Isnin, 13 Mac 2017

10 Penemuan Perubatan

MAJALAH Time baru-baru ini menggariskan 10 penemuan perubatan. Ia meliputi teknik, vaksin, rawatan, diet, penyakit dan risiko.



1. Teknik Pengklonan Untuk Mencipta Sel Stem

Sekumpulan penyelidik melaporkan mereka berjaya menggunakan teknik Pemindahan Sel Nuklear Somatik (SCNT) - teknik yang sama mencipta Dolly, kambing biri-biri yang merupakan mamalia pertama diklonkan - ke atas sel manusia.

Oktober lalu, saintis di Yayasan Sel Stem New York berjaya mengubahsuai teknik tersebut dengan menggabungkan DNA sel manusia dengan bahan genetik sel telur. Cubaan sebelum ini mengklonkan sel manusia menggunakan teknik SCNT gagal.

Penemuan tersebut memberi harapan dalam bidang perubatan kerana berkemungkinan dapat menghasilkan sel stem yang akan digunakan untuk merawat penyakit seperti kecederaan saraftunjang dan Parkinson, satu hari nanti.

2. Vaksin Malaria Yang Pertama

Vaksin malaria pertama yang telah diuji ke atas kanak-kanak di Afrika merendahkan risiko jangkitan malaria sehingga setengah - penemuan luar biasa memandangkan tiada vaksin menentang parasit manusia atau malaria yang dihidap berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun sebelum ini.

Para saintis melaporkan vaksin eksperimen yang dikenali sebagai RTS,S itu efektif sehingga 56% dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 bulan daripada terkena jangkitan malaria dalam tempoh setahun imunisasi itu.

Namun, tempoh percubaan vaksin eksperimen itu dijangka hanya akan berakhir pada tahun 2014 kerana saintis masih menjalankan pemerhatian terhadap 15,460 orang kanak-kanak tersebut bagi melihat berapa lama vaksin itu dapat bertahan.

3. Rawatan HIV Sebagai Pencegahan

Rawatan untuk HIV telah lama dijalankan dengan penggunaan dadah jenis antiretroviral (ARV) yang dapat merendahkan paras virus itu di dalam tubuh manusia, mengekalkan kesihatan pesakit dan mengurangkan risiko penyebaran HIV.

Kajian baru-baru ini mendapati dadah yang sama digunakan bagi merawat jangkitan itu juga dapat memberi perlindungan kepada mereka yang tidak menghidap HIV daripada dijangkiti.

Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Washington yang melibatkan sebanyak 4,758 pasangan heteroseksual yang seorang daripada mereka menghidapi HIV positif, penjangkitan virus kurang sehingga 73% selepas 3 tahun apabila pasangan yang tidak dijangkiti virus tersebut mengambil pil ARV.

4. Piramid Makanan Menjadi 'Sepinggan' Makanan

Jika sebelum ini Garis Panduan Diet untuk Rakyat Amerika (DGA) mencadangkan piramid makanan sebagai diet seimbang yang menyihatkan, kini mereka memperkenalkan MyPlate, carta makanan berbentuk pinggan.

Carta pinggan berwarna-warni itu dibahagikan kepada 4 bahagian sama rata iaitu buah, sayur, bijian dan protein serta bulatan kecil di tepi pinggan itu yang mewakili hasil tenusu, menggantikan piramid makanan yang mengelirukan.

Kajian yang dikeluarkan Januari lalu menggalakkan orang ramai untuk merendahkan semua jumlah jenis makanan dan mencadangkan mereka mengurangkan gula, garam dan lemak, menyeimbangkan jumlah pengambilan dengan pembakaran kalori, mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan makanan berasaskan tumbuhan serta makanan laut dan mencadangkan senaman fizikal selama 150 minit setiap minggu.

5. Bahagian Badan Membesar Dalam Makmal

Pengarah Institut Perubatan Penjanaan Semula Wake Forest, Dr. Anthony Atala, pada Mac lalu telah mencipta uretra, iaitu tiub kecil yang bertanggungjawab membawa air kencing keluar daripada badan, yang boleh berfungsi dengan baik.

Atala menghasilkan satu bekas menyerupai tiub uretra dan kemudian membenihkannya dengan sel pundi kencing pesakit lalu membiarkan ia 'tumbuh'. Apabila organ buatan manusia itu dialihkan ke dalam badan pesakit, ia kemudian terus menjalankan tugas menyingkirkan bahan buangan itu.

6. Kaitan Aneh Antara Bakteria dan Kanser Usus Besar

Oktober lalu, kumpulan penyelidik melaporkan bakteria Fusobacteria yang jarang ditemui tetapi didapati membiak di sel kanser kolon dan dikaitkan dengan kemungkinan tinggi untuk jangkitan kanser.

Membandingkan tisu kolon yang sihat dan sel kanser, penyelidik mendapati Fusobacteria 100 kali lebih banyak berada dalam sel kanser.

Ia merupakan kali pertama Fusobacteria dikaitkan dengan kanser. Kajian sebelum ini mendapatibakteria itu dikaitkan dengan risiko tinggi penyebab radang usus besar berulser, keadaan di mana keradangan itu menghapuskan sel yang melapisi usus besar.

7. Penemuan Efektif Mengurangkan Berat Badan

Berdasarkan kajian terbaru, dadah jenis Onexa dapat mengurangkan sehingga 10% berat badan pesakit yang obes dalam tempoh setahun.

Pil tersebut menggabungkan dua jenis dadah iaitu phentermine yang mengurangkan selera dantopiramate yang berfungsi mengawal serangan epilepsi dengan mengatur caj elektrik antara sarafotak yang turut mengawal fungsi tubuh membakar kalori.

Pesakit yang mengambil pil tersebut turut menunjukkan kemajuan dalam tekanan darah mereka, paras gula di dalam darah dan tahap kolesterol, semua yang dapat merendahkan risiko penyebab serangan jantung.

8. Anjing Boleh Menghidu Kanser Paru-paru

Penyelidik dari Jerman baru-baru ini berjaya melatih sekumpulan anjing selama 9 bulan untuk membezakan sampel nafas pesakit kanser paru-paru dan mereka yang sihat.

Saintis mendapati anjing-anjing itu dapat menyedari perubahan sebatian yang tidak begitu ketara dalam nafas pesakit kanser tetapi mereka tidak dapat menerangkan apa perubahan tersebut.

9. Air Liur Menentukan Usia

Penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapati usia mayat yang ditemui dapat ditentukan dari bahan genetik mereka iaitu air liur.

Pengaruh persekitaran seperti diet, tekanan, pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebarang agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu malah toksik sekalipun tidak dapat menukar DNA di dalam air liur.

10. Peramal Risiko Kematian?

Satu kajian mendapati ujian darah yang ringkas dapat meramalkan siapa yang berkemungkinan untuk meninggal dunia kerana serangan jantung ataupun kanser. Kajian selama 12 tahun terhadap hampir 2,000 orang mendapati mereka yang mempunyai paras enzim digelar katepsin S di dalam darah lebih berkemungkinan besar untuk meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Penyelidik masih tidak dapat menentukan bagaimana katepsin S menyebabkan sakit jantung atau kanser tetapi syarikat perubatan kini sibuk cuba menghasilkan bahan yang dapat menyekat kesannya.

sumber: www.time.com , sihatselalu.com

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...