Dan
Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda kerajaan
Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada
kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman
jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah
ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu
dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu
mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang
yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248
Surah al-Baqarah ayat: 248
Apabila
bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu
padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah
memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka
dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat
mengalahkan musuh-musuh mereka.
Peti
tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan
barang-barang orang-orang soleh dari keturunan yahudi. Mereka mendapat
ketenangan dengan peti tersebut.
Telah
jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah
di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah telah
menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna
sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika
Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah
tersebut telah diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan.
Terdapat
dalam Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan
emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter
atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya.
Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera
mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi
kemenagan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang
mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki
Tabut.
Tabut pada
pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang terdapat
pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi Daud akan hadir
bersama mereka.
Dan
ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman
meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak
berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya Roh Allah akan menjelma
pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut
dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman.
Terdapat
berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang
mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis
telah melarikan Tabut ke Mesir. Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap
mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang
telah berusia paling sedikit 3200 tahun.
Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood
Kesannya
Setengah daripada
kaum yahudi berpendapat Tabut tersimpan dibawah masjid Al-Aqsa. Dimana
terdapat juga orang-orang palestin memberi kerjasama mencari Tabut
kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah ternampak peti
tersebut ditanam satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum yahudi akan tetap
mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk
membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak kepada kebenaran.
Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat kebenaran,
mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang yahudi
cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci.
Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.
eti Tabut ini
mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi
sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti
sebenar.
Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.
Pencarian
masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan
sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat
gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur
dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.
Di Bawah Masjid Al-Aqsa