SYAIKH Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin-rahimahullah pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”
Beliau menjawab:
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah
diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad.
Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman
Allah Ta’ala,
“Jika
mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka
itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat
itu bagi kaum yang mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11)
Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 82)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
“Perjanjian
antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa
meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An
Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)
Pendapat
yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran
adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat
tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.
Abdullah
bin Syaqiq -rahimahullah- (seorang tabi’in yang masyhur) mengatakan,
“Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah
menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan
menyebabkan dia kafir selain perkara solat.”
[Perkataan
ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy;
seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan
menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini
adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab,
hal. 52, -pen]
Oleh
karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat,
puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang
dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Oleh
sebab itu, kami katakan, “Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Adapun
jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana
orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah
daripadanya.
[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]