Ahad, 23 Disember 2018

Apakah Kelebihan Membaca Bagi Anak-Anak?

Secara dasarnya, semua kanak-kanak suka membaca. Namun, jika kegemaran dan keinginan membaca itu tidak dirangsang, ia akan menyukarkan anak-anak untuk pandai membaca. Di dalam Islam itu sendiri, membaca dan menuntut ilmu itu adalah satu tuntutan yang sangat besar kesannya.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Alaq ayat 1-5:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Ayat inilah yang diajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa awal perintah dakwah kepada baginda. Intipati kejayaan dakwah baginda ini adalah bermula daripada tuntutan untuk pandai membaca, menuntut ilmu dan kemudian menyebarkannya.

Ruh inilah yang ingin kita ingin tanamkan kepada anak-anak, bahawa dengan membaca maka Islam akan jadi terkenal dengan dakwah lisan dan penulisan. Tanpa tahu membaca, mana mungkin untuk seorang anak yakin kepada dirinya sendiri, berani berhadapan dengan orang lain, berbicara, bercerita dan menulis.

Tahukah anda bahawa, semakin awal kita mendedahkan anak kepada pembacaan, semakin awal anak boleh membaca. Seawal mana dan waktu bilakah yang paling sesuai untuk kita mengajar anak membaca? Jawapannya seawal yang mungkin iaitu ketika bayi lagi.

Pada zaman moden ini, kemahiran membaca adalah amat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, seseorang itu harus menyedari dan memiliki kemahiran membaca sejak dari awal lagi kerana tanpa kemahiran tersebut, seseorang itu akan mengalami pelbagai kesukaran untuk menjalani kehidupan harian di negara moden.

Cuba kita bayangkan antara anak yang pandai membaca dan tidak mahir membaca? Mereka pasti berbeza dari segi keterampilan dalam menuntut ilmu. Anak yang pandai membaca sangat sensitif terhadap persekitarannya dan teruja untuk mengetahui banyak perkara. Mereka akan banyak bertanya dan mengumpul maklumat melalui pembacaannya.

Berbanding dengan anak yang tidak mahir membaca, mereka akan mudah merendah diri, tidak bergaul mesra dan kadangkala tidak mahu langsung bercampur dengan orang lain. Mereka akan rasa tersisih dan lambat mengetahui tentang sesuatu perkara.

Satu kajian telah dilakukan di Malaysia pada tahun 2009, hampir 90 peratus daripada 3,116,200 orang kanak-kanak bawah umur empat tahun ke bawah tidak mendapat pendedahan sebarang program pendidikan awal kanak-kanak yang sangat penting bagi merangsang perkembangan awal kanak-kanak.

Apakah Kelebihan Membaca Bagi Anak-Anak?

1. Membaca melatih otak anak
Membaca adalah satu tugas yang lebih kompleks dari menonton televisyen. Dengan membaca, ia dapat menguatkan jalinan-jalinan di dalam otak.

2. Membaca akan memperbaiki konsentrasi anak
Membaca memerlukan anak untuk duduk dan fokus. Jika ini dipraktikkan dan menjadi rutin, ia dapat melatih tahap konsentrasi anak.

3. Membaca mengajar anak tentang dunia di sekelilingnya
Membaca membuka minda anak untuk mengetahui banyak perkara. Apabila membaca satu perkataan, dia mungkin bertanya pelbagai soalan.

4. Membaca akan menambah perbendaharaan kata dan meningkatkan skil bahasa anak

Membaca akan mendedahkan anak dengan perbendaharaan kata yang lebih banyak dan ini akan meningkatkan skil membaca, menulis dan bercakapnya

5. Membaca akan membina imaginasi anak
Membaca membuka dan meningkatkan imaginasi anak kerana anak suka membayangkan dan kemudian dia akan membina ayat dan pertanyaan.

6. Membaca akan banyak membantunya ketika di sekolah
Anak yang mahir membaca adalah lebih Berjaya ketika di sekolah.

7. Membaca juga adalah salah satu bentuk hiburan kepada anak
Membaca juga boleh menjadi salah satu bentuk hiburan dengan mempelbagaikan aktiviti membaca seperti puzzle, suaikan, kuiz dan sebagainya

8. Membaca boleh merehatkan anak dan menenangkannya.
Membaca memerlukan anak duduk dengan tenang. Ia dapat merehatkan minda dan juga badan.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...