Setiap pasangan suami isteri mempunyai keistimewaan masing-masing.
Banyak perkara yang boleh dibanggakan mengenia mereka berdua. Komunikasi
adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam rumahtangga. Ramai
pasangan yang gagal dalam membentuk komunikasi yang positif. Komunikasi
sebegini bukan sahaja tidak sihat malah boleh menjurus kepada kegagalan
di dalam rumahtangga.
5 perkara yang harus di hindari dalam komunikasi suami dan isteri.
1) Jangan Membisu
- Selalu mengambil langkah berdiam diri bukanlah satu perkara yang
bijak. Jika ada sesuatu masalah, usah membisu dan mendiam diri. Berterus
terang jika ada berlakunya masalah dalam rumahtanggan. Jangan sesekali
berfikir “lantak kau laa”, “engkau engkau, aku aku”. Biasa sikap ini
timbul bila pasangan sudah putus asa untuk menasihati pasangan untuk
memperbaiki kesilapan yang lepas. Ia boleh meruntuhkan kepercayaan
sesama pasangan jika sikap membisu terus di amalkan.
2) Jangan Berleter.
- Berleter sangat sininom dengan isteri. Daripada leteranlah wujudnya
sumpah seranah yang sering mencari kesilapan pasangan. Ia juga berlaku
kepada suami yang suka berleter dan sering mencari kesalahan isteri.
Kesan leteran ini bukan sahaja boleh melibatkan pasangan malah jika
tidak di bendung lebih awal, takut anak-anak pula jadi mangsa.
3) Buang perasaan bersaing
- Mungkin kedua pasangan datangnya daripada keluarga yang berada dan
sama taraf. Ataupun mungkin sebaya dan keturunan. Perasaan untuk sering
bersaing sesama pasangan dijadikan amalan dalam kehidupan rumahtangga.
Perasaan sebegini boleh menyebabkan tingginya ego masing-masing. Bila
tinggi ego, tidak mahu mengalah atau bertolak ansur, akan wujudnya satu
persekitaran yang tidak sempurna di dalam rumah tangga.
4) Jangan mengugut
- Jangan sesekali mengugut suami atau isteri. Jangan ungkapkan perkataan
“Derhaka!!”, “Aku tak redah dengan apa yang aku beri”, “Berani kau
balik lewat, tidur lah kat luar!!!”. Ayat-ayat sebegini tidak harus di
ungkapkan di dalam rumahtangga. Sebelum membuat ugutan, lihatlah pada
diri sendiri. Adakah diri itu sempurna menjadi seorang suami atau
isteri? Adakah diri itu amalan suami isteri dalam Islam di laksanakan
dengan betul?
5) Jangan Menuduh
- Jangan selalu menuduh pasangan tanpa usul periksa dan bukti yang
kukuh. Buangkan perasaan yang curiga dalam pasangan. Jangan kaitkan
kisah-kisah lampau pada pasangan tidak perlu diingat kembali. Jika
dahulu suami kaki perempuan, jangan menganggap ia tetap akan berlaku
selepas berkahwin. Percaya kepada pasangan kerana masing – masing
sudahpun mempunyai tanggungjawab yang berat selepas berkahwin. Kawal
emosi supaya lebih stabil. Emosi yang tidak stabil boleh menimbulkan
perasaan curiga pada pasangan.
Kelima-lima perkara ini haruslah di tanggani dan di elakkan dalam rumah
tangga. Fahami bagaimana untuk menghindarkan diri daripada perkara di
atas. Ianya bukan sahaja membantu dalam membentuk komunikasi yang
positif tetapi membentuk rumahtangga yang bahagia.
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Sabtu, 22 Oktober 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.