Khamis, 3 Ogos 2017

Ikan paus Sperm Whale yang sedang tidur dalam posisi yang unik

Ramai yang tidak mengetahui tentang jenis-jenis ikan paus yang berada di muka bumi ini. Terdapat 18 jenis ikan paus dan antaranya adalah ikan paus pembunuh (orca Orcinus), Blue Whale, Beluga, Humpback Whale, Fin Whale dan macam-macam lagi.
Tetapi yang menjadi topik utama di dalam artikel ini ialah Sperm Whale atau ikan paus sperma. Dengan nama saintifiknya, Physeter macrocephalus, ikan paus ini merupakan spesies mamalia laut yang mempunyai otak terbesar.


Nama Sperm Whale dikatakan berasal daripada zat lilin putih susu yang bersifat seakan-akan air mani dikenali sebagai spermaceti yang terdapat pada kepala ikan paus ini.

Dalam sebuah video, dirakamkan aktiviti beberapa ekor Sperm Whale sedang menikmati waktu tidur mereka.


Anda pasti tidak menyangka bahawa ikan paus akan tidur bukan? Jawapan ya, dan buktinya telah berjaya dirakam oleh seorng jurugambar bawah air yang profesional bernama Franco Banfi sewaktu menyelam bersama penyelam, Sabrina Belloni.

Franco dikatakan telah menangkap gambar sekumpulan ikan paus Sperm Whale tersebut ketika berada di Laut Caribbean, berdekatan Pulau Dominica.

Keadaan tersebut pertama kali berjaya didokumentasikan adalah pada tahun 2008 apabila sekumpulan ahli biologi dari United Kingdom dan Jepun telah melihat tingkahlaku Sperm Whale yang secara tiba-tiba berhenti bergerak dan berada dalam kedudukan menegak.

Kajian selanjutnya mendapati bahawa tidur sementara secara berkumpulan ini hanya berlaku lebih kurang 7% daripada seumur hidup mereka dan berlangsung dalam tempoh enam hingga 24 minit sahaja.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...