Kecederaan kepada ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament
atau ligamen krusiat hadapan) membabitkan ligamen ACL yang tercedera
yang terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh
dengan sendiri.
Tanpa ACL, lutut mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut.
Aktiviti seperti bermain bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan berjalan di atas permukaan licin dan berlopak menjadi lebih sukar.
Bagaimana kecederaan ACL berlaku?
– Terpijak di dalam lopak.
– Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba-tiba).
– Memusingkan badan sambil kaki terpasak ke tanah, manakala lutut akan terpusing dan terpelecok iaitu apabila hendak menendang bola.
– Jatuh dengan kekok dari lompatan sama ada untuk menendang, menanduk bola atau menangkap bola iaitu kurang cermat ketika membuat pendaratan selepas melompat.
– Tidak tahu bila dikasari oleh pihak lawan di mana dirempuh atau direbahkan dengan lasak.
Kesan kecederaan ACL yang tidak menerima rawatan
Selepas beberapa tahun, lutut kerap dan mudah untuk terpelecok berlaku dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi kronik.
Pada waktu ini, pesakit tidak dapat bermain, berjalan jauh, berdiri lama, menaiki tangga atau bersolat dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak dan pergerakan terjejas.
Berat badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini memberi kesan pada lutut kerana terpaksa memikul lebih bebanan manakala masalah kesihatan lain akibat kegemukan mungkin juga timbul.
Sayangnya usia pesakit mungkin hanya 30-an atau 40-an manakala badan dan kemahuan masih ada untuk terus aktif tetapi keadaan lutut tidak mengizinkan.
Mengesan kecederaan ACL
Diagnosis kecederaan ACL dilakukan selepas melakukan pemeriksaan yang teliti ke atas pesakit dan lutut yang tercedera.
Sinaran-X dan MRI atau salah satu daripadanya mungkin dilakukan bagi menyokong diagnosis. Sinaran-X dilakukan untuk menentukan jika ada keretakan atau kepatahan tulang.
Ia tidak dapat menetukan sama ada ligamen ACL sudah terputus. Hanya pemeriksaan MRI (magnetic resonance imaging) dapat menunjukkan ACL dengan jelas.
Rawatan
Rawatan tanpa pembedahan:
– Ini mungkin disebabkan faktor usia pesakit atau aktiviti harian yang dilakukan tidak begitu lasak.
– Pesakit merasai kestabilan lutut tidak begitu terjejas.
– Rawatan meliputi atau merangkumi program menguatkan otot, selalunya menggunakan alat pendakap untuk membantu kestabilan.
Rawatan pembedahan:
– Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan ke dalam sendi.
– Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakan sendi lutut kepada keadaan asal.
Oleh: Dr. Ezlan Merican, Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan Hospital Pantai Ampang