Ahad, 30 November 2014

3 Teknik Hebat Merancang Kerja

1. Duduk, Tulis & Atur (DTA)
Sebelum saya memulakan apa-apa tugasan atau kerja pada setiap hari, saya akan DUDUK di meja kerja saya, kemudian saya akan TULIS kan semua kerja yang perlu saya lakukan hari tu. Dan saya akan ATUR kan semua kerja-kerja saya tu dengan sebaik mungkin. Maksud ATUR di sini ialah, saya akan memikirkan langkah-langkah atau proses yang dapat saya buat bagi menjayakan sesuatu tugasan tersebut. Saya biasanya akan mencatatkan semua tugasan saya dan apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan di atas buku nota kecil saya. Dan saya akan bawa nota kecil saya tersebut ke mana-mana saja saya pergi supaya saya dapat merujuk pada nota tersebut pada bila-bila masa saja.

2. Tentukan Priority atau Keutamaan Tugas
Saya akan pastikan setiap tugasan atau kerja yang penting, saya letakkan pada nombor teratas senarai kerja saya. Mana-mana tugasan atau perkara yang memerlukan tindakan segera, maka saya akan utamakan untuk menyelesaikannya terlebih dahulu. Saya menyenaraikan keutamaan kerja saya berdasarkan faktor tanggungjawab, jangka masa dan matlamat tugasan tersebut. Antara faktor penting yang akan saya nilai dulu ialah, yang BERBALOI (pada pandangan saya) itulah yang menjadi keutamaan saya. Ini adalah untuk kebaikan saya juga. Saya akan pastikan setiap kerja yang saya akan lakukan, akan memberikan manfaat sepenuhnya kepada saya.

3. Tentukan deadline atau `tarikh akhir` pada setiap tugasan
Saya suka untuk tentukan deadline pada setiap tugasan yang akan saya lakukan. Pada saya, kita kena tentukan berapa lamakah masa yang akan kita ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kalau kita tak tetapkan, jawabnya akan banyaklah kerja kita menjadi tertangguh. Jadi, perkara ini sangat penting sebenarnya. Sebab jika kita tidak tentukan deadline kita sendiri, maka kita akan jadi terkejar-kejar dan rasa sangat tertekan. Jangan bergantung pada deadline yang orang lain tentukan. Kitalah yang sepatutnya lebih arif tentang masa kita. Jadi kenapa nak ikut deadline yang ditentukan oleh orang lain? Sejak saya mengamalkan teknik deadline sendiri ini, saya tidak lagi terkejar-kejar dan tertekan dengan tugasan yang saya perlu selesaikan.

Sabtu, 29 November 2014

25 Health Benefits of Lemons

Lemon is one of those super foodswith a myriad health and cosmetic benefits.
There are a few persons for whom > it is an allergen, so make sure you are not allergic to this natural product, before you start enjoying the many benefits.

1. Lemon being a citrus fruit, fights against infection. It helps in production of White Blood Cells and antibodies in blood which attacks the invading microorganism and prevents infection.

2. Lemon is an antioxidant which deactivates the free radicals preventing many dangerous diseases like stroke, cardiovascular diseases and cancers.

3. Lemon lowers blood pressure and increases the levels of HDL (good cholesterol).

4. Lemon is found to be anti-carcinogenic which lower the rates of colon, prostate,and breast cancer. They prevent faulty metabolism in the cell, which can predispose a cell to becoming carcinogenic. Also blocks the formation of nitrosamines in the gut.

5. Lemon juice is said to give a glow to the skin.

6. A few drops of lemon juice in hot water are believed to clear the digestive system and purify liver as well.

7. The skin of lemon dried under the sun and then ground to make powder can be applied to the hair for a few minutes before bath which relieves head ache and cools the body.

8. Applying lemon juice to acne dries the existing ones and prevents from getting more.

9. Lemon juice acts as a natural hair lightener and skin bleach which reduces the pigment melanin and prevents the risk of chemical allergic reactions which is common with hair dyes and bleaches.

10. Lemon juice is given to relieve gingivitis, stomatitis, and inflammation of the tongue.

11. Lemon juice is given toprevent common cold.

12. Lemon juice is given to prevent or treat urinary tract infection and gonorrhea.

13. Lemon juice is applied to the sites of bites and stings of certain insects to relieve its poison and pain.

14. Lemon juice relieves colic pain and gastric problems.

15. Lemon juice soothes the dry skin when applied with little glycerin.

16. Lemon juice used for marinating seafood or meat kills bacteria and other organisms present in them, thereby prevents many gastro-intestinal tract infections.

17. Lemon juice with a pinch of salt (warm) every morning lowers cholesterol levels and
brings down your weight.

18. Lemon juice is the best drink to prevent dehydration and shock in case of diarrhea.

19. Lemon juice can also be used as a mouthwash. It removes plaque, whitens the teeth and strengthens the enamel.

20. A table spoon on thick lemon syrup everyday relieves asthma.

21. Lemon juice relieves chilblains and itchy skin.

22. Gargling lemon juice relieves throat infection and also used as a treatment for diphtheria.

23. Lemon juice is an excellent treatment for dandruff and greasy hair.

24. Lemon applied over the face removes wrinkles and keeps you young.

25. Lemon juice helps to prevent and cure osteoarthritis.

Noorazahari on behalf HSE Awareness Team

Jumaat, 28 November 2014

1 minit untuk mengingat Allah

1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN


* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:

* email pesanan ini kepada insan yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

Khamis, 27 November 2014

Potongan zakat bulanan bercanggah sunnah?

Oleh  USTAZ HAMIZUL ABDUL HAMID

Soalan: Saya mendengar ada ustaz berceramah, adalah salah tindakan pihak pusat zakat memotong gaji para pekerja setiap bulan sebagai zakat, kerana ia bercanggah dengan sunnah. Bolehkah ustaz perjelaskan isu ini? Terima kasih.

Jawapan: Terima kasih atas persoalan yang dikemukakan, semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua, amin.

Memang tidak dinafikan, ada pihak tertentu yang beranggapan bahawa kaedah pembayaran zakat pendapatan menerusi potongan gaji bulanan adalah salah. Pihak berkenaan mendakwa, ada tiga sebab mengapa ia tidak boleh dilaksanakan, iaitu:

1. Potongan bulanan itu bertentangan dengan ketetapan hadis yang mensyaratkan wajib mencapai haul ke atas harta zakat,
2. Potongan zakat (diambil secara bulanan) tiada dalam amalan sunnah nabi mahu pun para sahabat terdahulu, dan
3. Potongan zakat ini telah menzalimi mereka yang dipaksakan potongan ke atasnya, kerana pihak pusat zakat tidak mengambil kira pun aspek perbelanjaan sebenar orang berkenaan.

Sebelum menjelaskan lebih lanjut, suka dimakluman bahawa di dalam perlaksanaan zakat pendapatan ini ia memang terbuka kepada kepelbagaian pandangan ulama. Malah, ia boleh jadi berbeza dari satu ke satu masa, boleh jadi berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain, malah boleh jadi berbeza dari segi hukum ke atasnya di antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Soalannya, kenapakah wujud perbezaan ke atasnya? Hal ini kerana, hukum ke atas zakat pendapatan ini sifatnya tidak ijmak (tidak ada kesepakatan atau ittifaq dalam kalangan fuqaha), sehingga dengan itu membolehkah wujudnya perbezaan pendapatan (khilaf) dalam perlaksanaannya.

Namun, dalam jawapan ini penulis tidak bermaksud memanjangkan perbahasan mengenai khilaf berkenaan. Malah di Malaysia sendiri, termasuklah di nusantara dan pelbagai belahan dunia Islam, zakat pendapatan sudah mendapat tempat yang sewajarnya. Hal ini kerana, menerima kemasukan zakat pendapatan adalah lebih utama daripada menolaknya, kerana jelas ia telah memberikan natijah yang cukup besar kepada kepentingan ummah secara umum.

Baiklah, apa kaitannya dengan perbincangan di sini, khususnya dalam bab memotong zakat secara bulanan ini? Jawapannya, ini kerana khilaf itulah yang menyebabkan lahirnya idea pemotongan zakat secara bulanan. Sesungguhnya, memang ada dalil di dalam Islam yang mengharuskan perkara tersebut untuk dilakukan. Apatah lagi, dalam perlaksanaan sesuatu ibadah, seperti zakat, maka penentuan dalil sangat penting, demi mengelakkan ibadah itu tertolak atau menyalahi hukum yang sebenar (dan menjadi bid’ah).

Pertama, dakwaan potongan bulanan itu bertentangan dengan ketetapan hadis zakat yang mensyaratkan wajib mencapai haul (genap setahun dimiliki) ke atas harta zakat. Jawapannya, dalam hal ini sebenarnya ada dalil daripada Nabi SAW sendiri yang memberikan keizinan kepada kita untuk mengeluarkan zakat tanpa perlu menunggu haul. Hal ini telah berlaku kepada Abbas bin Abdul Mutalib r.a (bapa saudara nabi) yang bertanya kepada Rasulullah SAW, tentang zakatnya yang mahu dikeluarkan sebelum sampai haulnya dan nabi mengizinkannya (hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Termizi, rujuk Hukum Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawy, hal. 814 dan Fiqh Islam Jilid 3, Dr. Wahbah az-Zuhaily, hal. 187 juga al-Amwal, Abu Ubaid, hal. 710).

Namun, ada pihak yang mempertikaikan status hadis yang diriwayatkan di atas, dan menganggap ia adalah hadis daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Dr. Yusuf al-Qaradhawy sebaliknya menegaskan, masih ada hadis-hadis lain termasuklah hadis sahih riwayat Imam Muslim yang mendokong berkenaan isu mendahului haul zakat ini.

Di dalam sebuah hadis Muslim, ada disebutkan perihal Umar r.a telah diutuskan untuk mengambil zakat daripada Abbas r.a dan berlaku dialog panjang dengan beberapa orang sahabat yang mencegah Umar daripada mengambil zakat ke atasnya. Akhirnya Nabi SAW memberitahu Umar bahawa zakat atas pamannya itu adalah atas tanggungannya, dan (Abu Ubaid menokok) Nabi SAW kemudiannya memberikan pinjaman kepada Abbas r.a untuk zakat bagi dua tahun mendatang (didahulukan haulnya).

Hal ini bolehlah dirujuk langsung ke dalam kitab Hukum Zakat dalam bab ‘Alasan yang membolehkan (mendahului haul zakat)’ pada halaman 814-817.

Perkara kedua, adakah amalan membayar zakat tepat sewaktu ia diperoleh ini tidak ada sandaran dalil? Di sini, ada beberapa dalil atas amalan para sahabat (disebut athar sahabi ataupun hadis Mauquf) yang boleh dijadikan panduan.

Pertama, dinyatakan Abu Ubaid meriwayatkan daripada Habirah bin Yaryam bahawa dia berkata: Sesungguhnya Abdullah bin Mas’ud memberi gaji kepada kami di dalam bekas kecil, kemudian beliau mengambil zakat daripadanya. (rujuk Kitab al-Amwal oleh Abu Ubaid, hal. 504)

Abu Ubaid juga menyatakan di dalam kitabnya: bahawa Umar bin Abdul Aziz apabila memberikan kepada seseorang upahnya ia akan mengambil zakat daripada upah tersebut. Dan apabila ia mengembalikan harta yang dirampas, ia akan mengambil daripadanya zakat. Dan ia juga mengambil zakat daripada gaji yan diberikan kepada pemiliknya. (ibid, hal. 432)

Kenapakah mereka melaksanakan hal tersebut? Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa status haul ke atas zakat pendapatan adalah tidak sama seperti mana harta-harta yang lain. Zakat ke atas harta pendapatan hendaklah dikeluarkan pada saat ia diperoleh, sama seperti memperoleh harta pertanian. Pandangan ini dikongsikan oleh sebahagian fuqaha muktabar, misalnya Ibnu Mas’ud, Muawiyah, Umar bin Abdul Aziz, Hassan dan az-Zuhri (Hukum Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradawy, hal. 469)

Di samping itu, jika mahu kita boleh merujuk kepada kitab yang sama mengenai perbahasan status haul ke atas zakat, di mana Dr. Yusuf al-Qaradawy telah membahaskan perihal status hadis yang mensyaratkan haul adalah tidak mencapai darjat sahih (ibid, hal. 463-467).

Ketiga, benarkah potongan ini juga telah menzalimi mereka yang berkenaan? Jawapannya, bertitik tolak daripada perbincangan di atas, maka kita dapat merumuskan bahawa menunaikan zakat lebih awal dan tanpa perlu menunggu haul, adalah satu keharusan yang diberikan dalam hukum Islam. Ia bukanlah wajib, tetapi harus sahaja. Maka, membuat potongan bulanan tidak wajib, tetapi digalakkan dan tidak patutlah timbul ia satu kezaliman.

Hal ini kerana, semasa proses pemotongan dilakukan, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) misalnya telah mengambil kira jumlah pendapatan kasar yang bakal diperoleh dalam setahun (didarab 12 bulan) dan ditolak keperluan diri, isteri dan anak-anak (sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah Had al-Kifayah pembayar zakat).

Sekiranya taksiran yang dilakukan oleh pihak LZS itu dirasakan tidak tepat, maka pihak yang berkenaan boleh menaksir sendiri zakat mereka dan mengemukakan amaun zakat bulanan yang baharu kepada LZS untuk dijadikan potongan bulanan. Maknanya, ia bukanlah satu amaun yang sudah ‘mutlak dan putus’ dipatuhi, tetapi masih boleh dikira kembali. Sekiranya pihak muzakki sudah mempunyai amaun yang dikenal pasti, mereka hendaklah menghantarkan maklum balas kepada LZS (dalam tempoh 30 hari) untuk tindakan lanjut (rujuk Keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMK) Ke 27/ 2003, 10 Disember 2003).

Kesimpulannya, potongan zakat pendapatan menerusi gaji bulanan ini sebenarnya hanyalah satu inovasi yang bertitik tolak daripada apa yang pernah dilakukan oleh para sahabat silam, dalam bentuk yang lebih kemas dan teratur. Banyak kelebihan yang boleh diperoleh oleh pembayar, termasuklah melaraskan jumlah potongan zakat bulanan dengan Potongan Cukai Berjadual, dan ia juga boleh meringankan beban kewangan mereka (kerana jika tidak, lebihan cukai hanya boleh dituntut pada tahun hadapan). – HARAKAHDAILY 20/11/2014

Rabu, 26 November 2014

10 Jambatan Terkenal Di Dunia

Golden Gate Bridge, San Francisco, United states

Tower Bridge, London, England

Sydney Harbour Bridge, Sydney, Australia

Brooklyn Bridge, New York, United States

Ponte Vecchio, Florence, Italy

Rialto Bridge, Venice, Italy

Millau Viaduct, Millau, France

Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Akashi Kaiky┼Ź Bridge, Japan

Great Belt Bridge, Denmark

Selasa, 25 November 2014

~Perkara Pelik Yang Dirakam Oleh Google Maps~


Google Street View adalah salah satu aplikasi oleh Google yang membenarkan pengguna melihat imej gambar berkenaan. Saya kongsikan kepada anda apakah perkara pelik yang berjaya dirakam oleh Google Street View ini~~

Ikuti sepenuhnya di bawah:

1. Sekumpulan orang berbaris di tempat pejalan kaki dan sedang memakai topeng burung merpati. “Burung merpati” tersebut merupakan penulis bagi sebuah portal lawak di Tokyo, Jepun.


2. Seorang lelaki di sebuah rumah di Detroit mengacukan senapang ke arah kenderaan Street View. Beberapa bulan sebelum itu, seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dijumpai mati di rumah yang sama.


3. Seorang bayi dilihat ditinggalkan bersendirian berdekatan butik Gucci. Tidak kelihatan orang dewasa disekitar bayi berkenaan. Imej bayi berkenaan dirakam di Taiwan.


4. Ikon Top Gear, The Stig dilihat sedang berdiri sebuah tasik di Loch Ness, Scotland. Dilaporkan ianya adalah untuk mempromosi sebuah buku bertajuk “Where’s Stig?”


5. Seorang lelaki warga Mexico dirakam sedang bersembunyi disebalik hutan dan sedang memakai topeng gas. Kenderaan Google berjaya merakam imej lelaki berkenaan pada tahun 2012.


6. Seorang lelaki di Jerman yang sedang berbogel keluar dari boot kereta beliau. Dikesan selepas beberapa minggu Street View dilancarkan, pihak Google dengan pantas memadam imej berkenaan.

7. Pada tahun 2009, Waldo telah dijumpai menggunakan Street View di Putney, London. Waldo sebenarnya adalah satu pertandingan untuk meraikan pelancaran Google Street View.


8. Seekor penguin dilihat sedang ditunda oleh seorang lelaki yang sedang menaiki basikal jenis Penny Farthing. Bagaimanapun, penguin tersebut adalah mainan dan digunakan untuk mengimbang basikal juara Penny Farthing, Nicky Armstrong.


9. Google Street View berjaya merakam seorang pengedar dadah yang sedang berurus niaga di tepi jalan di Brooklyn. Pengedar dadah tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis dan mereka menjumpai heroin, ganja dan peralatan menghisap dadah.


10. Seorang pelacur dan pelanggannya berjaya dirakam ketika sedang melakukan aksi tidak bermoral itu disebuah lorong di Manchester, England. Imej itu bagaimanapun dipadam oleh Google setelah menerima aduan dari orang ramai.


Gambar tanpa Caption, Anda Mampu Memikirkan Captionnya~




She (Or He) Just Couldn’t Hold It Any Longer…

The Dead Body Of A 14-Year-Old Boy

Man On A Mission

Plane Crash - well its fake!

Apakah pula perkara pelik yang dijumpai apabila kita menggunakan Google Street View Malaysia?


credit : [ 1 ] [ 2 ]

Isnin, 24 November 2014

Kini Anda Boleh Mematikan Fungsi “Tanda Biru” Pada WhatsApp

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan “Bluetick”, dimana memperlihatkan anda telah membaca sesuatu mesej daripada rakan anda. Perkara tersebut boleh dikatakan tidak disukai oleh kebanyakkan pengguna WhatsApp.

Pihak WhatsApp memperkenalkan kemaskini baru untuk pengguna Android, membolehkan mereka mematikan fungsi tersebut.
Untuk menggunakan fungsi baru ini, pastikan anda menggunakan WhatsApp untuk Android yang terbaru (versi 2.11.444), dan ke halaman Settings > Privacy. Pada bahagian “Read Receipts” nyah-tandakannya, dan ia tidak lagi akan memaparkan kepada rakan-rakan anda yang lain sekiranya sesuatu mesej telah dilihat ataupun tidak.
WhatsApp Bluetick
Kemaskini baru ini ditawarkan melalui web rasmi WhatsApp sahaja buat masa ini, dan mungkin akan diterbitkan di Google Play Store tidak lama lagi.--amanz.my

Ahad, 23 November 2014

Panduan bagaimana untuk solat kembali

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal
solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa
yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan
solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah
tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan
sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik.
Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi
rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya
untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE -
Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata
peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan
dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan
yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan
bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan
keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan
mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah
kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat. 

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda
pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila
terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan
solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja
yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya
menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini
mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sabtu, 22 November 2014

Ayat-Ayat Al-Quran Yang Boleh Diamalkan

1. Untuk elak suami/isteri bergaduh:
Suarh Al Baqarah - Ayat 102

2. Anak-anak pandai belajar:
Suarh Al Anbiyaa - Ayat 79

3. Anak-anak lembut hati/elak panas baran:
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69
Surah Al Hasyr - Ayat 22 - 24

4. Anak-anak malas sekolah:
Surah Toha - Ayat 1 - 5

5. Supaya suami tak kahwin lain: maaflah, kita tak pasti dalam hal ini
Insya Allah terpelihara.
Surah Toha - Ayat 39 mulai dari tanda Jim kecil.

6. Ayat pendinding:
Ayat akhir surah At Taubah

7. Bagi anak-anak yang suka keluar malam:
Surah Ar Ruum - Ayat 31 ( Baca 33 kali )

8. Untuk menjadi pendinding rumah:
Surah Al Baqarah dibaca dan ditiup pada air,
dan sembur keliling rumah.

Wallahualam.

Jumaat, 21 November 2014

Khamis, 20 November 2014

Anda Pasti Tidak Tahu Sebenarnya Di India Ada 2 Taj Mahal

 Adakah anda tahu bahawa India mempunyai bukan satu tetapi dua Taj Mahals? Malah, terdapat tugu yang sama di dalam Taj yang berdiri di Aurangabad di Maharashtra. Ini adalah makam yang disebut Bibi Ka Maqbara ("Tomb of the Lady") dibina oleh Putera Azam Shah, anak keenam Maharaja Mughal Aurangzeb, di antara 1651 dan 1661 Masihi, dalam ingatan ibunya, Dilras Banu Begum. 
 
 Bibi Ka Maqbara mendapat inspirasinya daripada Taj Mahal yang terkenal dibina oleh tidak lain yang datuknya sendiri, Maharaja Mughal Shah Jahan untuk mengenang isterinya Mumtaz Mahal. Azam Shah bercadang untuk membina monumen yang akan menandingi Taj Mahal. Malangnya, beliau tidak memiliki tenaga kerja yang mahir seperti datuknya, menyebabkan satu salinan yang berlainan dari yang asal. Walaupun begitu, Bibi Ka Maqbara merupakan keajaiban seni bina dengan reka bentuk yang rumit, motif ukiran, struktur mengenakan dan taman indah taman gaya Mughal. Oleh kerana persamaan yang kuat dengan Taj Mahal, penuh dengan kasih sayang yangdipanggil "Taj Deccan".
Dilihat pada reka bentuknya, Bibi Ka Maqbara adalah senibina kerja yang indah, berbanding dengan taj mahal yang terkenal. Menurut catatan, kos pembinaan untuk membangun Bibi Ka Maqbara ialah 700,000 Rupees lebih murah berbandingan, Taj Mahal telah dibina dengan kos kira-kira 32 juta Rupees pada masa itu. Ini mungkin satu lagi sebab mengapa Bibi Ka Maqbara sering disebut sebagai "poor man’s Taj", (Taj orang miskin).
   

Rabu, 19 November 2014

Koleksi Petua Dan Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah

SETIAP orang mahukan kulit yang sihat dan cantik sanaada lelaki atau pun wanita. Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.

Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12, kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak menyebabkan masalah jerawat.
Bagi anda yang tercari-cari petua dan cara menghilangkan jerawat, berikut koleksi petua cara menghilangkan jerawat

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

9. Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.

10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

11. Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

12. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

13. Hilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi.
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

14. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

15. Hilangkan Jerawat Dengan Larutan Tepung Kanji.
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Selain dari petua-petua yang terdapat di sini, adalah amat penting bagi kita mengunakan suplement tambahan yang membantu kebaikan kulit muka kita. Senarai suplement yang disyorkan oleh pakar disini

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...