SELAIN
sentuhan, wanita juga suka dicium oleh pasangannya. Namun ciuman
tersebut tidak hanya di mulut sahaja, ada juga bahagian tubuh lain yang
wanita suka untuk dicium.
Berikut ini enam bahagian tubuh tersebut:
1. Telinga
Telinga
kerap jadi bahagian tubuh yang dilupakan untuk disentuh ketika lelaki
melakukan fore play untuk pasangannya. Padahal dengan mencium di
telinga, boleh meningkatkan libido wanita. Cubalah mencium perlahan
telinga pasangan anda dan rasakan sensasi yang akan diperolehi.
2. Belakang Leher
Salah
satu cara yang paling mudah mendapatkan mood wanita untuk diajak
bercinta adalah dengan mencium bahagian belakang lehernya. Mencium
bahagian belakang leher ini boleh dilakukan apabila anda tiba-tiba ingin
memberikan kejutan yang tidak disangka, seperti ketika dia tengah
mencuci pinggan atau bekerja di depan komputer.
3. Wajah
Semasa
mencium wanita di wajah, ciuman tersebut lebih dari sekadar ciuman.
Ketika melakukannya, ada kehangatan yang dirasakan. Cuba cium pasangan
dengan ringan dan lembut di bahagian pipi, dahi, dan garis rahangnya.
Tetapi jangan sesekali menjilat wajahnya kerana sangat tidak seksi.
Wajah pasangan anda sebaiknya dilayan dengan lembut.
4. Tulang Selangka
Semasa
pasangan anda masih memakai baju, salah satu tempat yang cukup intim
untuk dicium. Buat anda yang belum tahu, tulang selangka ada di dekat
bahu. Tulang yang menonjol di bahagian bahu, itulah tulang selangka.
5. Punggung
Anda
tentu tidak menyangka kalau punggung adalah salah satu kawasan sensitif
wanita. Punggung boleh jadi sangat sensitif untuk wanita kerana
bahagian tubuh tersebut sudah dekat dengan kawasan yang memang anda
ingin datangi.
6. Payudara
Mencium
payudara wanita boleh jadi sangat seksi. Namun kalau anda salah
melakukannya, perkara tersebut boleh membuat wanita jadi hilang selera
untuk bercinta. Jangan sesekali menggigit payudaranya jika memang
pasangan anda bukan jenis orang yang suka itu. (MyTabloid)