Ada seekor singa,seekor serigala dan seekor musang yang sangat lapar disebabkan tidak makan beberapa hari.Akhirnya ketiga-tiga binatang itu berpendapat untuk pergi memburu bersama-sama.Maka berjalanlah 3 sekawan itu mencari mangsa.
Setelah lama berjalan ternampaklah mereka disuatu sudut ada 3 ekor binatang buruan,iaitu seekor lembu,seekor kambing dan seekor arnab.Mengalir air liur singa,serigala dan musang."Baik betul nasib kita hari ini,"mereka berkata.
Berkata singa dalam hati,"serigala dan musang tentu ingat aku hendak berkongsi dengan mereka makanan yang begitu lazat ini.Tak mungkin!.Tak mungkin!.Tetapi biar aku dengar ffikiran mereka dahulu!."
"serigala"kata singa,"cubalah engkau bahagikan santapan2 ini.""Baik lah tuanku!"jawap serigala."Lembu itu untuk tuanku,kambing untuk patik dan arnab pula untuk simusang.
"Oh.....begitu engkau bahagikan.Mari dekat aku sedikit."Ujar singa.Maka dengan gembiranya serigala pun merapatkan dirinya kepada singa.Apa lagi,dengan serta merta serigala terus diterkam oleh singa dan dibunuhnya.
Sesudah itu,singa bertanya kepada musang pula."Cubalah engkau bahagikan santapan2 ini!"
"Baik lah tuanku."jawap musang."Lembu untuk sarapan tuanku,kambing untuk makan tengahari tuanku dan arnab untuk makan malam tuanku."
"Bagus! Bijak sungguh engkau musang.Daripada siapa engkau belajar semua ini?"tanya singa.
"Daripada melihat nasib serigala tuanku.Daripada melihat nasib serigala!."