Rabu, 29 November 2017

Mengenai Pendermaan Organ

Organ tisu yang boleh didermakan
• Jantung
• Paru-paru
• Hati
• Buah Pinggang
• Pankreas

Tisu
• Injap Jantung
• Mata
• Tulang
• Kulit
• Usus
• Pembuluh darah
• Muka


Jenis Penderma/Penderma Hidup
• Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati dan sum-sum tulang saja.
• Terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri saja.


Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu:
• Pendermaan ada pertalian saudara
• Pendermaan tiada talian saudara
Pendermaan kadaverik:
• Penderma Kadaverik ialah penderma yang sudah meninggal dunia.


Pendermaan jenis ini amat digalakkan dan diutamakan:
• Ia tidak memberikan risiko kepada penderma


Penderma kadaverik terbahagi kepada dua kategori:
• Kematian otak penderma adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti kehidupan seperti pernafasan dan degupan jantung mati.

• Ini boleh berlaku akibat kecederaan otak yang menyebabkan otak membengkak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan seumpamanya.

• Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan otak organ dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata a(kornea), tulang dan kulit.

• Kematian normal di mana seseorang itu disahkan mati kerana jantung berhenti berdegup dan penderma ini hanya boleh mendermakan tisu sahaja.

• Hanya mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. Bagi mereka yang meninggal di rumah, mereka hnaya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu berkenaan di rumah.



MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...