Berikut merupakan perbezaan antara orang yang berjaya dan tidak berjaya yang boleh anda tiru dalam kehidupan seharian :
Melakukan perubahan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana, setiap perubahan yang dilakukan haruslah mempunyai matlamat dan semangat yang kuat untuk tidak mudah mengalah.
Dengan wujudnya teknologi yang tinggi, dunia semakin bergerak dengan lebih pantas. Segalanya-galanya sudah di hujung jari dan kita tidak boleh terlalu selesa dan tidak lakukan sebarang perubahan.
Adalah penting untuk kita menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan menyembunyikan perasaan takut yang menguasai diri.
Namun, sedar atau tidak dengan berkongsi idea, ianya akan menjadikan kerja kita akan lebih bertambah baik. Apabila berkongsi idea setiap individu diberikan peluang untuk bersuara dan dari situ, kita boleh lihat kelemahan dan kekurangan yang kita boleh baiki.
Bagi individu yang sering menyalahkan orang lain tentang kesalahan sendiri, individu seperti ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat malah, sentiasa memandang rendah kepada orang sekeliling.
Dari sini, setiap pekerja tidak merasa diabaikan serta, sentiasa mengambil peluang yang ada untuk terus mencuba seperti orang lain.
Berbeza bagi orang yang tidak berjaya sentiasa kedekut untuk mencurahkan ilmu dan tidak ingin melihat orang lain turut berjaya.
Jika anda sentiasa ke hadapan, tidak mustahil suatu hari nanti anda boleh melangkah lebih jauh berbanding dengan pesaing anda. Namun, jika anda memilih untuk berputus asa, peluang untuk anda berjaya mungkin akan jadi penghalang dan anda akan ketinggalan di belakang.
Individu seperti ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diminta untuk melakukan sesuatu. Perbuatan ini juga dapat membuatkan orang lain merasa selesa dengan kita.
Tidak dinafikan, perkara ini agak sugar dilakukan. Ini kerana, apabila kita terlalu banyak idea seringkali kita merasa terlalu teruja untuk berkata-kata. Namun, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menyekat idea orang lain untuk bersuara. Sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik, dan menerima pendapat daripada orang lain adalah lebih baik.
Kunci dalam perniagaan adalah, dengan memberikan peluang kepada orang lain untuk mereka menyuarakan pendapat. Cara ini dapat menarik perhatian dan memenangi hati mereka.
Perlu untuk anda sentiasa berlaku jujur dengan semua orang untuk meningkatkan kekuatan dalam diri. Disebabkan ini juga kita dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah tanpa ada sebarang masalah yang akan datang.
Sentiasa terapkan dalam diri, untuk ikhlas bekerja dan kawal emosi dengan bijak. Dengan ini, orang ramai akan lebih mudah untuk bekerjasama dengan anda dan membuang segala kelemahan dalam diri.
Jika anda sering terapkan dalam diri dengan nilai-nilai yang positif, secara tidak langsung akan membuatkan orang ramai mudah untuk mendekati anda. Mereka juga mudah untuk berinteraksi dan sentiasa mendapat aura yang positif.
Sebagai contoh, jika anda menjadi seorang ketua dalam sebuah organisasi, tidak salah untuk anda memberikan sedikit penghargaan buat pekerja yang cemerlang. Ini juga dapat meningkat semangat mereka untuk bekerja dengan lebih keras dan berjaya seperti ketua mereka.
#1 – Orang Berjaya Inginkan Perubahan, Orang Gagal Sentiasa Takut Untuk Ke Hadapan
Melakukan perubahan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana, setiap perubahan yang dilakukan haruslah mempunyai matlamat dan semangat yang kuat untuk tidak mudah mengalah.
Dengan wujudnya teknologi yang tinggi, dunia semakin bergerak dengan lebih pantas. Segalanya-galanya sudah di hujung jari dan kita tidak boleh terlalu selesa dan tidak lakukan sebarang perubahan.
#2 – Orang Berjaya Sentiasa Keluarkan Idea, Orang Gagal Hanya Bercakap Mengenai Orang
Orang yang berjaya sentiasa memberikan idea yang kreatif dan membincangkan idea tersebut. Malah, berbeza pula dengan orang yang tidak berjaya mereka memilih untuk berfikiran negatif dan bercakap mengenai keburukan orang lain. Individu seperti ini hanya mengharapkan bantuan orang lain tanpa mengeluarkan sebarang idea dan tidak berfikiran dengan lebih jauh.Namun, sedar atau tidak dengan berkongsi idea, ianya akan menjadikan kerja kita akan lebih bertambah baik. Apabila berkongsi idea setiap individu diberikan peluang untuk bersuara dan dari situ, kita boleh lihat kelemahan dan kekurangan yang kita boleh baiki.
#3 – Orang Berjaya Terima Kegagalan, Orang Gagal Hanya Salahkan Orang Lain
Bagi seorang ahli perniagaan, turun dan naik dalam sesuatu perniagaan adalah perkara yang normal berlaku. Namun, di setiap kegagalan yang mereka hadapi sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus berjaya. Malah, mereka mengambil kegagalan itu sebagai tanggungjawab yang perlu mereka perbaiki untuk terus maju ke hadapan.
Bagi individu yang sering menyalahkan orang lain tentang kesalahan sendiri, individu seperti ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat malah, sentiasa memandang rendah kepada orang sekeliling.
#4 – Orang Berjaya Beri Peluang Kepada Orang Lain, Orang Gagal Sentiasa Lepaskan Peluang
Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sentiasa inginkan yang terbaik buat pekerja-pekerja mereka. Beliau sentiasa memantau prestasi pekerja dan memberi peluang kepada mereka untuk berkerja dengan lebih keras dan memberi peluang untuk memberikan idea masing-masing.Dari sini, setiap pekerja tidak merasa diabaikan serta, sentiasa mengambil peluang yang ada untuk terus mencuba seperti orang lain.
#5 – Orang Berjaya Sentiasa Curahkan Ilmu, Orang Gagal Suka Lihat Kegagalan Orang Lain
Apabila anda berada dalam sebuah organisasi, perlu untuk anda sentiasa letakkan impian untuk mencapai sesuatu kejayaan baru secara berperingkat. Orang yang berjaya sentiasa ingin melihat rakan-rakannya juga berjaya seperti mereka.
Berbeza bagi orang yang tidak berjaya sentiasa kedekut untuk mencurahkan ilmu dan tidak ingin melihat orang lain turut berjaya.
#6 – Orang Berjaya Ingin Terus Belajar, Orang Gagal Hanya Belajar Separuh Jalan
Untuk menjadi seorang yang lebih professional dan sebagai pemimpin yang bijak, anda harus sentiasa meningkatkan ilmu dan belajar sesuatu yang baru. Individu seperti ini tidak akan pernah berhenti belajar walaupun sudah berada di tahap yang lebih tinggi.Jika anda sentiasa ke hadapan, tidak mustahil suatu hari nanti anda boleh melangkah lebih jauh berbanding dengan pesaing anda. Namun, jika anda memilih untuk berputus asa, peluang untuk anda berjaya mungkin akan jadi penghalang dan anda akan ketinggalan di belakang.
#7 – Orang Berjaya Sentiasa Hulurkan Bantuan, Orang Gagal Hanya Pentingkan Diri Sendiri
Seorang individu yang berjaya tidak akan bertanya “bagaimana anda boleh membantu saya?”. Namun, sebaliknya mereka akan bertanya “bagaimana saya boleh membantu orang ramai untuk terus berjaya?”.
Individu seperti ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diminta untuk melakukan sesuatu. Perbuatan ini juga dapat membuatkan orang lain merasa selesa dengan kita.
#8 – Orang Berjaya Tidak Malu Untuk Bertanya, Orang Gagal Malu Untuk Bertanya
Penolakan dan kegagalan adalah dua perkara yang sering menghantui setiap individu untuk bergerak ke hadapan. Risiko untuk gagal akan menjadi kurang apabila anda selalu bertanya orang yang lebih berpengalaman. Dengan harapan, anda diberikan ‘shortcut’ dan dapat mengelakkan risiko yang boleh membuatkan anda terbakar tangan.#9 – Orang Berjaya Sentiasa Fahami Diri Mereka, Orang Gagal Tidak Fikirkan Tentang Diri Sendiri
Langkah pertama untuk anda mempengaruhi orang lain dan berjaya dalam kehidupan adalah, dengan memahami diri anda dahulu. Khususnya, anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan berinteraksi dengan orang lain. Dari sini anda dapat mengenali siapa diri anda yang sebenar. Berinteraksi dengan orang lain dapat meningkatkan kemahiran untuk anda bercakap dan berfikir dengan lebih baik.
#10 – Orang Berjaya Sentiasa Mendengar, Orang Gagal Sentiasa Tidak Berhenti Berkata-Kata
Kemahiran yang paling penting dalam perniagaan adalah, dengan menjadi seorang pendengar yang baik. Sentiasa mendengar dan menerima pendapat daripada orang lain.Tidak dinafikan, perkara ini agak sugar dilakukan. Ini kerana, apabila kita terlalu banyak idea seringkali kita merasa terlalu teruja untuk berkata-kata. Namun, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menyekat idea orang lain untuk bersuara. Sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik, dan menerima pendapat daripada orang lain adalah lebih baik.
Kunci dalam perniagaan adalah, dengan memberikan peluang kepada orang lain untuk mereka menyuarakan pendapat. Cara ini dapat menarik perhatian dan memenangi hati mereka.
#11 – Orang Berjaya Sentiasa Bersikap Jujur, Orang Gagal Sering Berahsia
Dalam buku yang ditulis oleh Kerpen sendiri, beliau menulis sejak dari kecil kita sudah mula menangis dan menunjukkan emosi, dan itu menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang kita ada.
Perlu untuk anda sentiasa berlaku jujur dengan semua orang untuk meningkatkan kekuatan dalam diri. Disebabkan ini juga kita dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah tanpa ada sebarang masalah yang akan datang.
Sentiasa terapkan dalam diri, untuk ikhlas bekerja dan kawal emosi dengan bijak. Dengan ini, orang ramai akan lebih mudah untuk bekerjasama dengan anda dan membuang segala kelemahan dalam diri.
#12 – Orang Berjaya Sentiasa Berfikiran Positif, Orang Gagal Sentiasa Berfikiran Negatif
Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sering meletakkan sikap positif dalam diri. Sikap ini dapat memberi kesan yang positif kepada orang di sekeliling anda.Jika anda sering terapkan dalam diri dengan nilai-nilai yang positif, secara tidak langsung akan membuatkan orang ramai mudah untuk mendekati anda. Mereka juga mudah untuk berinteraksi dan sentiasa mendapat aura yang positif.
#13 – Orang Berjaya Sentiasa Bersyukur, Orang Gagal Sering Mengeluh
Antara rahsia orang yang berjaya adalah, sentiasa melayan orang lain dengan baik dan bersyukur dengan segala yang mereka telah perolehi. Berbeza bagi orang yang tidak berjaya pula mereka sering mengeluh tetapi tidak ada sedikit pun usaha yang mereka telah lakukan.Sebagai contoh, jika anda menjadi seorang ketua dalam sebuah organisasi, tidak salah untuk anda memberikan sedikit penghargaan buat pekerja yang cemerlang. Ini juga dapat meningkat semangat mereka untuk bekerja dengan lebih keras dan berjaya seperti ketua mereka.