Bau badan yang kurang menyenangkan terutamanya di bahagian ketiak, akan mengundang rasa kurang selesa kepada orang sekeliling kita.
Punca bau badan boleh disebabkan oleh bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.
Walaupun banyak produk untuk menghilangkan bau ada di pasaran, tidak salah untuk kita mencuba rawatan secara tradisional, yang telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.
PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN SECARA TRADISIONAL
PETUA 1 – LIMAU KASTURI
Amalkan gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan seterusnya jangan dibuang. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air tersebut. Bau badan anda pasti akan hilang.
PETUA 2 – DAUN SIRIH
Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi di pagi hari. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan.
Daun sirih bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif. Daun sirih diakui dapat menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria
PETUA 3 – TIMUN
Hiriskan timun kepada beberapa potongan kecil, kemudian gosokkan di ketiak anda ketika mandi. Selepas itu, barulah dibilas bersih.
Amalkan setiap kali ketika mandi. Anda akan nampak kesannya nanti.
Pelbagai cara boleh diamalkan untuk menghalang badan dari berbau. Jangan berhenti mencuba.
Ingat, tiada siapa suka jika badan anda berbau!