Selasa, 22 Ogos 2017

Enam punca perut buncit


Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor keturunan.

“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu.  Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.

Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.

“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.

Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Penyebab kelima, stres.  Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.

Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus.  Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya. 
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

Isnin, 21 Ogos 2017

10 Pemain Bola Sepak Gaji Tertinggi Di Dunia



Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar





Ahad, 20 Ogos 2017

Hasad dan Ghibtah

“Hati-hati kalian dari sifat hasad kerana hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu bakar.” (HR. Abu Dawud. Al-Albani mengatakan hadis ini DA'IF dalam Silsilah Al-Ahadits Adl-Dha’ifah no. 1902)

Allah ta’ala berfirman, "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain..." (An Nisa’: 32)


Dari Anas r.a. bahawa dia berkata, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Anakku! Bila engkau mampu hingga pagi dan petang tanpa memendam sifat hasad dengki kepada seseorang, maka lakukanlah.” (HR. Tirmidzi)


Nabi bersabda, “Kalian tidak akan beriman sehingga menginginkan untuk saudaranya hal-hal yang dia inginkan untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).


Nabi bersabda,"Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain". (H.R Bukhari dan Muslim).


Jika seseorang mendapat nikmat, kita yang melihat keadaan itu, akan berada di antara dua keadaan:


1. Jika kita rasa benci atau tidak suka dengan nikmat yang diperolehinya. Inilah yang dikatakan hasad.


2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang itu dan kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah (hasad yang dibenarkan). Iaitu rasa bangga dengan orang itu dan bercita-cita untuk mendapatkan kelebihan seperti mana yang didapati oleh orang itu. Sifat ini amatlah terpuji dan dikehendaki ada pada tiap-tiap orang, kerana dengannya boleh mendatangkan kebaikan dan kemajuan hidup.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Amalan Penenang Jiwa Setiap Kesusahan

Amalan penenang jiwa Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya. BERSIHKAN diri dan jiwa dengan ayat-ayat suci al-Quran.

DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain. Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud:


'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8.


Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya. Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari.


Antara amalannya seperti:


*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).
*Puasa wajib dan puasa sunat.
*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda). *Menunaikan haji. *Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya). *Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.
*Bertafakur.
*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
*Muhasabah diri.
*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
*Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).
*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa. *Ketahui cara menghindar penyakit hati.


Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia. AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah. Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah.


Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.


Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:


*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
*Latihan untuk mendisiplinkan diri.
*Memupuk sikap sabar.
*Mewujudkan rasa insaf.
*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.


Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa. Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud


'...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60,


dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168.


Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:


*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
*Mendorong penjelajahan fikiran.
*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
*Mendorong untuk celik akal.
*Mewujudkan kesedaran kendiri.
*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.


Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali-Imran : 191.


Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.


Jumaat, 18 Ogos 2017

Tips Hilangkan Panas Baran Cara ISLAM

MENGUBAH POSISI-----------------------
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|


BERWUDUK
--------------
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|


MEMBACA TA'AWUZ
-------------------------
⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|


BERZIKIR
-----------
⇨Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.


KAWAL LISAN
-----------------
⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.


MINUM AIR
--------------
⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.


BERKATA KEPADA DIRI
----------------------------
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.



Khamis, 17 Ogos 2017

10 Senarai Wanita Paling Kejam...

10. Queen Mary I (1516-1558)


Mary (anak sulung kepada Henry VIII) telah naik taktha mengantikan Jane Grey dan telah menjadi monarki keempat dinasti Tudor sebelum Elizabeth I. Semasa pemerintahannya, Mary telah mejadikan Britain sebagai negara katolik Roma.
Demi menjadikan negara british sebagai negara katolik roma, Mary telah menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa sahaja yang membangkang ideanya. Disebabkan kekejamannya yang menyebabkan ramai penganut katolik mati, dia kemudian digelar ‘Bloody Mary‘.

9. Myra Hindley (1942-2002)



Myra Hindley dan temannya iaitu Brady merupakan pembunuh bersiri yang terkenal zaman tersebut. Brady dan Hindley telah menculik 3 orang budak yang berumur diantara 10-12 tahun dan juga 2 orang remaja yang masing masing berumur 16 dan 17 tahun dari Manchester lalu melakukan penderaan terhadap mereka sebelum membunuh mereka.
Brady dan Hindley merakamkan jeritan mangsa pada audio kemudian menyimpan audio tersebut.

8. Isabella dari Castlile (1451-1504)


Seperti yang diketahui ramai, Isabella merupakan penaja utama kepada Christopher Columbus untuk menyeberangi lautan Atlantik dan sampai ke Amerika Syarikat.. Walaupun nampak baik, tetapi Isabela merupakan seorang ratu yang anti Islam dan Yahudi.
Pada tahun 1942, Isabela telah mengeluarkan akta pengusiran dan pembunuhan umat islam dan yahudi di Sepanyol. Pada masa itu, lebih 200 ribu orang yang meninggalkan Sepanyol manakala penduduk lain menukar agama. Pada tahun 1974, Paus Paul IV telah mengadakan upacara kerahmatan untuk Isabella bertujuan supaya roh Isabella dapat menuju ke arah kesucian.

7. Beverly Allitt (1968- ???)



Merupakan seorang jururawat bahagian pediatrik di British yang juga dikenali sebagai ‘Angel Of Death’. Dia telah menyeksa dan membunuh 4 orang kanak2 di bahagian pediatrik di Hospital Grantham dan Kesteven. Cara pembunuhan Beverly adalah dengan menyuntik kalium dan insulin sehingga menyebabkan mangsa mengalami kardioplegik.
Jika tiada alat penyuntikan, Beverly akan mencekik mangsa tersebut sehingga mati. Sebelum perbicaraan, Beverly telah mengancam untuk membunuh 13 orang kanak2 dalam masa 58 hari dan ancaman ini telah mengorbankan lebih 4 kanak2.
Tiada siapa pun tahu tujuan Beverly melakukan pembunuhan. Tetapi ada yang mengatakan bahawa dia menghidap sindrom Munchhausen yang mengakibatkan perbuatan kejamnya itu.

6. Belle Gunness (1859-1931)



Merupakan pembunuh bersiri yang paling kejam di Amerika Syarikat. Dia berasal dari Norway dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Ramai beranggapan bahawa kematian 2 orang suami dan anaknya adalah sebab dibunuh oleh Belle.
Motif utama pembunuhan Belle adalah untuk pampasan insurans. Terdapat laporan bahawa Belle telah membunuh lebih dari 20 orang dalam masa beberapa tahun. Belle Gunness merupakan wanita kejam didalam kes jenayah AS.

5. Mary Ann Cotton (1832-1873)




Mary Ann ialah pembunuh bersiri dari British yang telah membunuh lebih 20 orang menggunakan arsenik. Dia telah berkahwin dengan dengan William Mowbray semasa berumur 20 tahun. Mereka pindah ke Plymouth, Devon dan disitu, Mary Ann telah melahirkan 5 orang anak, tetapi 4 orang anak mereka meninggal dunia kerana sakit perut dan radang perut. Setelah itu, mereka berpindah ke bahagian timur laut dan Mary Ann telah melahirkan 3 orang lagi anak. Namun, ketiga-tiga mereka juga mati.
Pada Januari 1865, William telah meninggal dunia kerana masalah usus. Sebelum itu, William telah membeli insurans di Syarikat Insurans Prudential di British dan apabila kematiannya, Mary Ann telah mendapat insurans sebanyak 35 pound.
Namun, kes yang sama juga telah berlaku pada suami kedua mary Ann, iaitu George Edward dan juga salah seorang anak mereka disebabkan masalah usus. Setelah seorang lagi anaknya meninggal dunia, suratkhabar mula mengambil perhatian peristiwa tersebut lalu membuat siasatan.
Mereka mendapati bahawa Mary An asyik berpindah rumah di sekitar British dan telah kehilangan 3 orang suami, seorang kekasih, seorang kawan, ibunya dan 12 orang anak. Punca utama semua si mati adalah sakit perut. Pada 24 Mac 1873, Mary Ann dijatuhkan hukum gantung di penjara Durham.


4. Ilse Koch (1906-1967)



Ilse Koch merupakan isteri kepada komander di perkemahan Bunchenwald(1937-1941) dan perkemahan Majdanek(1941-1943) iaitu Karl Koch. Ilse terkenal dengan perbuatan yang suka menyimpan kulit tatoo tahanan gantung.
Tahanan penjara menamakan Ilse sebagai ‘The Witch Of Bunchenwald‘ atau ‘The Beast Of Bunchenwald’ kerana kekejamannya mendera tahanan. Pada 1937, Ilse telah menggunakan kuasanya sebagai Isteri komander kem tahanan tersebut dengan mendera tahanan didalam khemah. Ilse telah membunuh diri di penjara wanita Aichach pada tahun 1967.

3. Irma Grese (1923-1945)



Grese merupakan seorang pekerja di perkemahan Nazi dan telah digelar ‘Wanita jahat Belsen’. Irma melakukan kekejaman dengan menyeksa banduan seperti membiarkan anjing mengigir banduan sehingga mati, membunuh dan merotan.
Selain itu, Irma Grese juga telah menembak banduan dengan bebas, menghantar banduan kedalam bilik gas beracun yang mengakibatkan banyak banduan yang mati dan mengalami masalah mental dan fizikal.

2. Katherine Knight (1956- ???)



Katherine merupakan seorang wanita kejam dari Australia.Pada oktober 2001, Katherine telah membunuh suaminya iaitu Johan Charles Price dengan menikamnya dengan pisau. Terdapat lebih 37 kesan luka pada badan price apabila mayatnya dijumpai.
Setelah membunuh Price, Knight mengopek kulit Price dan menggantungkanya pada pintu bilik, lalu memotong kepala Price dan menyimpannya dalam sebuah botol. Selain itu, dia juga telah memotong daging dari bahagian punggung suaminya dan dijadikan hidangan sup daging untuk anaknya.
Knight telah mencatatkan langkah2 yang dilakukannya. Knight akhirnya telah dihukum penjara seumur hidup dan menjadi wanita pertama Australia yang dipenjara untuk seumur hidup.

1. Elizabeth Bathory(1560-1614)



Elizabeth(juga dikenali sebagai ‘wanita ganas‘) ialah seorang bangsawan dari Hungary dan terkenal sebagai pembunuh bersiri dalam sejarah Hungaria dan Slovakia.
Sejak kematian suaminya, Eizabeth dan 4 orang rakan sejenayahnya didakwa telah menyeksa serta membunuh ramai budak dan gadis perempuan. Kebanyakkan mangsa mereka adalah budak perempuan yang berasal dari kampung yang ingin menjadi orang gaji Istana.
Setelah itu, Elizabeth mula membunuh gadis yang berasal dari keluarga kaya yang dihantar oleh ibu bapa mangsa ke istana untuk belajar cara laku kesopanan.
Antara keganasan yang dilakukan oleh Elizabeth dan gengnya adalah : merotan mereka sehingga mati, membakar dan memotong kedua2 belah tangan, mencederakan bahagian muka dan bahagian sulit, megigit muka, lengan atau bahagian lain dan membiarkan mangsa mati kelaparan. Selain itu, Elizabeth menggunakan jarum untuk menyeksa mangsanya.

Rabu, 16 Ogos 2017

Peralatan Perang Rasulullah S.A.W

Baju Besi Rasulullah s.a.w. ; Ada 7 pasang yang digelar al-Batra', al-Khirnaq, al-Sughudiah, Zatul Fudul, Zatul Hawais'i, Zatul Wisyah, dan Fiddon.

Topi Perang Baginda s.a.w. ;
Terdapat 2 buah topi Baginda s.a.w. iaitu al-Sabugh dan Muwasyah.


Pedang Rasulullah s.a.w. ;
Baginda s.a.w. memiliki 9 bilah pedang yang digelar al-Ma'thur, al-Qal'ei, al-Hatfur, al-'Adbu, al-Battar, al-Qadib, al-Mikhdam, ar-Rusub dan Zulfaqar.


Busur Panah Rasulullah s.a.w. ;
5 bilah busur yang Baginda s.a.w. miliki yang digelar al-Kutum, al-Baidho, al-Shafra' ar-Ruhaa' dan az-Zaura.


Tombak Rasulullah s.a.w. ;
Baginda s.a.w. memiliki 3 bilah tombak iaitu al-Baidho', al-Mathna dan al-'Anazah.


Alat Pelontar Rasulullah s.a.w. ;
Az-Zaluk dan al-Fat merupakan 2 alat pelontar Baginda s.a.w.



Selasa, 15 Ogos 2017

Panduan Pemakaian Wanita Muslimah



Panduan Pemakaian Wanita Muslimah

Penuhi syarat-syarat menutup aurat bagi seorang wanita :

1. Menutup aurat menurut yang telah ditetapkan
-Seluruh badan wajib ditutup kecuali muka dan tapak tangan.

2.Pakaian yang longgar
-Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuhnya masih belum memenuhi tuntutan syarak.

3.Pakaian yang tidak jarang
-Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit.

4.Bukan pakaian yang menarik perhatian
-Tidak memakai pakaian yang menarik perhatian orang, contohnya pakaian yang berlainan daripada orang lain sama ada dari segi warna, fesyen dan sebagainya.

5.Tidak menyerupai pakaian orang lelaki atau pakaian orang kafir
-Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud :
Rasulullah S.A.W. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

6.Tidak bertabarruj
-Tabarruj diertikan sebagai bersolek secara berlebih-lebihan. Selain itu, ia membawa erti memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Berdasarkan firman Allah S.W.T.dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliyyah dahulu.”

Sekian semoga menjadi panduan para isteri dan anak-anak perempuan.

Isnin, 14 Ogos 2017

Khasiat Pisang Dari Sudut Kesihatan

Tahukah anda pisang mempunyai pelbagai khasiat dan pisang sangat bagus untuk penghadaman tubuh badan. Selain itu juga kulit pisang pun ada khasiat yang tersendiri. Kulit pisang boleh di jadikan masker untuk muka atau tangan supaya dapat melembutkan dan melicinkan kulit.


FAKTA


  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.


  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.


  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.


  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.


  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.


  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.


INFO


  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.


  • Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.


  • Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.


  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.


Artikel Ini Diambil Dari Rakan1klik.blogspot Dan Jutaan Terima Kasih diucapkan Kpd Beliau.

Ahad, 13 Ogos 2017

Sabtu, 12 Ogos 2017

10 HUKUMAN MATI PALING KEJAM DI DUNIA

1. Ditanam Hidup-Hidup



Di antara jenis hukuman mati yang popular sejak zaman dahulu lagi. Seperti apa yang terdapat pada namanya, mangsa yang dijatuhui hukuman ini akan ditanam ke dalam tanah dalam keadaan masih hidup. Mangsa akan mati kerana kesesakan nafas.

2. Sarang Ular




Kebiasaannya, mangsa akan dihumban masuk ke dalam perigi yang menjadi kediaman ratusan ekor ular berbisa. Mangsa akan mati disebabkan disebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi kerana bisa daripada ular-ular tersebut.

3. The Spanish Tickler





Sejenis penyeksaan yang sangat popular di Eropah pada zaman pertengahan. Mangsa akan diseksa dengan menggunakan sejenis peralatan yang berbentuk seperti cakar yang akan menyiat kulit pada tubuh mangsa sehingga koyak. Mangsa akan mati akibat kehilangan darah yang banyak,

4. Menghiris Lembayu





Mangsa akan dihiris dengan menggunakan objek tajam seperti pisau ataupun pedang sehingga mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak.

5. Unggun Api





Kebiasaannya, hukuman jenis ini akan dijatuhkan kepada pengkhianat negara ataupun ahli sihir, Popular di Eropah pada abad ke-18.

6. Necklacing



Sejenis hukuman mati yang popular di Afrika Selatan. Mangsa akan disarungkan getah ataupun tayar kenderaan pada leher mangsa dan kemudiannya disimbah petrol sebelum api dinyalakan.

7. Dipijak gajah





Hukuman mati yang popular di kawasan Selatan Asia dan Tenggara seperti di India dan Indochina. Mangsa akan diletakkan di sebuah kawasan yang lapang dan kemudiannya, akan dipijak oleh gajah-gajah yang terlatih untuk membunuh mangsa.

8. The Five Pains





Hukuman mati yang mengerikan ini popular di China pada sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20. Mangsa akan dikurung atau diiikat sebelum anggota-anggota penting dipotong perlahan-lahan.

9. Colombian Necktie




Walaupun bunyinya tidaklah mengerikan seperti nama-nama hukuman mati yang lain, namun realitinya, hukuman yang dijalankan dengan menggunakan kaedah ini sangatlah mengerikan, Mangsa akan dikelar di bahagian leher dan lidah mangsa akan ditarik keluar dan kelihatan seperti sepasang tali leher.

10. Gantung Dan Sembelih





Merupakan sebuah hukuman mati yang paling berat sekali di Britain yang kebiasaanya dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah kerana jenayah pengkhianat kepada negara. Hukuman ini dimansuhkan oleh parlimen Britain pada tahun 1814.


Sumber TaikoTv

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...