Di Malaysia, kejadian banjir sering kali
berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan.
Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta
anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa
tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami
banjir.
1. Selepas banjir surut, periksa kereta
anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan
bahagian dalam kabin kereta.
2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta.
Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa
membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba
menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua
sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan
elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat
berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di
ganti.
3. Kos untuk sebuah kotak komputer
bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di
atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi
semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor
harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak
berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor
untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan
baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan
pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear
tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas
itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu
sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan
termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk
sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik
yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang
berkaitan dengannya akan rosak.
4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
5. Periksa palam pencucuh kereta anda.
Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke
dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak
bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua
peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2
atau 3 hari). Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta
kerana kotak gear belum diperiksa.
6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan,
murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa
minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air,
warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika
bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan
periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak
gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya
proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih
kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang
melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak
enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air
seperti penapis udara (original).