Ahad, 29 Oktober 2017

15 Tip Meraih Syafaat Nabi Muhammad S.A.W

1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harith r.a. menuturkan, yang mafhumnya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam.” (Hadith Riwayat Tarmizi)

2. Dahulukan Kanan
Daripada 'Aaisyah r.a. katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam lebih suka mendahulukan yang kanan di dalam segala hal yakni (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi.“ (Hadith Riwayat Muslim)

3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi Wasallam ialah pakaian Qomis).” ( Hadith Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4. Bercelak
Ibnu 'Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).”

(Hadith Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Hadith Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban)

6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam makan menggunakan tiga jari Baginda. Selepas makan, Baginda menjilati ketiga-tiganya.”

(Hadith Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7. Minum
Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Hadith Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Hadith Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10. Berkata
Anas ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam mengulangi perkataan Baginda sebanyak tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Hadith Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi Wasallam hanyalah senyuman.” (Hadith Riwayat Tarmizi)

12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi Wasallam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?”

(Hadith Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur
Aisyah r.a. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.”

(Hadith Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah.

(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi Wasallam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Hadith Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

~sama2 lah kita mengamalkan sunnah2 Baginda Nabi Muhammad SAW ini agar kita semua terglong di kalangan orang2 yang akan mendapat SYAFAAT Nabi di hari akhirat kelak dan supaya kita dapat menjadi umat Baginda yang dikasihani dan diredhai dan disayanginya. mudah2an..~

Amin...


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...