Rabu, 6 November 2019

Mustafa Kemal Ataturk

Mustafa Kemal Ataturk adalah salah seorang ejen syaitan dalam menjatuhkan Kerajaan 
Uthmaniah, sekali gus mencantas kuasa besar Islam pada awal abad ke-20. Sesudah 
kejatuhan Kerajaan Uthmaniah, umat Islam terus-menerus lemah. Kebanyakan Negara 
umat Islam kini dikategorikan sebagai Negara miskin.
 
Kerajaan Uthmaniah adalah kuasa besar Islam yang terakhir. Kerajaan Uthmaniah 
mengurus dan mentadbir dua tempat tumpuan umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. 
Sesudah kehancuran Kerajaan Uthmaniah, Makkah dan Madinah ditadbir oleh Arab Saudi.
Malah pada zaman kegemilangannya, Kerajaan Uthmaniah turut menguruskan kota 
Baitulmaqaddis.
 
Mustafa Kemal dilahirkan di Bandar Salonika, Turki pada tahun 1880. Ibunya bernama
Zubaidah. Bapanya, Ali Ridha adalah seorang Mulhid (ateis). Bagaimanapun, ada 
pendapat mengatakan dia anak hasil perzinaan ibunya dengan seorang Yahudi.
Dia memulakan persekolahan di Salonika. Kemudian masuk ke sekolah tentera di 
Monestar, di Kota Balkan yang terkenal sebagai pusat utama penentangan pada sistem 
khalifah. Mustafa Kemal kemudian berkhidmat dalam tentera. Jawatan dalam tentera 
didaki sedikit demi sedikit.
 
Secara zahir, dia kelihatan memusuhi Inggeris dengan ucapan marah yang penuh 
retorik dan berapi-api terhadap Inggeris. Sedangkan dialah tali barut Inggeris yang
menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul ketika itu.
 
Mustafa Kemal cukup licik berpolitik. Kemenangan Turki ke atas tentera Yunani di 
Anatoli khususnya di wilayah Sicoria, Azmir dan Avion di bawah pimpinan Mustafa 
Kemal hanya satu sandiwara. Kemenangan itu hakikatnya sudah dirancang sebagai satu

strategi mangaburi mata umat Islam supaya mengakui kehebatan Mustafa Kemal. Mustafa
Kemal kemudian diberi gelaran seperti ‘ghazi’ (mujahid) dan ‘Khalid Turki’.
 
Sedangkan Mustafa Kemal itu antara orang yang terlibat memungkinkan konspirasi 
perjanjian rahsia termeterai antara Kerajaan Uthmaniah dengan Jerman. Perjanjian 
yang dimeterai pada 2 Ogos 1914 ini memaksa Kerajaan Uthmaniah memihak kepada 
Jerman dalam Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini membawa kepada kelemahan dan 
ketenatan berganda di pihak Kerajaan Uthmaniah.
 
Pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal bertanggungjawab ke atas pembubaran sistem khalifah 
di Turki. Dia selanjurnya membangunkan Turki sehingga diberi gelaran yang lebih 
hebat seperti ‘Penyelamat Turki’ dan ‘Bapa Pembangunan Turki Moden’.
 
Tindakan lain yang dilakukan oleh Mustafa Kemal termasuk :
 
* Menghapuskan sistem khalifah dan menggantikan dengan sistem republik;
 
* Menghapuskan hak dan kemudahan sultan atau khalifah;
 
* Mengharamkan tudung bagi wanita, sebaliknya menganjurkan mereka memakai pakaian 
Barat yang terdedah;
 
* Mengharamkan topi tarbus, sebaliknya digantikan dengan topi yang dipakai oleh 
‘bangsa yang maju’;
 
* Menghapuskan tulisan Arab dan menggantikannya dengan tulisan Latin;
* Mengubah beberapa buah masjid termasuk Aya Sofiya kepada muzium;
* Menghapuskan kelendar hijrah, manakala cuti hari Jumaat digantikan dengan cuti 
hari Ahad;
 
* Bangsa Kurdis di Turki (bangsa dan keturunan Salahuddin al-Ayubi) dihapuskan 
dengan membakar kampung mereka, memusnahkan binatang ternak dan hasil tanamam 
mereka, memperkosa dan menyiksa wanita; dan
 
* Menggalakkan minum arak, zina, pelacuran dan rasuah wanita termasuk para isteri.
Perkara-perkara di atas sudahpun didokumentasikan sebagai KPI (Key Performance 
Index) dan wawasan perjuangannya sejak 1919 lagi.
 
Sikap Mustafa Kemal itu menjadikan bangsa Yahudi semakin berani di Turki, malah di 
seluruh dunia. Dengan kuasa yang ada Mustafa Kemal, pembinaan negara haram Israel 
menjadi mudah. Pengamal media berbangsa Yahudi, Yunus Nadi, adalah antara orang 
kanan Mustafa Kemal. Seorang pelacur Yahudi, Khalidah Adib, diangkat sebagai 
menteri pendidikan.
 
Sebelum mati, Mustafa Kemal sempat memberi wasiat supaya jenazahnya tidak 
disolatkan.
 
Banyak pihak cuba membuktikan Mustafa Kemal sebenarnya berbangsa Yahudi. Ada pihak 
yang menyifatkannya sebagai contoh munafik yang unggul dalam zaman moden.
Ada yang menyifatkan Mustafa Kemal sebagai ‘Yahudi rahsia’ daripada kelompok Yahudi
Doenmeh. Dipercayai ada tiga kelompok besar ‘Yahudi rahsia’ yang tetap berpegang 
kepada ajaran Yahudi biarpun zahirnya Islam. Jadidim atau asalnya dipanggil Jedid 
al-Islam ialah Yahudi Islam di Parsi, Daggatus ialah Yahudi badwi di Sahara dan 
Doenmeh atau Ma’aminin, Yahudi Islam di Asia Kecil.
 
Pada tahun 1686 dikatakan terdapat lebih 300 keluarga Yahudi memeluk Islam di 
Salonika. Di sinilah Mustafa Kemal dilahirkan.
 
Wallahu’alam.
 
Zulkifli Khair; Offline Dengan Syaitan; PTS Islamika Sdn. Bhd.; Batu Caves, 2010. 

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...