Khamis, 12 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 8

71. Tidur menelentang menghitung kasau
Menelungkup menghitung lantai
Menghereng menghitung dinding

Setiap perbuatan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi agar berjaya.


72. Laut dalam boleh diukur
Bumi luas dapat digali
Bukit tinggi dapat diruntuh
Lurah dalam dapat ditimbusi

Semua yang susah dapat diselesaikan, yang kusut dapat dileraikan jika semua mahu berusaha bersungguh-sungguh


73. Melompat sama patah
Merunduk sama bongkok
Mendapat sama melaba
Kehilangan sama rugi

Jika merantau bekerjasamalah dan tolong menolong dengan teman seperantauan untuk kebaikan bersama.


74. Memahat menuju batas
Melempar menuju tampuk
Menebang menuju pangkal

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dibuat mengikut aturannya


75. Mencari tuah ke yang menang
Mencari contoh ke yang selesai
Mencari teladan ke yang baik

Hendaklah membentuk diri dari model yang baik, jangan mengikut contoh yang tidak baik


76. Mendapat sama berlaba
Kehilangan sama ruginya
Yang ada sama dibahagi

Berkongsilah hasil usaha bersama.


77. Mengebat sekebat erat
Melangkah selangkah sampai
Berkata sepatah sedang

Apabila sesuatu itu dipersetujui hendaklah ditunaikan


78. Hendak makan isi durian
Hendak mendapat madu lebah
Sakit senang perlu dirasakan

Tidak ada kejayaan tanpa bersusah payah atau bekerja keras


79. Hendak tahu tentang kayu besar
Lihat ke pangkalnya
Hendak tahu tentang ombak besar
Lihat ke pasirnya

Jika hendak mengenali seseorang bergaullah dengannya


80. Yang buta pengembus lesung
Yang pekek pemasang bedil
Yang lumpuh penghuni rumah
Yang patah pengejut ayam
Yang bingung disuruh-suruh
Yang cerdik bawa beria
Yang kaya tempat bergantung

Setiap orang ada sumbanganya di dalam masyarakat oleh yang demikian sentiasa hormatilah keupayaan dan kelemahan seseorang.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...