Selasa, 22 Januari 2019

Kisah Rasulullah s.w.t (sungguh di dalam kerugian jika tidak membaca)‏

1)     Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual.

2)     Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada
di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3)     Jiika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat
pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4)     Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak
ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan
ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti
'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja
hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5)     Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul
isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'  Lantas soalan
itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi
nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'  'Aku tidak bertanyakan
alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu
dan ibu kepada anak-anakmu?'

6)     Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya
sebagai pemimpin umat.

7)     Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. 
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda
yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan
melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya
Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat,
tuan sakitkah ya Rasulullah?'  'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar
seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak
Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,
buat untuk menahan rasa lapar baginda.  Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila
tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat
tuan?'  Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan
ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah
kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8)     Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9)     Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang
Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur
dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati
dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab
untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah
baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak
mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina
'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau
masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...