Sabtu, 2 Mac 2019

Rakyat Malaysia Dan 16 Jenis Nasi

Nasi sememangnya merupakan makanan ruji bagi kita rakyat Malaysia. Ada segelintir daripada kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Pergi mana-mana mesti kena ada nasi. Kalau sehari tak makan nasi, rasa macam tak lengkap. Betul tak? Jom kita tengok ..

1.Nasi Kerabu

Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi berwarna biru yang dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, serbuk kelapa, budu dan sayur-sayuran yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak Clitoria ternatea (bunga telang) yang digunakan dalam masakan. Nasi Kerabu sering dimakan dengan solok lada dan juga keropok goreng.

2. Nasi Dagang

Nasi Dagang adalah beras yang dikukus di dalam susu kelapa, kari ikan dan bahan-bahan tambahan seperti kelapa goreng dicukur, telur rebus dan jeruk sayur-sayuran. Ia adalah makanan sarapan yang terkenal di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan dan Selatan Thailand wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.

3.Nasi Minyak

Nasi Minyak memang sangat popular dan menjadi hidangan utama bagi majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia. Rasa janggal jika sesebuah majlis perkahwinan tidak menyajikan nasi minyak kepada tetamu yang datang.

4.Nasi Tumpang

Nasi Tumpang adalah sejenis hidangan nasi yang berasal dari Kelantan. Ia terdiri daripada nasi putih dengan campuran lapisan hidangan lain yang berbeza yang kemudiannya dibungkus dalam bentuk kon daun pisang.

5.Nasi Tomato

Nasi Tomato merupakan salah satu hidangan tradisional orang Melayu negeri Pahang yang sangat popular. Ia biasanya dihidangkan semasa majlis perkahwinan tradisional Melayu dan pertunangan, perayaan Melayu seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan juga sesuai untuk makan tengahari dan makan malam.

6.Nasi Kandar

Siapa yang tak kenal Nasi kandar? Ini adalah antara hidangan paling popular di Malaysia, yang berasal dari pulau mutiara, Pulau Pinang. Ia adalah hidangan nasi yang disajikan dengan pelbagai aneka kari dan kuah dituang ke atas nasi beserta hidangan sampingan lain.

Untuk nasi jenis lain bersambung disini

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...