Sebiji buah lemon memberi khasiat kesihatan kepada tubuh badan kita.
Ada banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan dari sebiji lemon. Dan kita
semua tahu air lemon yang diminum setiap pagi selepas bangkit dari tidur
dapat memberi tenaga pada tubuh badan dan kesihatan yang baik.
Para pakar menyatakan yang kita perlu meminum air lemon setiap hari
kerana jus dari lemon itu mengandungi kandungan nutrien antioksida,
protein , vitamin B dan C, flavanoid, posporus, potasium, karbohidrat
dan minyak berkhasiat.
Sumber : Alex Lau
Jus lemon yang sangat menyihatkan ini boleh bertindak sebagai
antibakteria, antiviral dan membina sistem imun yang lebih baik. Ia juga
menaikkan tahap ketahanan dalam sistem imun, melawan sebarang jangkitan
penyakit oleh kerana ia mengandungi tahap bioflavonoids, pectin dan
limonen yang tinggi. Ia juga mengandungi kandungan asid sitrik, kalsium,
magnesium serta vitamin B dan C yang tinggi.
Apabila anda meminum segelas air lemon yang suam dengan perut yang
masih kosong setiap hari pada waktu pagi ia akan membantu anda membuang
toksin di dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan rasa
lapar dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga membantu membina
alkali dengan menyeimbangkan kadar pH di dalam badan.
Adakah anda tahu dengan meminum satu cawan dengan jus lemon yang
segar setiap hari ia akan membekalkan 187 % pengambilan vitamin C yang
disyorkan dalam sehari.
Malangnya , kebanyakan dari kita akan melakukan kesilapan yang biasa
apabila menikmati segelas air lemon iaitu dengan membuang kulit buah
lemon dan mengambil jusnya sahaja.
Sumber : food.ndtv.com
Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon
yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia
merupakan satu kesilapan yang besar.
Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris
sebiji lemon, memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada
panas atau sejuk dengan membuang kulitnya.
Sumber : danettemay.com
Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resepi air lemon yang betul:
1.Ambil 2 biji yang segar sebaiknya yang organik.
2.Potong dengan hirisan yang halus mengikut kehendak anda.
3.Perahkan hirisan lemon itu tadi menjadi jus di dalam sebuah bekas.
4.Setelah itu , parutkan kulit lemon yang telah diperah tadi ke dalam air lemon.
5.Anda boleh meletakkan lebihan hirisan lemon tadi di dalam botol pengisar, mag atau cawan kembara.
6.Penuhkan bekas jus lemon itu dengan air panas untuk air lemon yang
panas atau dengan ais menjadi air lemon yang sejuk. Letakkan sedikit
madu untu menambah kemanisan jika mahu. Atau boleh sahaja diminum kosong
.
Sumber : umagazine.ie
Pakar pemakanan menyatakan yang air lemon akan dapat memperbaiki
proses penghadaman . Ia juga membantu melambatkan penyerapan makanan, di
mana ia dapat mengekalkan tahap penyimpanan insulin di dalam badan dan
memastikan badan menyerap zat makanan dan mengeluarkan toksin yang tidak
diperlukan oleh badan. Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan pada
waktu pagi untuk kita memulakan hari dengan baik dan mengurangkan kadar
penyejatan air di dalam badan.
Jadi pastikan kita meminum air lemon setiap hari untuk kesihatan
badan yang lebih baik. Pastikan anda mendapat zat dari air lemon dengan
parutan kulitnya sekali.
Era Baru