Jumaat, 19 Ogos 2016

4 Cara Terbaik Memancing Ghairah Isteri

Ghairah Isteri. Seks adalah salah satu aktiviti wajib yang dilakukan oleh pasangan suami isteri. Penting bagi lelaki bijak memancing ghairah isterinya!

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, kaum wanita lebih cenderung untuk berasa tidak puas menikmati hubungan seksual yang dilakukan.Ada banyak faktor yang mempengaruhi kualiti seks, misalnya faktor fizikal seperti wujudnya keluhan kesakitan ataupun faktor psikologi yang mempengaruhi kenikmati ketika melakukan hubungan seks.
Biasanya wanita-wanita yang bahagia dengan aktiviti seksnya memiliki keyakinan diri yang sangat tinggi dalam kehidupan sosialnya. Bahkan, wanita yang puas kehidupan seksnya bersikap lebih terbuka terhadap suami tentang tubuhnya dan tidak ragu-ragu memberitahu apa yang mereka ingin diperlakukan.


Berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan oleh Menhealth, hampir 90 peratus wanita mempunyai keberanian untuk menyampaikan keinginan seksual mereka kepada suaminya.
Kebanyakan lelaki pula tidak tahu bagaimana mahu memberikan sentuhan ghairah penuh kenikmatan buat isterinya. Inilah yang membuatkan para isteri sering berasa bosan di ranjang! Sebenarnya wanita menyukai seks sepertimana lelaki, meskipun tidak berlebihan.
Wanita mahukan pasangannya boleh membuatkan dia berasa benar-benar ghairah. Supaya isteri anda boleh merasakannya, cubalah empat tips yang akan membantu merangsang ghairah isteri, sekaligus meningkatkan kepuasan seksual anda berdua.

  1. Ajak Si Dia Mandi Bersama
Buatlah isteri anda berasa lebih tenang dan relaks merasa dengan mengajaknya berendam. Cuba, campur air rendaman tersebut dengan minyak esensial. Secara tidak langsung aromanya bukan sahaja merangsang ghairah isteri, malahan otot-ototnya juga sudah bersiap sedia untuk diurut. Sebagai suami, gunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin, tanggalkan ke semua pakaian yang melekat pada tubuhnya.

  1. Pastikan Si Dia Benar-Benar Selesa
Mintalah isteri anda  tidur meniarap di atas tilam. Kemudian, lembutkan kedua tangan anda dengan minyak khas yang digunakan untuk mengurut. Mulakan urutan dari bahagian kakinya dan bukan belakang badan.
Ini adalah kerana bahagian di kedua belah kakinya terdapat banyak hujung saraf yang boleh merangsang keseluruhan sistem sarah. Setelah anda mengurut telapak kakinya, perlahan naiklah ke bahagian betis, paha dan seterusnya. Pastikan anda mengurut secara perlahan-lahan, lembut supaya ghairah isteri melonjak.

  1. Ubah Cara Mengurut
Mulakan dengan menekan telapak tangan anda ke otot-ototnya, kemudian ramas ototnya dengan jari-jemari anda. Urutan lembut sangat sesuai untuk bahagian-bahagian tubuh isteri yang lembut. Tentunya ghairah isteri anda akan bangkit seketika.

  1. Tumpukan Pada Bahagian Sensitifnya
Wanita mempunyai beberapa titik sensual yang perlu suami jelajahi dengan menggunakan teknik urutan.Celah paha, bahagian pinggang dan sekitarnya serta otot dada merupakan bahagian tubuh wanita yang sangat sensual.


Gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya, lakukan penekanan diikuti dengan meramas celahan paha, punggung, tulang punggung dan urutan lembut di bahagian payudaranya. Dengan melakukan urutan pada bahagian sensitif tersebut, ghairah isteri akan lebih memuncak dan bersiap sedia untuk menjalani seks yang hebat bersama anda.

Nota Kaki: Jika perlu, jangan lupa SHARE artikel ini ya.

Follow us: Gempak.org on Facebook

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...