Jumaat, 6 Disember 2019

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1.       Siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.

3.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.. 

5.       Siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir solat, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

7.       Siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan pasti Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wallahu’alam.

Khamis, 5 Disember 2019

Nabi Palsu Memurtadkan Ummah

Sesungguhnya Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib Al-Quraisyi telah dinyatakan oleh Allah sebagai Nabi dan Rasul terakhir, Allah sekali-kali tidak mengangkat Nabi lagi sesudahnya. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran yang ertinya: “Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari salah seorang lelaki di antara kamu, tapi dia adalah Rasul Allah dan penutup para Nabi. Dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu.” (Al-Ahzab, ayat 40)

    Akan tetapi sejarah mencatatkan ramai individu yang mengaku sebagai Nabi sejak Nabi Muhammad masih hidup, sehingga ke abad dua puluh ini. Bermacam-macam dalil yang mereka kemukakan untuk memperkuat dakwaannya, tapi orang-orang berakal menolak dengan tegas dan menganggapnya sebagai perkara yang melucukan. Semua Nabi-Nabi yang diangkat Allah dapat dilihat sejarahnya bahawa mereka tidak ada maksud apa-apa selain hanya menjalankan perintah Allah.

    Sedang para pendakwa Nabi atau Nabi-Nabi palsu itu masing-masing mempunyai kepentingan individu tersendiri, sama ada ditaja oleh pihak lain atau atas daya usahanya sendiri. Sebahagian besar mereka yang mengaku menjadi Nabi itu dikenakan berbagai hukuman, ada yang digantung sampai mati, dibakar, dirotan dan ada pula yang dipulihkan dari penyakit jiwanya.

    Sejarah pun mencatat nama-nama individu yang pernah mengaku menjadi Nabi dari zaman ke zaman, di antaranya ialah Musailamatul Kazzab, Aswad Al-Insi, Tulaihah Al-Asadi, Sajjah binti Al-Harith, Ahmad bin Husain, Laqit, Mirza Ghulam Ahmad, Mirza Ali Muhammad, Bahaullah, Al-Mukhtar bin Ubaidillah, Ibnu Sam’an, Amir bin Harb, Abu Mansur Al-Ijli, Ibnu Said As-Sajli, Abu Khattab Al-Asadi, Ibnu Bahram Al-Juba’i, Hasan bin Hamdan, Abul Qasim An-Najar, Al-Muni’ul Qashar, Ibnu Kharba Al-Kindi, Abu Muslim As-Siraj dan lain-lain. Turut mengaku sebagai Nabi juga adalah:

Harith bin Saad; dia mendakwa menjadi Nabi di masa Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Daulat Bani Umaiyah. Ramai orang yang dapat dipengaruhi dan menjadi pengikut-nya. Tapi kesudahannya dia dibunuh bersama pengikut-pengikutnya.

Isa Al-Asfahan; dia mendakwa dirinya diangkat menjadi Nabi di masa Khalifah Al-Mansur dari Daulat Bani Abbasiah . Akhirnya dia dihukum bunuh.

Faris bin Yahya, dia mendakwa dirinya menjadi Nabi di masa pemerintahan Khalifah Al-Muktaz di Mesir. Faris mengaku sebagai Nabi Isa dan mendakwa dapat menyembuhkan penyakit sopak, orang buta, penyakit kusta dan menghidupkan orang mati.

Ishak Al-Akhras, dia mengaku sebagai Nabi di Asfahan (Iran). Dia pandai membaca kitab Taurat, Injil dan pandai mentafsirkan Al-Quran sesuka hatinya. Di antara ajarannya ialah barangsiapa yang beriman kepada Allah, beriman kepada Nabi Muhammad dan beriman kepadanya, dialah orang-orang yang mendapat kemenangan. Kerana kepandaiannya bertutur kata, ramai orang yang dapat dipengaruhinya dan menjadi pengikutnya. Ishak pada akhirnya dapat dihukum bunuh.

1) Aswad Al-Insi

    Namanya sebenar adalah Ailat bin Kaab bin Auff Al-Insi keturunan bangsa hitam Habasyah yang tinggal di Jazirah Arabia. Oleh kerana itulah dia dipanggil Aswad yang bermakna Si Hitam Pekat, dan terkenallah namanya sebagai Aswad Al-Insi. Dia mengaku dirinya sebagai nabi pada saat-saat menjelang Rasulullah SAW jatuh sakit dan segera mendapat pengikut yang ramai di kalangan kaumnya. Akan tetapi nabi palsu ini dapat dibunuh pada tahun 11 H/632M iaitu di saat-saat menjelang kewafatan Rasulullah SAW.

Si Hitam Yang Bercadar

    Aswad Al-Insi sentiasa menutup mukanya dengan cadar (purdah) seperti yang biasa dipakai oleh kaum wanita sehingga dia dipanggil juga dengan nama Zul Khimar yang bermakna orang yang memakai cadar. Dia sendiri rela dirinya diberi gelar Si Hitam atau Aswad. Sebelum mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, Aswad Al-Insi memang terkenal sebagai seorang yang mempunyai ilmu-ilmu hitam dan sihir (black magic) yang mampu memperlihatkan hal-hal yang aneh, ajaib dan menakutkan. Kerana kebolehannya itu, dia ditakuti dan dikagumi di kalangan kaumnya dan pengaruhnya besar. Ditambah lagi dia sebagai seorang orator yang tutur katanya manis dan menarik. Orang-orang awam dari suku besar Mazhaj segera mempercayainya bahawa dia sebagai nabi.

    Ajaran utama Aswad adalah membebaskan manusia dari kewajipan solat dan membayar zakat serta membenarkan perzinaan. Kewajipan solat dan zakat inilah yang dirasakan berat oleh sesetengah kabilah Arab selama ini. Apabila mendengar ajaran yang dibawa oleh “nabi” baru itu sangat sesuai dengan nafsunya, mereka berpusu-pusu datang menyatakan sokongan dan sedia mati membela Aswad Al-Insi. Mereka bersedia bergadai nyawa jika Aswad mengarahkannya menyerang Madinatul Munawwarah tempat Nabi Muhammad menyampaikan ajarannya.

    Setelah memperolehi pengikut yang ramai, Aswad maju menyerang kota Najran yang ketika itu dibawah pengawasan penguasa Islam Amru bin Hazmi dan Khalid bin Saad.

    Aswad berhasil menduduki kota itu dan wilayah sekitarnya, sementara kedua-dua penguasa Islam di situ terpaksa berundur ke kota San’a. Maka berlangsunglah keluar agama (murtad) secara besar-besaran di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Aswad.

    Dalam masa yang singkat, pengikut Aswad telah bertambah besar dan dia bertambah sombong dan bermaharajalela. Kekuatan tenteranya semakin besar kerana para pengikutnya rela berperang bersamanya. Langkah seterusnya dia membentuk 700 pasukan berkuda yang dipimpin oleh Kais bin Abdi Yaguts Al-Muradi sebagai panglima perang besarnya. Sedang zon-zon pasukannya dipimpin Maawiyah bin Kais Al-Janabi, Yazid bin Maharram, Yazid bin Hushain Al-Harithi dan Yazid bin Afkal Al-Yazidi.

    Pasukan berkuda Aswad bergerak menyerang kota San’a yang ketika itu diperintah oleh penguasa Islam bernama Emir Syahr bin Bazan yang dikukuhkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Syahr bin Bazan keluar dengan pasukannya menyambut kedatangan pasukan Aswad. Maka terjadilah pertempuran sengit di antara kedua-dua pasukan itu yang berakhir dengan kekalahan di pihak Syahr bin Bazan yang menemui syahid di dalam pertempuran bersama sejumlah besar tentera Islam lainnya.

    Aswad menduduki San’a dengan sombong dan mengambil janda Syahr bin Bazan yang bernama Azaz yang sangat terkenal cantik jelita itu menjadi salah seorang isterinya secara paksa. Walaubagaimanapun Azaz tetap menjadi seorang muslimah yang solehah, taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekalipun jasmaninya berada dalam genggaman Aswad secara paksa. Aswad juga telah mengangkat Fairuz Ad-Dailami bersama Emir Dazwih untuk mengetuai seluruh kaum peranakan (al-Abnak).

Merancang Pembunuhan

    Dengan kejayaan Aswad menakluki San‘a, umat Islam di seluruh wilayah Hadramaut menjadi cemas dan khuatir kalau-kalau nabi palsu itu mengarahkan pasukannya menyerbu wilayah Hadramaut pula. Mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi segala kemungkinan. Rasulullah SAW di Madinah telah mengetahui perkara yang terjadi.

    Baginda telah menghantar Wabar bin Yuhannis Al-Asadi sebagai utusan ke Yaman untuk memberikan arahan agar kaum Muslimin di sana tetap bertenang dan menyusun kekuatan semula untuk menghadapi Aswad. Muaz bin Jabal yang ketika itu sedang bertugas di Yaman, telah berkeliling menghubungi orang-orang yang masih kuat imannya.

    Kedatangan utusan dan khabar dari Rasulullah itu telah membuat kaum Muslimin terhibur dan semangatnya naik semula untuk menghadapi Aswad.

    Sementara Aswad sendiri semakin sombong akan kejayaannya. Dia merasa kejayaan yang dicapainya dalam waktu singkat itu adalah berkat kekuatannya sendiri dengan menggerakkan ilmu-ilmu hitamnya. Sehingga dia sering mencemuh Qais bin Abdi Yaguts panglima perang yang telah berjasa dalam memimpin tenteranya.

    Tidak ketinggalan Fairuz Ad-Dailimi dan Emir Dazwah juga sering dicemuh dan dihina oleh Aswad di hadapan orang ramai. Akibatnya, sama ada panglima Qais, penguasa Fairuz dan Dazwah menjadi benci terhadap Aswad.

    Lebih-lebih lagi perempuan janda Syahr yang dijadikan isteri secara paksa oleh Aswad sangat dendam dan membenci nabi palsu itu. Tapi mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana Aswad sangat terkenal, ramai pengawalnya dan sering menggunakan khidmat syaitan-syaitan / jin-jinnya untuk mencelakakan seseorang.

    Muaz bin Jabal melihat situasi ini sangat menguntungkan untuk mengambil kesempatan. Secara senyap-senyap dia melakukan pendekatan kepada Fairuz Ad-Dailimi dan Dazwah sambil memperlihatkan surat Rasulullah SAW. Kedua-dua Emir itu sangat gembira, bagaikan kejatuhan emas dari langit ketika menerima khabar dari Rasulullah SAW. Mereka pun melakukan pendekatan pula terhadap panglima perang Qais bin Abdi Yaguts dan berhasil. Kini ketiga-tiga orang penting Aswad itu telah sepakat untuk memusnahkan tuan besarnya yang bongkak.

    Walau bagaimanapun, mereka bertiga mesti melaksanakan maksudnya dengan terancang dan tipu helah. Sebab disekitar Aswad sangat ramai tentera, pengampu dan pengawal yang menjaganya setiap masa. Apabila mereka yang menyimpan dendam itu telah sebulat suara untuk membunuh Aswad, syaitan-syaitan nabi palsu itu dapat mengesannya lalu memberitahukan kepada Aswad.

    Syaitan-syaitan itu memberitahukan kepada Aswad bahawa ada komplot yang ingin membunuhnya yang dianggotai oleh panglima perang dan orang-orang penting lainnya. Aswad segera memanggil Qais dan memberitahukan wahyu yang dibisikkan oleh syaitan itu.
“Wahai Qais! Aku menerima wahyu yang tidak sedap tentang kamu.” kata Aswad.

“Apa katanya?” tanya Qais.

“Engkau memuliakan Qais, menaruh kepercayaan dan bermurah hati kepadanya. Awas, kelak bila dia sudah sangat akrab dengan kau dan mempunyai kedudukan yang kuat seperti engkau, dia akan menjadi lawanmu, merampas kekuasaanmu dan melakukan pengkhianatan. Wahai Aswad! Kasihan engkau.” kata Aswad memberitahukan bisikan syaitannya.

    Qais pura-pura menafikan perkara itu sambil berkata dan berkata palsu: “Wahai Zul Khimar! Itu semua bohong. Tuanku sungguh agung dan mulia di sisiku, sehingga tidak pernah terlintas dihatiku ada cita-cita seperti yang tuanku khuatirkan itu.”

“Engkau sungguh biadab wahai Qais! Engkau telah menganggap seorang raja berbohong. Raja bercakap benar, dan sekarang aku tahu bahawa engkau mesti menyesal atas semua yang pernah engkau lakukan.” kata Aswad dengan marah sambil melihat Qais dari kepala hingga ke kakinya.
Qais dibebaskan dan segera keluar menjumpai teman-teman sehaluannya untuk membincangkan apa yang telah terjadi.

“Kalau begitu, mulai sekarang kena berwaspada.” kata mereka.

    Tiba-tiba mereka punya idea untuk mendekati Azaz yang menjadi isteri paksa Aswad dan sangat membencinya. Kebetulan pula perempuan cantik jelita itu masih saudara sepupu kepada Fairuz.

    Mula-mula Qais menjumpai Azaz secara senyap-senyap dan mencuri-curi, sebab kalau diketahui Aswad, padahnya sangat besar.

“Wahai sepupuku! Engkau telah tahu musibah yang menimpa kaummu gara-gara kekejaman lelaki itu (Aswad). Dia telah membunuh suamimu, memalukan kamu dan memaksa perempuan menjadi miliknya. Adakah engkau tidak dapat bertindak sesuatu keatasnya?” tanya Qais kepada Azaz.

“Bertindak bagaimana?” tanya Azaz.

“Menghalaunya keluar.”

“Bagaimana kalau dia dibunuh saja?” tanya Azaz.

“Dibunuhpun boleh.” kata Qais.

“Memang, demi Allah. Allah tidak menciptakan seseorangpun yang paling aku benci selain si Aswad itu. Jika kamu sudah berazam untuk membunuhnya, beritahu aku. Aku akan memberimu tunjuk ajar tentang perkara ini.” kata Azaz.

Wallahu A'lam...

Rabu, 4 Disember 2019

Solat dan Saintifik

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq; dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Wallahu’alam.

Selasa, 3 Disember 2019

Teka teki Teka Teko


Soalan 1:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?






  

  
Jawapan: Penguin
Soalan 2: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, bengang pasal titi tu dah patah.
Soalan 3: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 4: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 5: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 6: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran di sebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab di luar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 7: Apabila ditarik yang di atas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 8: Aku berjalan di tepi pantai, di atas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 9: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah ke kiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Ke bawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 10: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 11: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 12: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 13: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 14: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 15: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 16: Kenapa di tepi rel keretapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 17: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 18: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 19: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 20: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor di bahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 21: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada anda manusia atau tikus!
Soalan 22: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih ramai dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 23: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 24: Apakah yang berada di antara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”

Isnin, 2 Disember 2019

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas  walaupun 
yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini 
mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan 
program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. 
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang 
kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki 
bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah 
dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka.
 
Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak 
itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun 
bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program 
latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya 
dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan 
rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. 
Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah 
dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?  Sewaktu rehat, sambil
 minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang 
anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi 
sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” 
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. 
Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang 
menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah 
menjadi hafiz. 
“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. 
Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang 
anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. 
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana 
yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak 
naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak 
saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta 
kita yang paling berharga!” Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. 
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini 
telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” 
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. 
Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak 
anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha 
Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk 
dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu 
hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan 
kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu 
pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat 
kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada 
keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja,
 sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya 
katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. 
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas 
dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu 
termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam 
organisasi dengan familinya. 
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang 
mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah
lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati 
melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan 
untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” 
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu 
mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu 
teliti. 
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah 
berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang

memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita 
mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi 
entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan 
untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak 
pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya 
untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ 
untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak
pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. 
Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita 
tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. 
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila 
keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta
diiyakan.“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan 
Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak 
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang 
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada 
pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.” 
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha 
kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud 
encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. 
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan 
paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan
 kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas 
akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya 
terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka 
dapat naik pangkat!”Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita 
dapat melalui jalan yang salah. 
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka 
dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. 
Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…Golden rule itu bukan 
untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. 
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki 
ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas 
dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. “Jadi apa yang harus 
saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi 
ni?” “Bekerjalah dengan gigih. 
Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu 
ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia
juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan 
berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…” “Maksud encik?”
 
 “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat 
kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia 
tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau  kepada Allah yang Maha Memberi pun 
manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang 
pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,
 
” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak 
berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan. 
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka 
dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti 
memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita 
terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya 
dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana 
pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu 
pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
 
Wallahu’alam.

Ahad, 1 Disember 2019

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan
sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian
yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene,
sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat
dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di
dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai
racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah
putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia,
meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki
persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap
tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan
yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah
fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg,
iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya
akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan
ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi
udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang
boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh
manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Sabtu, 30 November 2019

Khasiat Buah Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “ sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital “ makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi “ garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...