KITA
semua tentunya amat menginginkan hubungan seks bersama pasangan menjadi
sesuatu yang terbaik, menyeronokkan dan memberikan kepuasan batin
kepada kita dan pasangan kita.
Hubungan seks yang
baik berlandaskan kepada berbagai faktor. Antara salah satu faktor yang
penting harus di titikberatkan dan di beri perhatian adalah posisi atau
cara kita melakukan seks iaitu perkara-perkara yang tidak sepatutnya
kita lakukan terhadap pasangan kita.
Sehubungan
itu, sebagai sedikit panduan buat kita semua, kali ini saya akan
senaraikan beberapa kesilapan yang biasa kita sebagai lelaki lakukan
ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.
1) Agresif/Pentingkan Diri.
Memperlakukan
pasangan mengikut kehendak berahi sendiri. Seks yang menyeronokkan
lahir dari keintiman keinginan dan rasa ghairah yang selari antara satu
sama lain. Anda mesti mengawal emosi dan keberahian anda mengikut rentak
bagaimana hubungan seks anda berjalan. Beri ruang kepada pasangan
meningkatkan ghairah dan berahinya mengikut perasaan atau moodnya ketika
itu.
2) Memaksa pasangan
Melakukan
seks dengan posisi yang beragam memang baik. Tetapi anda perlu juga
memastikan adakah pasangan anda selesa dengan apa yang ingin anda
lakukan. Memberi keselesaan kepada pasangan amat penting kerana jika si
dia tidak selesa dengan posisinya, ia akan memberi kesan kepada
perasaannya juga.
3)Terlalu Budiman.
Lelaki
budiman memang disukai wanita. Tetapi dalam hubungan seks, sikap
budiman kadang-kadang boleh membuat wanita bosan. Tidak dinafikan ada
lelaki yang terlalu berhati-hati ketika melakukan seks, seperti
teragak-agak untuk menindih tubuh pasangan. Mungkin ramai yang tidak
sedar bahawa wanita sebenarnya suka menerima berat badan lelaki menindih
badan mereka. Ia membuat mereka rasa diperlukan, rasa selamat dan
dilindungi, rasa disayangi atau pun sekadar mereka memang suka merasakan
tenaga dan kuasa seorang lelaki.
4) Kaku
Sikap
anda seperti patung/robot yang hanya tahu melakukan apa yang perlu
sahaja. Ketika melakukan seks, gerakan badan anda ibarat irama yang
menggerakkan perjalanan seks tersebut. Bergerak dan berikan tindak balas
mengikut rentak dan tahap keberahian pasangan anda. Misalnya ketika
pasangan anda sedang 'menunggang', anda juga perlu mengikut gerak
tunggangannya samada maju ke depan, reverse ke belakang atau pusing ke
kiri dan kanan.
5) Tiada Variasi.
Setiap
kali melakukan seks anda hanya melakukan apa yang biasa dilakukan
sahaja. Cubalah lakukan seks dengan cara atau gaya yang berbeza sekali
sekala. Variasi amat penting kerana jika selalu melakukan perkara yang
sama, siapa pun akan jemu dan bosan. Variasi juga tidak terbatas kepada
cara, gaya atau posisi seks sahaja. Ia juga termasuklah masa, keadaan
dan tempat anda melakukan seks tersebut. Misalnya kalau anda biasa
melakukan seks di bilik tidur, apa salahnya sesekali lakukan di tempat
yang berbeza seperti di dapur, di kamar mandi atau pun di kawasan
tertutup di halaman rumah anda.
Beberapa
kesilapan di atas biasanya tanpa kita sedari. Walaupun sesetengah dari
kita menganggap ia perkara yang remeh, namun sebenarnya ia akan memberi
kesan jangka panjang kepada kestabilan dan keintiman hubungan seks kita
dengan pasangan.
Jadi,
eloklah kita cuba mengelakkan diri dari melakukan kesilapan-kesilapan
tersebut agar setiap kali kita melakukan hubungan seks dengan pasangan,
ia menjadi sesuatu yang terbaik, menyeronokkan dan membahagiakan.
(MyTabloid)