Dalam salah satu artikel pernah
membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga
pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari
ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa
pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur
tertentu. Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari “Jurnal perubatan
Britain” yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi
perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan
timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis
dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur
atau hujung 40-an.
Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari hal tersebut.
Maha suci Allah! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu.
Allah swt berfirman:
“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan … “(Surah Al-Ahqaaf: 15)