Khamis, 1 Mac 2018

14 Firasat Melayu Lama Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi. Antara lain adalah seperti berikut:

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

2. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

3. Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

4. Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.

5. Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.

6. Ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

7. Jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

8. Kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

9. Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

10. Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermakna ada benda mistik yang tidak elok bertandang.

11. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.

12. Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.

13. Kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.

14. Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.

Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam.

P/s:Untuk pengetahuan sahaja ,Allah yg berkuasa atas kehendakNya والله اعلم والحمد لله رب العالمين


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...