Selasa, 30 Mei 2017

Kawad Maut Sandakan / Kawad Kematian Sandakan / Sandakan Death Marches

Kawad Maut Sandakan adalah antara kejadian terburuk dalam siri kejadian Kes Jenayah Perang Jepun yang mengakibatkan kematian sehingga 3,600 orang hamba kerahan Indonesia dan 2,400 tahanan perang Pihak Berikat (Allies), yang ditahan oleh Askar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia Ke-2, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas peperangan.


24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan. Beberapa bulan selepas ia ditinggalkan dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, tidak banyak yang tinggal di kem yang dibakar ini. Dalam kawasan Compound No. 1 (gambar) kubur mengandungi mayat 300 tahanan Australia dan British dijumpai. Mereka dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua ke Ranau. Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam sesetengah kes sehingga 10 mayat
(Foto: Frank Burke)
Pada tahun 1942, orang awam Indonesia yang dibawa dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara dengan tujuan untuk membina padang terbang di Sandakan.


Seperti pembinaan landasan kereta api Burma (dikenali sebagai landasan kereta api maut), tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Kebanyakan tahanan akhirnya mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat semakin hampir, komandan kem Kapten Hoshijima Susumi memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer. Menurut beliau, ia merupakan arahan dari Leftenan Gen Masao Baba, Komander Pemerintah ke-37 dalam Tentera Jepun.


Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit.


Kem Tahanan Sandakan yang ditangkap menggunakan Google Earth.
Eh? Zaman dulu mana ada Googel Earth

Kawad Pertama


Kawad pertama merentasi kawasan paya, hutan tebal dan kemudian melalui kawasan cerun bahagian timur Gunung Kinabalu yang berlaku diantara Januari hingga Mac 1947.


Pihak Jepun telah memilih 470 banduan yang difikirkan cukup cergas untuk mengangkut bagasi dan bekalan makanan untuk mengiringi batalion-batalion Jepun ke penempatan baru di bahagian pantai barat. Dalam kumpulan tersebut, kebanyakan tahanan yang menderita daripada jangkitan penyakit atau kekurangan zat makanan. Mereka memulakan perjalanan dengan niat asal untuk pergi ke Jesselton (nama lama Kota Kinabalu).


Walaupun perjalanan tersebut mengambil masa 9 hari tetapi mereka diberi bekalan hanya untuk 4 hari. Seperti apa yang terjadi dalam Kawad Maut Bataan (The Death March of Bataan) di Filipina, tahanan yang tidak dapat bertahan akhirnya mati. Mana-mana tahanan yang keletihan ditinggalkan supaya mati dalam perjalanan. Apabila sampai di Ranau, mereka yang masih bertahan telah diarahkan untuk membina kem sementara.


Tahanan yang terselamat akhirnya telah ditahan dalam bilik tahanan yang kotor dan terpaksa bersempit-sempit. Kebanyakan mereka akhirnya jatuh sakit dan mati akibat dysentery (cirit-birit). Menjelang 26 Jun 1945, hanya 5 askar Australia dan seorang askar British yang masih hidup.


Kawad Kedua


Kawad kedua bermula pada 29 Mei 1945 dengan disertai oleh 536 tahanan. Kawad tersebut berlangsung selama 26 hari, dengan kesemua tahanan kedua ini lebih lemah dari para tahanan kawad pertama. Tahanan kali ini juga diberikan catuan makanan dan dipaksa untuk mencari makanan sendiri dalam perjalanan.


Compound No.1 di Sandakan telah dimusnahkan untuk memusnahkan bukti kewujudan mereka. Hanya 183 tahanan yang terselamat. Kawad kedua tiba pada 24 Jun 1945, dan mereka terkejut apabila mendapati hanya 6 orang tahanan sahaja yang masih hidup dari Kawad Pertama.


Kawad Terakhir


Kira-kira 250 orang tahanan yang tinggal selepas kawad kedua berlepas. Kebanyakan tahana mula jatuh sakit dan Askar Jepun membiarkan mereka mati tanpa memberikan makanan (starve to death). Namun, pada 9 Jun 1945, Jepun akhirnya menghantar 75 orang lagi untuk kawad terakhir.


Tahanan dalam kawad terakhir sangat lemah berbanding dua kawad terdahulu, tiada seorang pun yang mampu bertahan lebih dari 50 km. Setiap tahanan akhirnya rebah kerana keletihan melampau dan ditembak bunuh oleh askar Jepun.


Tahanan yang masih tinggal di Sandakan dan tidak mampu untuk berjalan telah dibunuh ataupun mati kerana kelaparan dan sakit teruk sebelum Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.

Mangsa-mangsa tahanan yang lain

Kerana kekurangan dan layanan kejam dari Askar Jepun, hanya 38 tahanan yang masih hidup di Ranau. Semua tahanan kurang sihat dan tidak mampu untuk bergerak. Mereka akhirnya telah mati dibunuh atas perintah tertinggi Jepun. Kesemua mereka dibunuh dalam bulan Ogos.

Enam orang Askar Australia berjaya melepaskan diri. Semasa kawad kedua, Owen Campbell dan Richard Braithwaite berjaya melepaskan diri dan lari ke hutan. Mereka telah dibantu oleh orang tempatan dan akhirnya di selamatkan oleh Pihak Berikat.

Semasa bulan Julai, Prebet Nelson Short, Pegawai Warant Satu William Sticpewich, Prebet Keith Botterill dan William Moxham berjaya melarikan diri dari Ranau. Mereka semua juga menerima bantuan dari penduduk tempatan yang memberikan mereka makanan dan menyembunyikan mereka sehingga perang berakhir.

Daripada 6 orang yang terselamat, hanya 3 orang terselamat daripada kesan penyeksaan yang mereka terima di kem tahanan dan mereka menjadi orang penting dalam perbicaraan Kes Kekejaman Perang Jepun yang diadakan di Tokyo dan Rabaul. Mereka menjadi saksi utama dan menceritakan segala kekejaman Askar Jepun untuk tatapan seluruh dunia.

Kapten Hoshijima didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung pada 6 April 1946. Kaptan Takakuwa dan Kapten Watanabe telah didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan menyeksa tahanan hingga mati. Mereka masing-masing telah dijatuhkan hukuman gantung dan tembak pada 6 April 1946 dan 16 Mac 1946.


Peta perjalanan Kawad Kematian Sandakan
Tugu peringatan perang telah didirikan di Kundasang, Sabah pada tahun 1962 bagi memperingati mangsa yang terkorban di Ranau dan Sandakan. Tugu peringatan perang juga dibina di negara asal askar yang terkorban bagi memperingati mereka.

Tugu peringatan di Sabah
Tugu peringatan di New South Wales, Australia

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...