Kalau dikira mengikut statistik, boleh kami simpulkan bahawa hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean.
Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan, kenyataan tersebut tidak benar. Namun kami bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar.
Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarah yang tersendiri.
Tapi pernahkah terlintas difikiran korang kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans.
Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.
Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa.
Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.
Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas.
Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.
Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.
Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.
Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.
Sumber: KisahBest.my