Sabtu, 28 Februari 2015

Petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;
Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan
Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan. Apa yang perlu anda buat ialah,
  1. Cium atau hidu lah bau epal.
  2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
* Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.

Jumaat, 27 Februari 2015

Tips Untuk Jadi Suami Romantik

1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si isteri dan si suami.

2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.

3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik.
Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4. Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.

5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.

6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai di antara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish

Khamis, 26 Februari 2015

21 Pesanan Isteri Untuk Suami

  1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
  4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
  8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
  18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
  19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Rabu, 25 Februari 2015

Ketika Aku Sudah Tua

Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang dulu.
Mengertilah,bersabarlah sedikit terhadap aku.
Ketika pakaianku tertumpah sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu, ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.
Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau
dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku.
Ketika kau kecil, aku selalu harus mengulang cerita yang telah beribu-ribu
kali kuceritakan agar kau tidur.
Ketika aku memerlukanmu untuk memandikanku, jangan marah padaku.
Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi?
Ketika aku tak paham sedikitpun tentang tehnologi dan hal-hal baru, jangan
mengejekku,fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap “mengapa” darimu.

Ketika aku tak dapat berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk
memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.

Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk
mengingat. Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting, asalkan kau
disamping mendengarkan, aku sudah sangat puas.

Ketika kau memandang aku yang mulai menua, janganlah berduka.
Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai
belajar menjalani kehidupan.

Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, sekarang
temani aku menjalankan sisa hidupku.
Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa
syukur, dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.

Wallahu'alam.

Selasa, 24 Februari 2015

Penyimpan Rahsia Rasulullah

Bismillahirrohmanirrohim.

SEISTIMEWANYA HUZAIFAH AL YAMANI, penyimpan rahsia Rasulullah.

Nama sebenarnya ialah Huzaifah bin Yaman bin Jabir al- Abasi RA. Dia telah memeluk islam bersama-sama ayahnya. Namun, ayah Huzaifah RA syahid secara tidak sengaja kerana terbunuh oleh bunuh orang Islam. Orang Islam pada masa itu tersalah sangka kerana menyangkakan ayahnya musuh, padahal ayahnya terlewat sampai untuk mengikuti pasukan tentera Islam pada masa itu. Ketika itu ayahnya menutup muka dengan selendang, jadi orang- orang Islam tidak dapat kenal siapa. Belum sempat Huzaifah RA selamatkan ayahnya, ayahnya telah meninggal sewaktu Huzaifah RA tiba berhampiran. Pada ketika itu, Huzaifah RA cuma berkata, "semoga Allah mengampunkan dosa kamu, sesungguhnya Allah itu Arhamur Rahimin." Bila dibayar denda untuk ayahnya, Huzaifah RA membahagi-bahagikan sahaja wang tersebut kepada orang miskin pada masa itu juga.

Penyimpan rahsia Nabi SAW:

· memegang amanah menyimpan nama orang-orang munafik - Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa itu (akan tetapi anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah - adalah sahabat, bukan munafik)

· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.

· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik? Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan seperti Umar RA lagi.

· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA tidak akan pergi solat jenazah jika beliau tahu Huzaifah RA tidak pergi.

Sewaktu perang Khandak, Huzaifah RA menyamar menjadi pengintip. Waktu malam itu cukup sejuk dan gelap. Rasulullah SAW hendakkan seorang pergi mengintip apa yang sedang musuh-musuh lakukan waktu itu. Arahan Rasulullah ialah pergi intip dan balik, dan tidak membuat sebarang tindakan. Apabila beliau diperintahkan keluar mengintip, tiba- tiba badannya terasa panas dan selesa, tidak sejuk seperti sebelum itu. Sewaktu dalam perjalanan pergi mengintip, Huzaifah RA ternampak Abu Sufyan.

Pada waktu itu, dia mempunyai peluang untuk bunuh Abu Sufyan, memang peluang amat cerah untuk Abu Sufyan mati ditangannya. Tetapi apabila teringatkan pesanan Nabi SA,supaya tidak membuat sebarang tindakan, maka dia taat kepada perintah Rasulullah. Beliau merapati khemah orang musyrik masa itu, dan duduk bersama mereka. Ketika itu, Huzaifah RA hampir-hampir diketahui musuh, apabila salah seorang daripada musyrikin memberitahu bahawa yang antara mereka ini, ada pengintip. Jadi, semua orang disuruh memegang tangan orang yang berada di sebelah dan tanya siapakah orang itu. Huzaifah RA cepat-cepat memegang tangan orang disebelahnya dan tanya siapa dia, sebelum Huzaifah ditanya dahulu. Maka, terselamatlah Huzaifah RA.

Hikmah Huzaifah RA tidak bunuh Abu Sufyan ialah, Abu Sufyan sewaktu itu sedang mengemas-ngemas beg dan memberitahu tentera Quraisy yang dia sudah bersedia untuk balik ke Mekah dan melupakan perang ini. Jika ada sesiapa yang hendak balik bersamanya, mereka boleh ikut sekali, dan kalau sesapa yang masih ingin meneruskan peperangan, dia tak menghalang. Kesannya, kesatuan orang- orang musyrik waktu itu terpecah apabila terdengar Abu Sufyan berkata seperti itu. Jika Huzaifah RA bunuh Abu Sufyan tadi, orang- orang musyrik tidak dengar apa yang Abu Sufyan bakal cakapkan. (dan kita semua tahu, yang Abu Sufyan kemudiannya memeluk Islam sewaktu hampir pembukaan Mekah.) Apabila Huzaifah RA balik ke khemah, badannya terasa sejuk kembali, tidak panas seperti semasa dia keluar mengintip.

Huzaifah dilantik menjadi gabenor Madain (satu tempat di Iraq) semasa Umar RA menjadi khalifah. Orang awam bersiap-siap untuk menyambut kedatangannya. Tetapi pada hari itu, Huzaifah RA datang dengan menaiki keldai, di tangannya terdapat roti dengan garam. Madain yang dulunya di bawah pemerintahan kerajaan Parsi, terdapat banyak istana. Orang ramai bertanya Huzaifah RA, istana yang manakah yang menjadi pilihannya, tetapi Huzaifah RA minta rumah biasa sahaja sebagai rumahnya, sedikit makanan untuk beliau dan makanan keldai.

Umar RA pernah memberitahu orang ramai yang beliau inginkan masjid yang penuh dengan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah RA, Muaz bin Jabal RA dan Huzaifah RA. Untuk membuktikan kelebihan 3 orang sahabat ini, Umar RA menyuruh hambanya bawa harta dan berikan kepada ketiga-tiga sahabat ini, baginda ingin menguji reaksi ketiga-tiga pemuda ini, dan kemudiannya hamba Umar itu dikehendaki balik dan melaporkan kepada Umar RA dan orang yang duduk bersama-sama Umar pada masa itu. Apabila mendapat duit, ketiga- tiga sahabat ini telah menginfaqkan kesemua wang yang mereka peroleh. Apabila mendengar laporan itu, Umar RA berkata, "Telah aku jangkakan dan beritahu kalian tindakan mereka."

Apabila hampir saat kematian beliau, orang ramai bertanya mengapa beliau menangis? Huzaifah RA memberitahu bahawa yang dia menangis bukan kerana sayangkan dunia, bahkan mati lagi menjadi kesukaannya, tetapi beliau risau sama ada beliau akan mati dalam keadaan Allah redha kepadanya atau sebaliknya.

Apabila hampir saat kematian, Huzaifah RA mintak dilihatkan kain kapannya. Apabila ditunjukkan kain kapan yang baik kualitinya, Huzaifah RA minta tukar yang lain, yang lebih sederhana.

Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah, 40 malam selepas kematian Sayidina Usman RA dan dimakamkan di Madain (Madain juga tempat kubur Salman Farsi RA dengan Jabir bin Abdullah RA).

Sumber : http://farahfitrah7.blogspot.com/201...asulullah.html

*edit sikit

Isnin, 23 Februari 2015

What to do when you are trapped in a lift?‏

We never know when and where accidents will happen to us OR people around us.
(kita tidak akan tahu dimana dan bila kemalangan akan berlaku kepada kita atau orang disekeliling kita)

Read on and hope this piece of information may help any of us when things do happen to ourself, our friends and our loved ones.

(baca dan diharapkan maklumat sedikit ini dapat membantu kita apabila berlaku kepada diri sendiri, kawan dan orang tersayang)

One day, while in a lift, it suddenly broke down and it was falling from level 13 in a fast speed.
(suatu hari, di dalam lif, tiba2 berlaku kerosakan dan jatuh menjunam dengan pantas dari aras 13)

Fortunately, I remembered watching a TV program that taught you must quickly press all the buttons for all the levels.
(Saya bernasib baik kerana teringat dalam sebuah program TV yang memberitahu, kita perlu menekan semua butang setiap tingkat)

Finally, the lift stopped at the 5th level.

(akhirnya, lif terhenti di aras 5)

When you are facing life and death situations, whatever decisions or actions you make decides your survival.
(apabila berhadapan dengan situasi hidup dan mati, apa sahaja keputusan atau tindakan yang anda buat akan menentukan samada anda SELAMAT)

If you are caught in a lift breakdown, first thought in mind may be 'waiting to die'...
(jika anda terperangkap dalam kerosakan lif menjunam, perkara pertama terlintas adalah 'menunggu untuk mati')

But after reading below, things will definitely be different the next time you are caught in a lift.
(tetapi selepas membacanya di bawah, ianya akan mengubah tanggapan awal anda jika terperangkap sekali lagi)

First – Quickly press all the different levels of buttons in the lift.
(pertama- dengan pantas tekan semua aras di dalam lif)

Second – Hold on tight to the handle (if there is any).
(kedua-pegang kuat pada pemegang, jika ada)

Third – Lean your back and head against the wall forming a straight line.
(ketiga- sandar belakang anda dan kepala pada dinding lif dalam keadaan lurus menegak)

Fourth – Bend your knees
(keempat- bengkok kan lutut anda)

Reason – When the lift falls, you will not know when it will hit the ground, and it may result in whole body bone fracture.
(alasan- ketika lif jatuh, anda tidak tahu bila ia akan menghentam ke lantai, dan akan mengakibatkan keretakan tulang badan)

Point 1 – When the emergency electricity supply is being activated, it will stop the lift from falling further.
(point 1 - apabila bekalan elektrik kecemasan diaktifkan, ia akan menghentikan lif dari terus jatuh menjunam)

Point 2 – It is to support your position and prevent you from falling or getting hurt when you lost your balance.
(point 2 - ianya untuk menyokong kedudukan dan mencegah anda dari jatuh atau tercedera ketika hilang imbangan)

Point 3 – Leaning against the wall is to use it as a support for your back/spine as protection.
(point 3- bersandar pada dinding adalah untuk menyokong tulang belakang, sebagai perlindungan)

Point 4 – Ligament is a flexible, connective tissue. It can be attached to the bone
part of the activities, but limit the scope of their activities in order to avoid injury.

Thus, the impact of fractured bones will be minimised from the severe pressure during fall.

(point 4 -ligamen adalah fleksibel, tisu penghubung antara penghujung tulang peha dan tulang betis semasa pergerakan, tetapi menghadkan pergerakan untuk mengelak kecederaan. Kesan ke atas keretakan tulang dapat diminimakan ketika anda jatuh)

For everyone, do send out this piece of information to all!
(Hantar sedikit informasi berguna ini kepada rakan2 anda)
Wallahu’alam.

Ahad, 22 Februari 2015

Daun Besar

Pada sebatang pohon kecil, hiduplah beberapa daun yang tumbuh bersama. Di antara daun-daun tersebut terdapat sehelai daun yang sangat besar dan kuat. Daun itu diagung-agungkan kerana kekuatannya.Ia lah yang dianggap pelindung bagi daun-daun lainnya dari badai, hujan, panas matahari yang terik, dan bahaya lainnya.
 
Suatu ketika datanglah musim kemarau yang panjang. Daun-daun di pohon kecil itu mulai layu kerana tidak mendapat air dan makanan. Daun besar yang tadinya kuat dan besar mulai kering. Ia berusaha melindungi daun-daun lainnya dari matahari yang bersinar sangat terik sehingga daun-daun sahabatnya itu tidak kehilangan air lebih banyak lagi. Hari berganti hari, daun besar itu sudah sampai pada puncak usahanya. Ia mulai sobek-sobek sehingga sinar matahari mulai menembusinya. Ia mulai kehilangan kekuatan dan daun-daun lain pun sudah mulai mengabaikannya kerana ia tidak kuat lagi seperti dulu.

Beberapa hari kemudian daun besar itu merasa tidak kuat lagi dan berkata kepada teman-temannya : Teman-teman aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melindungi kalian, aku akan gugur. Selamat tinggal. Setelah berkata demikian akhirnya daun besar itu pun gugurlah. Musim kemarau terus berlanjutan, daun-daun di pohon kecil itu saling bertahan untuk hidup. Mereka sama sekali sudah melupakan daun besar yang telah berjasa melindungi mereka sehingga mereka dapat bertahan sampai sekarang.

Musim kemarau tidak juga berakhir. Daun-daun di pohon kecil itu sudah mulai kehilangan harapan. Mereka merasa sangat kelaparan, kehausan dan akan mati. Di saat mereka putus asa, tiba tiba dirasakan adanya air dan makanan dari tanah. Mereka kehairanan dengan keajaiban itu. Setelah lama mencari-cari, mereka menyedarinya. Mereka melihat daun besar itu sudah membusuk dan menghasilkan air serta sari makanan bagi mereka. Akhirnya dengan air dan sari makanan dari daun besar tadi, daun-daun di pohon kecil itu mampu bertahan sampai musim hujan datang.

Daun-daun di pohon kecil itu sangat menyesal kerana telah melupakan daun besar. Padahal sampai akhir hayatnya daun besar itu tetap menjadi pahlawan bagi daun-daun lainnya.

Renungan bagi kita :
Janganlah menilai seseorang dengan penampilan dan kekuatannya saja.
Tuhan memberikan bantuan kepada kita melalui sesiapa saja bahkan melalui orang yang kita anggap telah jatuh dan hina. Ingatlah rencana Tuhan itu ajaib dan tidak ada pilih kasih terhadap semua hambanya.
Waalhu’lam.

Sabtu, 21 Februari 2015

iGrow Network

iGrow Network is a Social Media Marketing company that provides the best tools, knowledge, compensation and products to grow any business online!

Just want to share with you the opportunity at http://invited.igrownet.com/
 





Jumaat, 20 Februari 2015

Kepimpinan Melalui Teladan

Alexander The Great, atau dikenal juga dengan nama Iskandar Zulkarnain, adalah raja Romawi yang sangat terkenal dengan kepemimpinannya. Berikut adalah salah satu cerita mengenai kepemimpinannya.
Suatu waktu Alexander The Great memimpin pasukannya melintasi gurun pasir yang panas dan kering. Setelah hampir dua minggu berjalan, ia dan pasukannya kelelahan dan hampir mati kerana kehausan. Tetapi Alexander tetap memimpin pasukannya untuk terus berjalan penuh semangat.

Pada siang yang terik, dua orang dari pasukannya datang menemui Alexander dengan membawa semangkuk air yang mereka ambil dari sebuah kolam air yang telah kerontang. Kolam air itu kering dan hanya ada sedikit air yang tidak akan cukup untuk memenuhi keperluan seluruh pasukan. Melihat hal ini, Alexander membuang air itu ke gurun pasir. Sang Raja berkata, "Tidak ada gunanya bagi seseorang untuk minum di saat ramai orang sedang kehausan!"

Demikianlah kepemimpinan itu. Anda tidak wajar memperlakukan orang lain sebagai alat untuk mencapai tujuan anda. Anda harus menunjukkan ketulusan dan keteguhan diri anda dengan sama-sama merasakan apa yang dirasai oleh orang lain.

Wallhu’alam.

Khamis, 19 Februari 2015

Teori Keperluan

Nasrudin berbincang-bincang dengan hakim kota. Hakim kota, seperti umumnya cendekiawan masa itu, sering berfikir hanya dari satu sisi saja. Hakim memulai, "Seandainya, setiap orang mahu mematuhi hukum dan etika, ..." Nasrudin mencelah, "Bukan manusia yang harus mematuhi hukum, tetapi
justeru hukum lah yang harus disesuaikan dengan kemanusiaan."

Hakim cuba menguji, "Tapi cuba kita lihat cendekiawan seperti Anda. Kalau Anda memiliki pilihan: kekayaan atau kebijaksanaan, mana yang akan dipilih?" Nasrudin menjawab seketika, "Tentu, saya memilih kekayaan." Hakim membalas sinis, "Memalukan. Anda adalah cendekiawan yang
diakui masyarakat. Dan Anda memilih kekayaan daripada kebijaksanaan?" Nasrudin balik bertanya, "Kalau pilihan Anda sendiri?" Hakim menjawab tegas, "Tentu, saya memilih kebijaksanaan."

Dan Nasrudin menutup, "Terbukti, semua orang memilih untuk memperoleh apa yang belum dimilikinya."

Wallahu’alam.

Rabu, 18 Februari 2015

Antara Manusia, Burung Dan Cacing

Bila kita sedang mengalami kesulitan hidup kerana himpitan keperluan, cubalah kita ingat pada burung dan cacing. Kita lihat burung tiap pagi keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Tidak terbayang sebelumnya ke mana dan di mana ia harus mencari makanan yang diperlukan.

Kerana itu kadangkala petang hari ia pulang dengan perut kenyang dan dapat membawa makanan buat keluarganya, tapi kadang makanan itu cuma cukup buat keluarganya, sementara ia harus "puasa". Bahkan seringkali ia pulang tanpa membawa apa-apa buat keluarganya sehingga ia dan keluarganya harus "berpuasa". Meskipun burung lebih sering mengalami kekurangan makanan kerana tidak punya punca yang tetap, apalagi setelah kawasannya banyak yang diceroboh manusia, namun yang jelas kita tidak pernah melihat ada burung yang berusaha untuk bunuh diri. 

Kita tidak pernah melihat ada burung yang tiba-tiba melayangkan kepalanya ke batu. Kita tidak pernah melihat ada burung yang tiba-tiba menenggelamkan diri ke sungai. Kita tidak pernah melihat ada burung yang memilih meminum racun untuk mengakhiri penderitaannya. Kita lihat burung tetap optimis akan makanan yang dijanjikan Allah. Kita lihat, walaupun kelaparan, tiap pagi ia tetap berkicau dengan merdunya. Tampaknya burung menyedari bahawa demikianlah hidup, suatu waktu berada di atas dan di lain waktu terhempas ke bawah. Suatu waktu kelebihan dan di lain waktu kekurangan. Suatu waktu kekenyangan dan di lain waktu kelaparan.

Sekarang marilah kita lihat haiwan yang lebih lemah dari burung, iaitu cacing. Kalau kita perhatikan, binatang ini seolah-olah tidak mempunyai keupayaan yang layak untuk survive atau bertahan hidup. Ia tidak mempunyai kaki, tangan, tanduk atau bahkan mungkin ia juga tidak mempunyai mata dan telinga. Tetapi ia adalah makhluk hidup juga dan, sama dengan makhluk hidup lainnya, ia mempunyai perut yang apabila tidak diisi maka ia akan mati.Tapi kita lihat , dengan segala keterbatasannya, cacing tidak pernah putus asa dan kecewa untuk mencari makan. Tidak pernah kita menyaksikan cacing yang mengetuk-ngetukkan kepalanya ke batu.

Sekarang kita lihat manusia. Kalau kita bandingkan dengan burung atau cacing, maka keupayaan yang dimiliki manusia untuk mencari nafkah jauh lebih canggih. Tetapi kenapa manusia yang dibekali banyak kelebihan ini seringkali kalah dari burung atau cacing ? Mengapa manusia banyak yang putus asa lalu bunuh diri menghadapi kesulitan yang dihadapi? Padahal rasa-rasanya belum pernah kita lihat cacing yang berusaha bunuh diri kerana putus asa. Rupa-rupanya kita perlu banyak belajar dari burung dan cacing.
Wallahu’alam.

Selasa, 17 Februari 2015

Keenakan Kejumah @ Temilok


PERNAH MAKAN HIDUPAN INI ?... Ini adalah ulat kayu bakau atau Kejumah gelaran yang dipanggil di Daerah Lundu, Kuching. (Gambar kecil bawah)…bahagian bulat seperti mata adalah merupakan kepala Kejumah dan bahagian bertulang dua merupakan ekornya.
KEJUMAH (temilok)mungkin tidak ramai yang tahu, jika disebut ulat kayu bakau mungkin ramai yang tahu keenakkan rasanya. Jika anda pertama kali melihat hidup-hidup ulat ini akan terasa geli dan takut untuk merasakannya dan apabila anda telah pertama kali merasa sudah tentu ingin untuk kali kedua.

Paling enak dimakan secara mentah yang diambil terus daripada kayu bakau yang baru dibelah. Ia juga boleh dimakan secara rebus campur daun bawang dan buat gulai pedas. Rasa Kejumah ini seakan-akan rasa kita menghirup telor separuh masak tanpa telor kuning.

Kalau ada terdapat di Tamu Pekan Lundu ia adalah dijual dengan harga RM12 setin susu junjung yang seberat 388g. Difahamkan bawah bukanmasyarakat Dayak sahaja gemar malah kaum Cina di Lundu juga gemar makan Kejumah ini kerana keenakkannya sukar dicari.


Proses mencari kejumah di kawasan bakau dengan membelah kayu bakau.

Kejumah ini hanya banyak terdapat di kawasan hutan kayu bakau berpaya yang menerima fenomena alam semulajadi air pasang surut air sungai,pencarian Kejumah juga tidak begitu sukar kerana ia sentiasa ada dikayu bakau yang telah lama ditenggelami air.

Tetapi tidak semua kayu bakau yang telah lama tumbang selama 2 tahun juga mempunyai Kejumah, ia kerana bakau lama tumbang ini tidak kena pasangsurut air yang menenggelamkan bakau berkenaan.

Cara menentukan kayu bakau yang mempunyai Kejumah ini ialah dengan memotong beberapa bahagian sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau ini maka petanda adanya Kejumah di dalamnya, cuma kita tidak dapat pastikan berapa banyak di dalam sesebatang bakau itu.

Kerja-kerja mencari Kejumah ini tidak susah asalkan kita tahan berjalan kaki bejam-jam lama dan tahan memikul tong seberat 18 litter yang berisi Kejumah, memikul chainsaw dan kapak .

Kita juga kena tahan serangan nyamuk hutan kayu bakau berpaya, kena tahan merempuhi kawasan payah dalam dan jika kita mempunyai ketahan semua ini maka tiada sebab kita tidak memperolehi Kejumah sebanyak mana yang boleh.

Kerja mencari Kejumah ini amat seronok kerana ia secara tidak lansung cuba menguji ketahan fizikal kita dan hasrat yang tinggi untuk menikmati keenakkan rasa Kejumah yang dimakan secara mentah di dalam hutan. Bagi orang islam jangan ragu ragu untuk makan Kejumah kerana Jabatan Mufti Negeri Sarawak mengeluarkan fatwa bahawa Kejumah boleh dimakan kerana ia bukan hidupan dua alam. Bagi yang belum mencuba boleh mencuba dengan berkunjung ke Sarawak.(Kalau Selera ditekak) Makanan yang pelik tapi enak lain disini

Isnin, 16 Februari 2015

Biasa atau Luar Biasa

Dari Dr Fadhilah Kamsah

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira; ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... " -- Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Wallahu’alam.

Ahad, 15 Februari 2015

Cabar Diri Untuk Berjaya

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
Wallahu’alam.

Sabtu, 14 Februari 2015

Kebijaksanaan dan Cinta

"Bila mata tidak terhalang maka hasilnya adalah penglihatan; bila telinga tidak terhalang maka hasilnya adalah pendengaran; bila hidung tidak terhalang maka hasilnya adalah bauan; jika mulut tidak terhalang maka hasilnya adalah pengucapan; bila pikiran tidak terhalang maka hasilnya adalah Kebijaksanaan."

Kebijaksanaan hadir pada saat Anda melepaskan semua penghalang yang Anda ciptakan sendiri melalui konsep dan proses pembiasaan yang Anda alami.Kebijaksanaan bukanlah sesuatu yang didapatkan; kebijaksanaan bukanlah pengalaman; kebijaksanaan bukanlah penerapan ilusi yang Anda dapatkan kemarin untuk memecahkan persoalan hari ini.

Kebijaksanaan bererti kepekaan terhadap situasi tertentu, pada orang tertentu, tidak terpengaruh oleh pengalaman masa lalu yang masih melekat dalam ingatan atau oleh sisa-sisa ingatan mengenai pengalaman di masa lalu.Satu lagi kalimat lain yang boleh ditambah ialah : "Bila hati tidak terhalang maka hasilnya adalah Cinta."

Wallahu’alam.

Jumaat, 13 Februari 2015

Jangan Cemburu dan 7 Petua Mengatasinya

Jadi, adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini?
1. Anda sekadar ada kereta kodok Volkswagen model 60-an yang selalu meragam di waktu pagi dan jiran sebelah rumah anda pula ada kereta Honda Civic yang bunyi enjinnya menderum sedap? Anda jadi sangat cemburu sehingga mengharapkan kereta Honda Civic jiran anda itu ditarik oleh bank?
2. Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh teroris.
3. Kawan-kawan anda sudah ramai yang kahwin, dan anda juga mahu berkahwin, malangnya atas sebab-sebab yang tertentu anda masih lagi belum boleh berkahwin. Anda jadi tersangat cemburu pada rakan-rakan anda yang sudah berkahwin sehingga kadang-kadang anda harap esok pagi juga mereka bercerai?
4. Anda tambah sendiri senario...

Cemburu Pertama Dalam Sejarah Manusia
Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.

7 Petua Mengatasi Sifat Cemburu
1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil ini.

2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:

Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia.

3)
Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain.
Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah.

5) Dalam 3 senario di atas, saya ada sentuh tentang bab kahwin. Saya jadikan isu kahwin ini agak spesifik memandangkan saya kenal dan tahu beberapa orang kawan saya, dan kebanyakkan adalah perempuan yang mengeluh kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mereka agak depress.

Berkahwin memang seronok. Siapa tidak suka kahwin. Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu, Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup?

Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala. Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!


Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Bak kata senior saya,
let's chill and relax...
Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini.

6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:

Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.
(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).


Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira.
Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku
Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.
7)
Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada.

Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk,
dan menyimpan baju di dalam almari,
dan ada katil sebagai tempat tidur,
dan memiliki sebuah rumah...

Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75%
penduduk bumi yang lain!

(Sumber: Video The Miniature Earth)

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargai sekecil-kecil nikmat Allah. Insya-Allah.

Khamis, 12 Februari 2015

Cara nak tau sebab anda memilih pasangan anda

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat telah bertanya satu soalan psikologi yang dikira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
OK, dah habis fikir dan buat keputusan? Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan? Baik, mari kita semak jawapan anda… apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
  • Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
  • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
  • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
  • Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka kutamakan dalam memilih pasangan hidup.
Selamat Mencuba.
Wallahu’alam.

Rabu, 11 Februari 2015

Selasa, 10 Februari 2015

~Blue Lake: Air Tasik Paling Jernih Di Dunia~


Planet kita mempunyai banyak tempat-tempat yang indah, khazanah, dan bersejarah. Tetapi, salah satu keajaiban yang sebenar ialah tempat yang mempunyai air yang paling jernih. Ia membawa rasa yang luar biasa apabila bersantai dan berasa seperti berasa di tempat yang suci serta memberi rasa keghairahan kepada mana-mana pengunjung. Sudah tentu, terdapat banyak tempat di dunia dengan tasik dan sungai yang mempunyai air yang jernih di sekeliling mereka.

Tetapi, tempat yang mempunyai keadaan air paling jernih dan jelas hingga ke dasar adalah Blue Lake di New Zealand. Ia mempunyai penglihatan yang jelas sehingga pada kedalaman 80 meter iaitu sebanyak sedalam 262 kaki. Bagi anda yang nak menikmati imej mengesankan permata semula jadi tersebut, meh usha kat bawah ni..













Isnin, 9 Februari 2015

7 Petanda Anda Kena Migrain

Migrain salah satu jenis sakit kepala yang banyak dikeluhkan. Serangan migrain terasa menyiksa kerana gejala yang dialami bukan sekadar sakit kepala biasa. Sampai saat ini belum diketahui secara pasti apa yang menjadi penyebab migrain.

Serangan migrain unik dan boleh saja berbeza pada setiap individu. Ada beberapa tanda atau gejala yang biasanya berlaku beberapa hari sebelum migrain menyerang. Menurut Robert Cowan, MD, pakar saraf dari Stanford University School of Medicine, kunci untuk mengetahui punca timbulnya migrain adalah memperhatikan lingkungan sekitar dan memahami apa yang boleh mencetuskan sakit kepala.

Berikut ini adalah beberapa tanda umum serangan migrain yang patut anda waspadai:

1. Menguap
Satu atau dua hari sebelum serangan migrain, anda mungkin akan lebih sering menguap dari biasanya. Bagi kebanyakan, keadaan ini seringkali mengganggu, tetapi hal ini boleh menjadi isyarat atau peringatan kepada anda untuk memulakan usaha rawatan migrain. Tanda-tanda amaran awal lain yang umumnya terjadi bersamaan dengan menguap adalah pengekalan cecair, ketagihan makanan, keletihan, haus, dan perubahan personaliti, kata Dr Cowan.

2. Aura
Aura adalah semacam kesan yang menyebabkan gangguan penglihatan. Pesakit migrain biasanya mengalami gangguan pandangan berupa titik hitam, garis, berkunang-kunang, dan kilatan cahaya. Gangguan penglihatan (pandangan kabur) harus diwaspadai sebagai tanda bakal munculnya serangan migrain.

Pada perempuan premenopause, aura bahkan harus lebih berhati-hati. Pasalnya, mengalami aura sebelum migrain boleh meningkatkan risiko terkena stroke. "Kami menyarankan perempuan untuk tidak merokok atau meminum pil KB atau melakukan apa-apa yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung," kata Cowan.

3. Mual
Beberapa tanda dan gejala pada pesakit migrain umumnya berbeza-beza. Mual adalah komponen kunci dari pencetus migrain. "Jika anda mengalami sakit kepala tanpa rasa mual, anda tidak mempunyai migrain," kata Cowan. Selain loya, gangguan pencernaan lain seperti muntah dan cirit-birit patut diwaspadai.

4. Sakit pada satu sisi kepala
Sakit kepala kerana tegang atau sakit kepala jenis lain cenderung menyebabkan sakit kepala menyeluruh, atau sekurang-kurangnya merata pada kedua sisi. Kesakitan pada satu sisi kepala yang disertai mual merupakan salah satu petanda anda terkena migrain dan bukan jenis sakit kepala lain.

Sakit migrain umumnya semakin parah bila ditambah aktiviti fizikal. Pesakit migrain juga boleh mengalami rasa sakit seperti berdenyut, merasa dipukul, ditarik-tarik, lemas, sehingga sukar untuk melaksanakan kegiatan sehari-hari.

5. Sensitif terhadap cahaya
Orang yang mempunyai migrain sering mengeluh sakit kepala yang disertai dengan sensitiviti akut terhadap bunyi atau cahaya. Bagi sebahagian orang, cahaya, suara, dan bau tertentu juga boleh mencetuskan migrain. Cowan menjelaskan bahawa orang yang mengalami migrain cenderung mempunyai batang otak yang terlalu aktif.

6. Perubahan sensasi
Perubahan sensasi seperti merasa kesemutan pada tangan atau kaki, atau mati rasa pada lengan, kaki, atau bahagian dari wajah anda, semuanya berkaitan dengan migrain. Keadaan ini umumnya berlangsung selama serangan migrain terjadi. Jenis sensasi fizikal tersebut cukup membimbangkan dan dapat meningkatkan kecemasan serta tekanan akibat migrain.

7. Penglihatan kabur
Sensasi visual yang kabur atau silau boleh terjadi pada salah satu tahap aura migrain atau pada saat kesakitan migrain itu sendiri. Sebahagian kecil pesakit migrain mengalami gejala aura, seperti pandangan kabur dan perubahan neurologi lain, tetapi tidak disertai sakit kepala. Perubahan-perubahan dalam penglihatan disebabkan kerana ada perubahan aliran darah di otak anda.

Sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/...a-migrain.html

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...