Jumaat, 31 Ogos 2018

Menarik! Wanita Dan Perfume Serta Hukumnya

Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.

Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.

Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.

Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:
“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.

Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:
“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:
“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.

Khamis, 30 Ogos 2018

Rasulullah Menyarankan Lelaki Memelihara Janggut

Pensyari’atan janggut dalam Islam adalah khusus bagi laki-laki (bukan pada wanita) dan bagi mereka yang memang Allah dikurniakan janggut yang tumbuh di pipi dan dagunya. Jika memang seseorang yang “dari sananya” tidak tumbuh janggut, tentu tidak dikenakan kewajiban (memelihara) janggut. Allah telah berfirman: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” [QS. Al-Baqarah: 286].

Ada begitu banyak hadis Nabi yang menyuruh lelaki untuk memelihara janggut.

“Potong pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.” (HR. Muslim no. 623)

“Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut. “(HR. Muslim no. 625)

“Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk memotong pendek misai dan membiarkan (memelihara) janggut.” (HR. Muslim no. 624)

“Pendekkanlah misai dan biarkanlah (perihalah) janggut dan selisilah Majusi.” (HR. Muslim no. 626)
Selain dalil-dalil di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga sangat tidak suka melihat orang yang janggutnya dalam keadaan tercukur.

Ketika Kisro (penguasa Persia) mengutus dua orang untuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka menemui beliau dalam keadaan janggut yang tercukur dan misai yang lebat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka melihat kedua-duanya. Beliau bertanya, “Celaka kalian! Siapa yang memerintahkan kamu seperti ini? “Keduanya berkata,” Tuan kami (iaitu Kisra) memerintahkan kami seperti ini. “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,” Akan tetapi, Rabb-ku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan menggunting kumisku. “(HR . Thabrani, Hasan. Dinukil dari Minal Hadin Nabawi I’faul Liha)

Lihatlah saudaraku, dalam hadis yang telah kami bawakan di atas menunjukkan bahawa memelihara janggut adalah suatu perintah. Memangkasnya dicela oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Menurut kaedah dalam Ilmu Ushul Fiqh, “Al Amru lil wujub” iaitu setiap perintah menunjukkan suatu kewajipan. Sehingga memelihara janggut yang tepat bukan hanya sekadar anjuran, namun suatu kewajipan. Di samping itu, maksud memelihara janggut adalah untuk menyelisihi orang-orang musyrik dan Majusi serta perbuatan ini adalah fithrah manusia yang dilarang untuk diubah.

Melalui hadis-hadis di atas, memelihara janggut tidak selalu Nabi kaitkan dengan menyelisihi orang kafir. Hanya dalam beberapa hadits namun tidak semua, Nabi kaitkan dengan menyelisihi Musyrikin dan Majusi. Sehingga tidaklah benar anggapan bahawa perintah memelihara janggut dikaitkan dengan menyelisihi Yahudi.

Maka sudah sewajarnya setiap muslim memperhatikan perintah Nabi dan celaan beliau terhadap orang-orang yang menggunting janggutnya. Jadi yang lebih tepat dilakukan adalah memelihara janggut dan memendekkan misai.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Rabu, 29 Ogos 2018

5 Sebab Tidak Layak Untuk Bernikah

Pernikahan adalah impian setiap orang. Namun sebaiknya jangan buru-buru melakukannya kerana pernikahan merupakan rencana hidup jangka panjang yang akan anda jalani. Berikut ini adalah sebab kenapa tidak boleh atau tidak layak bernikah.

Kerana kawan sudah menikah
Pasti ada rasa iri yang menyelimuti diri ketika tahu bahawa sahabat dan kawan-kawan terdekat sudah menikah. Namun jangan jadikan alasan itu untuk mengikuti jejak mereka kerana pernikahan adalah keputusan besar yang memerlukan banyak pertimbangan.

Kerana sudah berpasangan terlalu lama
Hanya kerena sudah menjalin hubungan yang panjang dengan kekasih, bukan bererti anda sudah bersedia untuk menikahinya. Lihat dulu bagaimana persiapan fizikal dan mental. Adakah anda betul-betul sudah bersedia untuk menjadi suami/isteri?

Kerana dipaksa orang tua
Ini bukan zaman dahulu kala. Jadi sebenarnya orang tua yang memaksa anaknya untuk segera menikah dengan cara dijodohkan sebaiknya anda abaikan.

Kerana usia
Masalah usia memang sering dijadikan bahasan kenapa seseorang harus segera menikah. Meskipun demikian, anda harus ingat jika ingin membina keluarga adalah bukan hal yang mudah dilakukan dengan terburu-buru. Jadi jangan gunakan alasan ini untuk bernikah.

Kerana bernikah menyelesaikan masalah
Benarkah? Belum tentu. Sebab setelah bernikah, tentu akan ada lebih banyak hal dan tentangan yang akan anda hadapi daripada ketika masih berpasangan. Maka dari itu buang alasan untuk segera bernikah hanya kerana pernikahan mampu menyelesaikan masalah.

Memang adalah keputusan terbaik untuk bernikah dengan awal tetapi ada batasnya, suami seharusnya bersedia sebelum bernikah, bukan hanya persediaan duit tetapi juga persediaan untuk menjamin isteri dan anak-anak untuk ke Syurga.

Selasa, 28 Ogos 2018

Aneh! 11 Perkara Lelaki Pantang Dicabar Wanita!

Ada juga lelaki jenis pantang tercabar, pasti “mengaum” dan ada juga lelaki dari jenis bila tercabar prestasi “mengaum”. Apa maksud pantang bagi lelaki? Atau lelaki pun ada waktu pantang ke?

Istilah berpantang bagi lelaki juga digunakan dalam perbualan antara lelaki. “Man, bini ko berpantang sampai bila? 3 bulan ko berpantang nampaknya…” (Pantang di sini bermaksud tidak boleh bersama dengan isteri selama isteri berada dalam pantang).

Istilah yang sama juga digunakan dalam perkara sebengini “Aku pantang betul kalau dicabar, memang cari nahas!” (Pantang yang digunakan apabila sesuatu melanggar kesabarannya).

Ianya juga digunakan dalam situasi larangan iaitu amaran seperti yang disenaraikan dibawah ini. 11 pantang larang lelaki yang wanita perlu tahu dan jangan mencabarnya.

Menduga kesetiaannya – Mesti melenting kerana merasakan dirinya telah buat sehabis baik tetapi masih juga dipertikaikan kesetiaannya.

Mencabar keputusannya – Bila lelaki sudah buat keputusan, baginya itu adalah keputusan terbaik yang mampu dibuatnya. Jika wanita mencabar keputusan yang dibuat oleh lelaki tanpa asas yang kukuh dan fakta yang jelas, pasti sedikit sebanyak kelakiannya tercabar.

Mencabar keegoannya – Lelaki mempunyai egonya tersendiri. Jika wanita berniat untuk menundukkan keegoan lelaki tanpa ilmu yang cukup, pasti mengundah padah. Lelaki amat gagah dan kegagahannya kalah oleh kelembutan. Jadi gunakan kelembutan yang ada pada wanita sebaik mungkin.

Mengganggu masanya – Ada masa lelaki perlukan sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Bersama rakan-rakan di kedai mamak, menonton bola sepak atau hobinya sejak kecil atau apa jua yang dibuatnya yang memerlukan mereka fokus dan ruang berfikir maka mereka pasti tidak mahu diganggu.

Menidakkan kepimpinannya – Lelaki adalah pemimpin dan hak itu pastinya tidak mahu dicemarkan. Jadi wanita usah bertindak seperti pemimpin di rumah walaupun anda seorang puteri raja sekali pun kerana lelaki adalah pemimpin yang yang perlu dihormati.

Mempersoalkan tindakannya – Kadangkala lelaki tentunya membuat silap. Tidak semuanya mereka betul. Maka carilah ruang yang paling sesuai untuk mempersoalkan keputusannya. Elakkan bertanya atau membantah keputusannya pada saat mereka ingin tidur, mereka lapar, nafsu mereka “haus”, berada di khalayak ramai, mereka sedang melakukan aktiviti yang disukainya.

Memberi arahan kepadanya – Biarkan lelaki yang mempelawa membantu kamu dan jangan sesekali kamu mengarahnya membuat sesuatu untukmu. Sesekali mengarahnya perlu dimulakan dengan “Awak boleh tolong saya tak?”. Ternyata ayat tersebut amat bermakna bagi seorang lelaki untuk cepat membantu.

Jangan mengharapkan mereka meminta maaf – Usah berlawan dengan lelaki untuk siapa yang memohon maaf terlebih dahulu kerana susahnya lelaki memohon maaf kerana keegoannya. jadi mulakan hubungan yang dingin dengan ucapan maaf amatlah wajar.

Maruahnya tercalar – Baginya maruah adalah segala-galanya. Jika kamu mahu maruah kamu terjaga jadi kamu perlu menjaga maruahnya. Bagi lelaki ianya amat mudah , kamu jaga mereka, maka mereka akan jaga kamu.

Mendustainya – Sekali kamu membuat onar kepadanya, kepercayaan kepada kamu akan 0%. Kemudian ianya akan meningkat kembali bergantung kepada bagaimana wanita membinanya semula.

Menghinanya – Yang paling akhir adalah, hinaan adalah pantang lelaki yang membolehkan mereka bertukar menjadi “hulk”. Sebesar mana pun kesalahannya, jangan kamu menghinanya kerana bila kamu menghinanya semua perkara di atas akan dilanggar oleh kamu.

11 pantang lelaki yang mungkin memberi sedikit panduan bagi wanita untuk menghadapi lelaki atau pun yang susah memiliki lelaki. Walaupun ianya adalah panduan ianya mungkin tidak sama terhadap semua lelaki  kerana lelaki itu unik. Pandai-pandailah ye….

Isnin, 27 Ogos 2018

Kelebihan Mandi Waktu Malam

Adakah anda selalu malas mandi ketika pulang pada waktu malam? Sebenarnya ada kebaikan juga untuk mandi pada waktu malam, sila ikuti kenyataan di bawah seperti yang dinyatakan oleh Spark Life (18/08/10) berikut.

1. Menyegarkan dan akan merasa sangat rilek
Mandi di malam hari membuat anda lebih segar dan menenangkan fikiran. Jika ingin tidur dengan keadaan yang sangat segar pasti anda selesa untuk terus tidur.

2. Waktu yang panjang
Semua orang akan mandi di waktu pagi, sehingga anda terpaksa mandi dengan cepat sekiranya sudah lewat untuk pergi ke kerja. Ini berbeza jika anda mandi di malam hari. Anda mempunyai waktu yang lebih lama sehingga boleh membersihkan tubuh dengan lebih bersih. Jadi, waktu tubuh badan anda akan lebih bersih.

3. Dapat mandi dengan fikiran yang tenang
Mandi di pagi hari boleh membuat anda sedikit tekanan kerana berkemungkinan anda mempunyai banyak urusan pada hari tersebut. Di malam hari, anda tidak akan memikirkan hal-hal tersebut, sehingga anda boleh mandi dengan lebih tenang.

4. Menurunkan tekanan darah
Menurut Buzzle.com, mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan. Tenaga akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.

5. Memulihkan ketegangan otot
Setelah seharian beraktiviti, otot-otot tubuh anda boleh terlampau tegang dan kaku. Mandi di malam hari, terutamanya dengan air yang panas, boleh mengendurkan otot yang keras. Tubuh badan akan terasa lebih ringan, dan sengal-sengal di tubuh badan anda akan hilang.

Jika tidak suka mandi dengan air dingin di malam hari, anda boleh menggunakan air panas. kesannya juga akan lebih baik untuk tubuh badan. Adakah anda lebih suka mandi pada waktu siang atau malam?

Ahad, 26 Ogos 2018

Tabiat kecil atau buruk mendorong ke arah tumbuhnya jerawat



Alamak jerawat di muka? Walau jerawat kecil sekalipun kita, kaum wanita sudah terasa kesannya, malah ada yang stress sebab jerawat naik di muka. Tapi tahukah anda, ada beberapa tabiat kecil atau buruk yang dalam diam anda lakukan sebenarnya mendorong ke arah tumbuhnya jerawat.
Apakah?

1. Terlalu kerap cuci muka

Walaupun ia adalah penting untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa bersih tetapi perlu diingatkan mencuci terlalu kerap hanya akan membuat jerawat lebih teruk. Sebaliknya, basuh muka anda pada waktu pagi apabila anda bangun dan pada waktu malam sebelum tidur.

2. Bersungguh-sungguh menggosok kulit anda

Menyental kulit anda dengan tuala kecil, loofah, atau pencuci pengelupasan akan menyebabkan kerengsaan ketara – dan mungkin menjadi lebih teruk pada kulit berjerawat anda. Untuk mengelakkan jerawat, sentiasa basuh dengan hanya air suam dan pembersih yang lembut.

3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh

Selepas anda melakukan senaman, kulit anda boleh ditutup dengan peluh. Jangan biarkan ianya sebati pada kulit anda sebaliknya sentiasa mandi atau cuci dengan segera selepas berpeluh.

4. Sentiasa gatal untuk kutil dan sentuh jerawat

Ya, penulis faham anda geram dengan jerawat yang naik di muka tetapi jangan memilih untuk menyentuhnya kerana ini hanya boleh menyebabkan kemerahan meningkat, nanah meresap ke dalam kulit lalu mengakibatkan parut. Sebaliknya, pastikan tangan anda jauh daripada muka, biarkan jerawat dirawar dengan bantuan losyen anti-jerawat atau krim.

5. Pastikan produk rambut tidak terkena pada muka

Adalah penting untuk memastikan semburan rambut, gel, mousse, atau produk rambut yang lain jauh dari muka anda untuk menghalangnya memasuki liang kulit anda. Pastikan anda menutup muka ketika menggunakan produk tersebut agar tidak terkena wajah.

6. Makan makanan yang berminyak

Ini kebiasaan yang selalu dilakukan malah hal ini sememangnya tidak boleh dielakkan, makan makanan berminyak. Lebih-lebih lagi makanan ringan menjadi kesukaan semua orang. Walaupun makanan yang anda makan tidak menyebabkan jerawat, makanan berminyak boleh menjadikan kulit berjerawat teruk kerana minyak yang berlebihan. Jadi berpegang kepada diet yang sihat tanpa berminyak demi kesihatan anda juga.

7. Menggunakan kosmetik yang mengandungi minyak

Jika anda mempunyai kulit berjerawat, janganlah beli produk yang mengandungi minyak. Apabila anda membeli alat solek dan produk kulit yang lain, carilah produk yang bebas minyak dengan label “non-acnegenic” atau “non-comedogenic” untuk membantu mencegah jerawat.

8. Menghentikan rawatan jerawat anda

Jika anda menggunakan ubat-ubatan preskripsi untuk masalah jerawat, ia adalah berita baik kerana kini wajah anda sedang dalam rawatan. Jika sudah pulih, itu tidak bermakna anda berhenti menggunakan ubat tersebut.


Sabtu, 25 Ogos 2018

~Proses Pembuatan Mutiara Emas Di Filipina~

Mutiara emas ini memang jarang didengari sekarang kerana satu-satunya tempat yang tinggal di dunia untuk menternak tiram ini adalah di Pulau Palawan dekat barat daya Filipina. Ladang tiram yang sebesar 500km ini terletak jauh dari pencemaran dan bandar sekitar supaya semua tiram ni mampu menghasilkan mutiara emas bermutu.

Pengarah dan pengasas ladang ini ialah Jacques Branell dan beliau selalu turun ke pulau ini nak memantau kualiti mengupah sekumpulan polis untuk menjaga keselamatan di kawasan penternakan beliau. Hasil dari itu, Syarikat Jacques Brannel telah menggunakan lebih dari 100 pekerja dari Filipina dan sudah membuka lebih dari 12 buah kedai untuk menjual hasil mutiara tersebut.




































credit: penpatah

Jumaat, 24 Ogos 2018

Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir.

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta.

2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti.

3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

5. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

Khamis, 23 Ogos 2018

Ketahui Asal Usul Minyak Wangi Kasturi

Dari ‘Aisyah r.a, “Seorang wanita bertanya kepada Nabi S.A.W tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: “Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah.” Wanita itu bertanya, “Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: “Bersucilah dengan kapas itu!” Wanita itu berkata lagi, “Bagaimana caranya aku bersuci?” Beliau bersabda: “Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!” Wanita itu bertanya lagi, “Bagaimana caranya?” Maka Beliau berkata, “Subhaanallah. Bersucilah kamu!” Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, “Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu.” (HR al-Bukhari)


Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.

‘BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.’ Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan ‘seharum kasturi’ juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya.

Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya. 

Dalam bidang perubatan tradisional kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.

Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia. Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya.

Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang, dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga ‘dipisahkan’ dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih. “Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.

“Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya,” jelas beliau lg.

KHASIAT MINYAK KASTURI
Memberi kekuatan pada roh:
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda
Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
- Menenangkan Jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan Sesak Nafas
- Melegakan Lelah (Asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran tubuh
- Memperkuatkan organ dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gementar
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Mencegah wabak penyakit
- Menghindarkan dari angin Ahmar
- Menghilangkan sakit kepala
- Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
- Darah gemuruh
- Sesak nafas
- Selsema
- Hysteria
- Menyejukan badan
- Melembutkan kulit
- Urut sakit sendi
- Rawatan luka luar dan dalam
- Sengatan serangga
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Rabu, 22 Ogos 2018

Kebaikan Mandi Songsang

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (IN SYA ALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.

Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.

Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.

Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.

Melancarkan perjalanan darah.

Menjadikan pengamal semakin pintar

Meninggikan daya ingatan

Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala

Menjadikan state mood yang tenang dan ceria

Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat

Memiliki daya ketahanan mental

Menambahkan semangat berani

Menguatkan gusi dan gigi

Selasa, 21 Ogos 2018

~Kurangkan Mata Sembap Tanpa Kos Yang Tinggi~

Gaya hidup yang aktif dan tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup boleh menyebabkan mata menjadi sembap langsung menampakkan penampilan kita lesu dan tidak bermaya. Wanista ada beberapa tips untuk mengurangkan masalah mata sembap dan lingkaran gelap bawah mata menggunakan bahan semula jadi dan tidak memerlukan kos yang tinggi.




1. Sudu

Sejukkan sudu dalam peti sejuk semalaman. Letak sudu tersebut pada mata yang sembap pada bahagian bawah mata.





2. Susu

Rendam kapas dalam susu dan letak di bawah mata anda untuk beberapa minit. Kandungan asid laktik dalam susu tersebut membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.




3. Lemon

Letak hirisan lemon pada bahagian mata dan biarkan selama 20 minit ( hati-hati jangan sampai jus lemon termasuk dalam mata)




4. Timun + lemon

Rendam hirisan timun dalam jus lemon 3-5 minit. Letakkan hirisan timun yang sudah direndam lemon di atas mata selama 10- 15 minit.




5. Uncang teh

Uncang teh yang telah digunakan masih ada fungsi yang lain . Sejukkan uncang teh di dalam peti sejuk dan letakkan di bahagian mata selama beberapa minit.




6. Ubi kentang

Potong ubi kentang dalam potongan kecil berbentuk separuh dan letakkan di bawah mata selama 20 minit.

Via

Isnin, 20 Ogos 2018

~Kenapa Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?~

Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?




Kerana itu sikap seorang lelaki

Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila kamu keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.

Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.

Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.



Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya kamu merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).

Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.

Kadang-kadan mereka tidak faham kenapa acik mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas acik terangkan kepada mereka kenapa acik jadi sebegini, kenapa acik jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini mereka akan memberikan acik ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya.

Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah kamu memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki.

Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya.

credit: akupenghibur

Ahad, 19 Ogos 2018

~8 Tanda Anda Perlu Mula Cari Pekerjaan Baru~



1. Sudah tidak ada passion dalam bekerja
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka.
Perasaan bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.

2. Masalah kewangan syarikat
Jangan cari masalah dengan pilih untuk setia dengan syarikat yang asyik melengah-lengahkan bayaran gaji anda. Anda ada pelbagai bil untuk dibayar jadi masalah kewangan syarikat adalah masalah kewangan anda juga.

3. Tidak suka dengan rakan sekerja/bos
Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam mana-mana syarikat. Anda perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu Namun jika ianya melampau dan melarat, dan anda tidak nampak sebarang penyelesaian lain, rasanya eloklah anda angkat kaki dari situ.

4. Rasa tertekan dan negatif yang konsisten
Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan anda, ada baiknya anda cari pekerjaan baru. Tekanan di tempat kerja sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda secara fizikal atau mental malah lebih teruk lagi jika kedua-duanya sekali.

5. Tidak serasi dengan budaya syarikat / sudah hilang kepercayaan dengan syarikat
Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang anda rasa salah tetapi anda ‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak kerja.
Misalnya jika syarikat anda jenis yang mengamalkan rasuah untuk mendapatkan kontrak ataupun anda perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan walhal anda bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu.

6. Kerja sehingga hilang keseimbangan hidup
Anda perlu pertimbangkan untuk mula mencari kerja baru jika kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarg.

7. Tidak ada peluang untuk menonjolkan bakat atau kebolehan anda
Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’ kebolehan anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh? Semua cadangan anda tidak pernah diterima pakai dan anda juga tidak dapat kenaikan pangkat walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan?
Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut.

8. Kerja makin bertambah tapi gaji tetap sama
Ini juga salah satu tanda anda perlu mencari pekerjaan baru. Terutama sekali jika anda dapati prestasi syarikat makin maju dan stabil tetapi tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja. Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’ ,dibuli dan dipergunakan oleh majikan.




credit : [ 1 ][ 2 ]

Sabtu, 18 Ogos 2018

10 Surah Penerang Hati Dari Rasulullah

10 surah mujarab sebagai penerang hati dari Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah: “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Jumaat, 17 Ogos 2018

Kita Umat Yang Terakhir

Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.

Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.

Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:
  • Perceraian banyak terjadi
  • Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  • Banyak Quran diberikan hiasan
  • Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  • Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  • Berbagai peralatan muzik dimainkan
  • Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  • Perzinaan dilakukan terang-terangan
  • Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  • Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  • Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  • Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
  • Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  • Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.
“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.
Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.
Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa ’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.

Sumber

Khamis, 16 Ogos 2018

Wajarkah Mengharamkan Penggunaan Cermin Gelap?

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Ramai pengguna jalan raya merungut apabila disaman oleh JPJ kerana menggunakan cermin gelap. Mereka bertanya, untuk apa JPJ mengharamkan penggunaan cermin gelap sedangkan cuaca kita panas?
 

Selain itu, mereka menyatakan penggunaan cermin gelap juga memberikan banyak kelebihan seperti menjimatkan minyak kerana dapat mengurangkan penggunaan hawa dingin, pemandu dan penumpang berasa selesa dan ini boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Mengapa Cermin Gelap Dilarang di Malaysia?

Di Malaysia, mengapa pula JPJ melarang penggunaan cermin gelap ini? Apakah dengan mengharamkannya, maka boleh mengurangkan kadar kemalangan?

Rakyat tidak yakin larangan penggunaan cermin gelap boleh mengurangkan kadar kemalangan kerana ada faktor lain yang lebih signifikan seperti kualiti jalanraya yang tidak baik, garisan putih yang pudar di kebanyakan jalanraya, sikap pemandu yang cuai dan tidak sabar, serta faktor keadaan kenderaan yang tidak layak berada di atas jalan raya seperti tayar botak dan pengubahsuaian terhadap enjin.

Tidak hanya itu. Jika alasannya adalah untuk mencegah jenayah, berapa peratuskan kadar jenayah yang berlaku disebabkan oleh pengguna kereta bercermin gelap?

Dengan banyak persoalan yang ditimbulkan, rakyat mahu tahu apakah faktor utama JPJ mengharamkan penggunaan cermin gelap? Pertanyaan ini wajar kerana JPJ hanya membenarkan kereta kenamaan sahaja yang menggunakan cermin gelap atas alasan keselamatan. Pertanyaan mereka ialah, apakah orang kenamaan sahaja yang perlu selamat dan tidak rakyat jelata? Mengapa diamalkan peraturan double standard ini?

Peruntukan Undang-Undang Melarang Penggunaan Cermin Gelap

Sebenarnya, tidak ramai rakyat yang tahu peruntukan undang-undang yang melarang penggunaan cermin gelap. Larangan tersebut diperuntukkan di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Mengikut kaedah ini, JPJ mengharamkan pemasangan cermin gelap, kecuali kepada golongan tertentu sahaja seperti Raja-raja Melayu, hakim mahkamah tinggi, pemimpin tertinggi polis dan tentera, menteri-menteri dan juga kepada golongan yang menghadapi masalah kesihatan atau dengan ancaman keselamatan.

Pun begitu, negara kita bukanlah mengharamkan sama sekali penggunaan cermin gelap. Negara kita benarkan juga, tetapi sesuai dengan peruntukan Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000.

Kaedah ini menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%. Cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Terdapat pengecualian pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau caravan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Dengan peraturan yang melarang penggunaan cermin gelap dan dengan kehendak rakyat yang mahukan pemasangan cermin gelap, maka apakah tindakan terbaik JPJ? Apakah terus mengekalkan peraturan sedia ada atau mengkaji semula larangan ini?

Rabu, 15 Ogos 2018

5 Fungsi Terbina Pada Peranti Android Yang Tidak Digunakan Ramai

Blog amanz.my
Pada hari ini, boleh dikatakan majoriti daripada rakyat Malaysia menggunakan peranti berasaskan Android. Secara kasarnya, Android digunakan pada peranti keluarga Samsung Galaxy, Sony Xperia, HTC One, HTC Desire, dan pelbagai peranti dari syarikat lain termasuk Huawei, Alcatel, Motorola, Lenovo dan sebagainya.
Namun, boleh dikatakan ramai pengguna tidak menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang ditawarkan dan didatangkan terbina pada peranti Android mereka. Berikut merupakan antara fungsi menarik yang terdapat pada peranti Android, dan boleh digunakan anda bermula hari ini;
Sokongan Kabel OTG
Kabel OTG
Peranti yang menggunakan Android 3.1 dan terkini hadir dengan sokongan kabel OTG. Jadi, apakah itu kabel OTG? Kabel OTG merupakan kabel yang hadir dengan sambungan mikro-USB dan perumah USB.
Menggunakannya, pengguna boleh menghubungkan mikro-USB ke peranti Android mereka, dan kemudiannya menghubungkan peranti USB lain menggunakan penyambung perumah USB yang disediakan.
Kabel OTG
Kabel OTG ini dijual pada harga sekitar RM10 (mungkin terdapat lebih murah). Antara fungsi utama yang kami dapati boleh digunakan menggunakan kabel OTG adalah termasuk untuk sambungkan storan USB (PenDrive, thumbdrive dan sebagainya), menghubungkan telefon pintar lain (untuk membaca fail atau untuk pengecasan sementara) dan beberapa fungsi yang lain.

Google Now
Salah satu fungsi menarik pada Android yang kurang ditekankan oleh pengeluar peranti adalah Google Now.
Google Now boleh dikatakan sebagai pembantu peribadi maya anda. Menggunakannya, pengguna boleh mengawalnya menggunakan arahan suara dan mendapat balasan dengan lebih pantas berbanding perkhidmatan seumpamanya yang lain.
Google Now
Menariknya, selain daripada sokongan tersebut, pengguna boleh menetapkan beberapa perkara seperti lokasi tempat kerja, lokasi tempat tinggal, pasukan sukan kegemaran dan sebagainya, serta mendapat notifikasi berkenaan dengannya serta-merta.
Bagi kami, kami gemarkan integrasinya dengan Google Calendar, sekaligus mengeluarkan notifikasi dengan mengira keadaan trafik supaya kita boleh sampai ke sesuatu lokasi pada waktu yang ditetapkan.

Pemasangan Aplikasi Melalui Web
Walaupun gemar menggunakan peranti mudah-alih, namun kami lebih selesa menggunakan pelayar web untuk mencari aplikasi baru dan sebagainya.
Untuk memudahkan perkara tersebut, Google sedia memberikan kemudahan untuk memasang aplikasi terus daripada web ke peranti mudah-alih anda.
Google Play Web
Pengguna hanya perlu ke halaman Google Play Store, memilih aplikasi yang berkenaan, dan menekan butang “Pasang” pada ruangan yang disediakan. Pengguna seterusnya boleh membaca apakah kebenaran yang akan digunakan oleh sesuatu aplikasi, dan seterusnya memilih peranti yang ingin dipasang aplikasi berkenaan.

Sokongan Input Suara Bahasa Malaysia
Bermula Android 4.0, pihak Google telah menyertakan sokongan input suara dalam bahasa Malaysia.
Menggunakannya ia dilihat menyokong pelbagai jenis slanga, dan input suara ke teks dilihat berfungsi hampir 75% tanpa sebarang masalah.
Untuk mengubahnya, pengguna hanya perlu mengubah pilihan bahasa dictation kepada Bahasa Malaysia, dan menggunakannya pada peranti mereka.
 
Android Device Manager
Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan Google pada tahun lepas adalah Android Device Manager. Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui lokasi semasa peranti mereka, disamping membuat beberapa kawalan seperti mengeluarkan bunyi peranti (sekiranya tidak mengetahui lokasi ia diletak), ataupun memadam data pada peranti berkenaan.
Android Device Manager

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...