Bercucuk tanam di tengah padang pasir ialah idea yang boleh dianggap gila dan tidak masuk akal.
Tetapi ini tidak menghentikan projek kebun sayur-sayuran gergasi yang terletak di Wadi Rum, Jordan.
Wadi Rum ialah kawasan padang pasir yang kini menjadi kebun penanaman sayur oleh Rum Farm Organics.
Projek penghijauan padang pasir ini sudah dilakukan sejak 1986 dan ianya kini membekalkan sayur-sayuran seperti kobis, kentang dan tomato untuk pasaran Jordan. Rum Farm Organic mengepam air dari akuifer yang terletak 40 meter di bawah padang pasir untuk mengairi ladang mereka yang kini mempunyai keluasan 2000 hektar.
Sistem pancuran air berputar digunakan dans setiap kebun sayur berbentuk bulatan ini mempunyai keluasan 78 hektar setiap satu. Yang menarik tentang teknologi penghijauan padang pasir ini ialah ianya bukan teknologi baharu tetapi telah digunakan sejak zaman tamadun Mesir lagi.
credit: amusingplanet, dairyspecialistinrussia
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Ahad, 28 Oktober 2018
WADI RUM : Kebun Hijau Di Tengah Padang Pasir
Label:
ragam
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.