Sabtu, 10 Februari 2018

Ketagih Kafein



Apakah anda seorang yang ketagih dengan minuman berkafein? Kalau tidak dapat dalam sehari, rasa macam tak lengkap hari itu. Sebahagian daripada kita selalunya mengambil kafein untuk mengelak diri daripada mengantuk, tidak kiralah ketika mengulangkaji pelajaran, kerja syif malam atau sekadar berjaga tengok bola.


Namun sedarkah anda keburukan yang sering dikaitkan dengan kafein?
Kafein kebiasaannya diambil waktu pagi sebelum ke kelas atau ke pejabat. Bagaimanapun kafein haruslah diambil dalam kuantiti yang kecil jika ingin mengambilnya lebih kerap. Cukup secawan kopi atau teh. Ada juga yang mengambilnya dua kali dalam seminggu untuk mengurangkan rasa ketagihan.


Sebenarnya kafein tidaklah membawa padah jika sentiasa dikawal pengambilannya. Malah mengikut satu kajian menunjukkan bahawa kafein mampu mengurangkan penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Namun jumlah peratusannya berbeza bergantung kepada pesakit.


Minuman berkafein memang tidak digalakkan oleh ibu bapa buat anak-anak kecil terutama ketika proses pembesaran mereka. Sesetengah ibu bapa bimbang ia akan membuatkan mereka ketagih.


Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji tumbuhan. Kafein juga dihasilkan secara tiruan untuk ditambah dan digunakan dalam proses pembuatan makanan tertentu.


Kafein berfungsi merangsang sistem saraf utama yang membuatkan individu akan berasa diri lebih cergas dan tidak mengantuk. Namun harus diingatkan, pengambilan kafein yang terlampau boleh menyebabkan seseorang itu sakit perut, pening, sukar untuk tidur, tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan peningkatan degupan jantung.


Ramai pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) mengamalkan minuman kafein ketika mengulang kaji pelajaran. Rata-rata golongan remaja yang ditemui berkata, untuk mengelakkan diri daripada tertidur ketika membaca buku, jalan penyelesaian terbaik adalah mencari kopi atau minuman kafein. Makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, *aiskrim dan beberapa jenis ubat-ubatan antara yang mengandungi kafein.



Seksa bila ketagih



Pelik bila melihat ada remaja hari ini yang terlalu ketagih minuman kafein. Tidakkah mereka bimbang dengan tahap kesihatan apabila umur meningkat ke fasa senja?


Mungkin sekarang kesan buruk itu belum lagi kelihatan namun bagaimana kesan untuk masa hadapan yang boleh memudaratkan kesihatan jantung dan sistem saraf seseorang itu?


Memang satu penyeksaan ketika mula-mula untuk berhenti daripada mengambil minuman berkafein dan harus mendapatkan sokongan daripada pakar perubatan, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.


Mereka yang ketagih akan mengalami ‘withrawal *symptoms’ seperti gejala sakit kepala. Jika tidak tahan dengan rasa sakit itu, penggemar minuman kafein terpaksa ‘rehat seketika ‘ daripada minum kafein.




Alasan keletihan



Keletihan dijadikan alasan utama untuk mengambil minuman berkafein. Terutama apabila penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan kerja yang lain di rumah.


Golongan muda akan mengambil kafein untuk menguatkan tenaga sehingga menyebabkan badan akan menjadi lemah keesokannya kerana tidak mendapat rehat yang cukup.


Tidak salah untuk mengambil kopi atau minuman kafein yang lain, namun haruslah dalam kuantiti sederhana yang sesuai dengan penerimaan tubuh badan seseorang itu. Cukup sekadar secawan kopi sehari sudah memadai dan amalkan minuman air kosong yang lebih berkhasiat.







MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...