Rabu, 2 Ogos 2017

Kenapa Setelah Berkahwin Isteri Tidak Lagi Kelihatan Cantik Berbanding Wanita Lain?

Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
“Ketika aku mengkagumi calon isteriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya saya lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun perkahwinan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada isteriku. ”

Syeikh berkata: أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمر !?
“Apakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah daripada yang engkau alami ketika ini !?”

Lelaki yang bertanya itu menjawab: “Iya, aku mahu.”

Syeikh: “Sekalipun engkau mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu dari pada wanita manapun.”

Lelaki yang bertanya itu tersenyum masam, lalu ia bertanya: “Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?”

Syeikh itu meneruskan: ليس الأمر في عرسك, وإنما هو في قلبك الطامع وبصرك الزائغ, ولا يملأ عين ابن آدم الا التراب
“Masalah sesungguhnya bukan terletak pada isterimu, tapi terletak pada hati rakusmu dan mata keranjangmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah kubur. ”

Rasulullah bersabda:
لو أن لابن آدم واديا من ذهب أحب أن يكون له ثانيا, ولن يملأ فاه إلا التراب, ويتوب الله على من تاب
“Andaikan anak Adam itu mempunyai lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang boleh memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat “.

Lalu Syeikh itu bertanya, “Apakah engkau ingin isterimu kembali seperti dulu, menjadi wanita terindah di dunia ini?”

“Iya Syeikh,” jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.

Syeikh: فاغضض بصرك, فإن من ارتضى بحلاله رزق الكمال فيه
“Pejamkanlah matamu dari hal-hal yang haram … Ketahuilah, orang yang merasa cukup dengan suatu yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam barangan halal tersebut.

semoga bermanfaat

Sumber: fiqhmenjawab.net

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...