anda (gambar,dokumen, musik) ke tempat lain seperti External Hard Drive,Pendrive, atau di drive D dalam laptop itu sendiri sekiranya Windows anda di dalam C.
4) Survey Harga Reformat
Adalah lebih baik sebelum anda menghantar komputer anda reformat, anda menanyakan dahulu berapakah harga reformat. Kadang-kala ada sesetengah tempat mengenakan harga terlalu tinggi dan pelanggan terus bersetuju tanpa menanyakan dahulu harga.
5) Komunikasi
Adalah penting bagi pelanggan untuk menanyakan apa yang dilakukan oleh technician ketika reformat? Adakah driver dan basic software akan ditambah juga?
Sekiranya anda ada antivirus yang berbayar amatlah penting anda memberitahu kepada technician supaya key antivirus dapat digunakan selepas reformat.
6) Selepas Reformat
Kebiasaan technician akan memberitahu bahawa komputer anda telah diformat dan sedia untuk diambil. Beritahu kembali pada waktu bilakah anda akan mengambil komputer anda (seelok-eloknya tidak melebihi 3 hari).
Jangan biarkan komputer anda terlalu lama terbiar (2minggu,sebulan atau setahun) di kedai komputer, melainkan anda sedia mengorban komputer anda untuk menjadi spare part kepada komputer lain.