11. Ikan belanak ikan pelata
Manakan sama ikan pelaga
Kata mak kata pendita
Kata ayah kata raja
12. Kalau tuan ke Sungai Baru
Singgah sebentar di Pasar Desa
Kalau tuan jadi tetamu
Pandai-pandailah berbudi bahasa
13. Madat ditumbuk dibuat jamu
Buat penyeri gadis jelita
Adat orang menjadi tetamu
Biar diberi dari meminta
14. Buah ciku dalam raga
Delima merah dimakan sahaja
Kata cikgu kata pujangga
Kata Pengarah kata raja
15. Kuala Linggi tanahnya merah
Tempat perahu mengisi muatan
Suara tinggi bukanya marah
Sekadar mahu memberi ingatan
16. Harum baunya bunga cempaka
Dihiris sekuntum bunga cengkih
Tersenyum jangan disangka suka
Menangis jangan disangka sedih
17. Pokok ciku di tepi kota
Buah dilarah penuh seraga
Kata cikgu kata pendita
Kata Pengarah kata raja
18. Ular tedung jangan dipermudah
Bisanya dapat membawa maut
Jika tak maut merana juga
Berhujan panas aku tak endah
Keris lembing aku tak takut
Kehendak hati kuturut juga
19. Baik-baik memancing ikan
Jangan terpancing ikan parang
Baik-baik memilih intan
Jangan terpilih batu karang
20. Ambil air dalam perigi
Ada dijinjing ada ditatang
Belum suruh sudah pergi
Belum dipanggil sudah datang
Manakan sama ikan pelaga
Kata mak kata pendita
Kata ayah kata raja
12. Kalau tuan ke Sungai Baru
Singgah sebentar di Pasar Desa
Kalau tuan jadi tetamu
Pandai-pandailah berbudi bahasa
13. Madat ditumbuk dibuat jamu
Buat penyeri gadis jelita
Adat orang menjadi tetamu
Biar diberi dari meminta
14. Buah ciku dalam raga
Delima merah dimakan sahaja
Kata cikgu kata pujangga
Kata Pengarah kata raja
15. Kuala Linggi tanahnya merah
Tempat perahu mengisi muatan
Suara tinggi bukanya marah
Sekadar mahu memberi ingatan
16. Harum baunya bunga cempaka
Dihiris sekuntum bunga cengkih
Tersenyum jangan disangka suka
Menangis jangan disangka sedih
17. Pokok ciku di tepi kota
Buah dilarah penuh seraga
Kata cikgu kata pendita
Kata Pengarah kata raja
18. Ular tedung jangan dipermudah
Bisanya dapat membawa maut
Jika tak maut merana juga
Berhujan panas aku tak endah
Keris lembing aku tak takut
Kehendak hati kuturut juga
19. Baik-baik memancing ikan
Jangan terpancing ikan parang
Baik-baik memilih intan
Jangan terpilih batu karang
20. Ambil air dalam perigi
Ada dijinjing ada ditatang
Belum suruh sudah pergi
Belum dipanggil sudah datang