Pembaca yang dirahmati oleh Allah
subhana wa ta’ala. Penting bagi kita memahami ilmu dalam kehidupan kita
sebagai seorang muslim. Ibnu Sirrin berkata sesungguhnya ilmu itu akan
menjadi agama bagi kita, maka berhati-hatilah dari siapa kita mengambil
ilmu yang akan menjadi agama.
Imam Malik rahimahullah berkata, ada empat orang dimana kita dilarang mengambil ilmu dari mereka.
Pertama, jangan mengambil ilmu dari orang yang jelas kebodohanya. Mereka ini suka bercakap tanpa asas dan pengetahuan.
Kedua, Jangan mengambil ilmu dari orang
yang suka mengikuti hawa nafsunya. Orang seperti ini biasanya hanya
menggunakan ilmu sesuai dengan kepentingan hawa nafsu.
Ketiga, jangan mengambil ilmu dari orang
yang suka berbohong. Walaupun dia tidak suka mendustakan Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wassalam. Mengapa demikian? ketahuilah bahawa sifat
suka berbohong adalah intipati dari semua dosa.
Keempat, jangan mengambil ilmu dari orang-orang yang tidak faham apa yang dia sampaikan.
Peringatan yang disampaikan oleh Imam
Malik itu penting untuk kita catat kan. Terutamanya dalam urusan aqidah
dan syariah walaupun pada keadaan yang lain ini juga boleh berlaku untuk
hal-hal yang bersifat umum dan muamallah.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu’alam bissawab