Pengguna
laptop mempunyai kelebihan berbanding pengguna desktop dimana laptop
boleh dihidupkan tanpa sambungan kuasa elektrik. Ini adalah kerana
laptop dilengkapi bateri yang memberikan bekalan kuasa selama beberapa
jam.
Namun demikian kuasa bateri laptop akan berkurangan selama jangka hayat penggunaanya.
Kali ini saya ingin berkongsi tips macam mana nak memanjangkan jangka hayat bateri laptop.
Pertama sekali anda perlu pastikan bahawa pemproses CPU anda tidak
membawa bebanan kerja terlalu banyak. Untuk mengetahui bebanan (load)
kerja CPU, tekan CTRL + SHIFT + ESC. Di tab "Performance", anda boleh
lihat bebanan kerja CPU anda.
Pastikan ianya tidak bekerja pada tahap 100% dalam jangka masa yang
terlalu lama. Jika anda lihat graf bebanan itu sentiasa di tahap 100%,
bermakna kuasa bateri anda akan cepat berkurangan kerana CPU anda
memerlukan kuasa yang banyak ketika ianya bekerja.
Tips ke 2, lihat program-program yang anda buka. Jangan buka terlalu
banyak program dalam satu masa. Tutup program yang tidak digunakan. Jika
anda sedang bekerja dengan program seperti microsoft word dan excel,
tutup program sampingan yang tidak digunakan seperti yahoo messenger dan
skype.
Tips ke 3, pastikan kecerahan (brightness) skrin laptop anda diset
serendah yang mungkin. Ini adalah kerana skrin laptop memakan kuasa yang
banyak. Kuasa penggunaannya dapat dikurangkan jika kecerahannya
diturunkan.
Tips ke 4, Video dan games membebankan pemproses CPU dan grafik GPU,
dan lagi banyak bebanan CPU, lagi tingggi kuasa diperlukan. Games dan
Video memberi bebanan pada kedua-dua CPU dan GPU, manakala program yang
tidak memerlukan grafik yang tinggi seperti microsoft office, pelayar
internet dan messenger hanya memberi bebanan pada pemproses CPU sahaja.
Tips ke 5, Kebanyakan laptop dilengkapi sistem internet tanpa wayar
"Wi-Fi" atau mudah dipanggil sebagai "Wireless". Jika anda tidak
menggunakan internet, tutup fungsi "Wireless" pada laptop anda.
Suisnya selalunya tersorok dan tidak begitu menonjol. Apabila anda
sudah menutup suis tersebut, lampu yang mempunyai simbol seperti antena
akan padam.
Dengan tertutupnya fungsi ini, kuasa dapat dijimatkan dan memanjangkan jangka hayat bateri.
Tips ke 6 - Cabut pendrive atau apa-apa peralatan USB selepas digunakan. Peralatan USB menarik kuasa dari bateri laptop.
Jika anda menggunakan tetikus/"Mouse", pastikan anda menggunakan dari
jenis yang biasa, bukan yang ada lampu kelip2 dan sebagainya kerana
ianya menarik kuasa lebih dari tetikus biasa.
Diharap tips ini dapat membantu anda menjimatkan dan memanjangkan
jangka hayat bateri laptop anda.-----macam-mana-eh.blogspot.com