2. Dedahkan minat membaca ini sejak dari awal lagi iaitu ketika anak masih bayi. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengajar anak membaca ketika bayi. Bercakap dengan kerap kepada bayi anda adalah satu proses awal sebelum mendedahkan mereka kepada buku bacaa. Jadi mulakannya dari sekarang!
3. Galakkan anak-anak untuk bercakap seperti memberikan pandangan dan pendapat. Ini membantu mereka untuk mempraktikkan perkataan-perkataan yang mereka dengar.
4. Mulakan pembacaan awal dengan buku bergambar. Kita ceritakan tentang gambar tersebut dan kemudian galakkan pula anak untuk bercerita tentang gambar tersebut.
5. Lakukan aktiviti pembacaan dalam susasana yang gembira dan jauh dari tekanan. Ramai ibubapa yang ingin anak cepat membaca, namun lakukannya dalam cara yang tidak memaksa. Berilah anak kebebasan dan berikan dia sedikit ruang untuk belajar dalam keadaan yang menggembirakannya.
6. Jadikanlah amalan membaca itu satu budaya di dalam keluarga. Jika kita adalah ibubapa yang suka membaca, maka anak-anak juga akan rasa terangsang dengan membaca. Tiada paksaan dan mereka akan dengan sendirinya memilih buku dan mula melihat gambar-gambar yang menarik.
7. Adakan ruang khas seperti perpustakaan mini untuk anak. Beri mereka ruang untuk memilih sendiri buku kegemaran mereka. Tidak mengapa jika hanya memilih buku yang sama kerana ia juga bagus untuk langkah awal membaca.
Rangsangan berterusan amat perlu bagi memastikan anak dapat membaca seawal mungkin. Semoga dengan kemahiran membaca ini, anak akan lebih bijak, menjadi anak yang soleh dan solehah demi kepentingan Islam.
Selamat membaca bersama anak!
http://siraplimau.com/7-cara-rangsang-anak-membaca/