Sehingga ke hari ini masih belum ada
manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari
Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka
telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan
saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan
komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita
sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya
penjelasan Al-Quran.
Untuk kebaikan bersama, baik kita
“melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji
Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.
Barat mengemukakan 3 teori iaitu:
1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti Islam Hadhari “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.
Fenomena ini terdapat di dalam satu
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah
s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya,
tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak
pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap
dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan
Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)
Al-Quran
Sekarang mari kita mengkaji Al-Quran
“bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat
(mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana
Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah
Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun
merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud)
(15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan
kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika
matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi
ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu
dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi
tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan
sesungguhnya (negeri) itu masih benar-benar terletak pada jalan yang
masih tetap (tidak musnah dan masih dilalui orang. (77) Sesungguhnya
pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .
Mengikut kajian saya, Al-Quran
menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah
“tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan
menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan
merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya
magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga
elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung
dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan
memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang
kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi
yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.
Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.
Quran Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang
dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang
pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah.
Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan
bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses
kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak
lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji
makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak
menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku
perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi
akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak
akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar
bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan
pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam
sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan
objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah
kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada
dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan
manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar
pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada
kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam
(sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar
bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub
utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah
lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di
bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur),
maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir
kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari
barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan
turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan
berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan
(15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti
biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih
menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa
terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang
sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi
bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang
amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan,
ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu
apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga
elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi
bertindak balas.
Kesimpulan
Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab
yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan
segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran
dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak
lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain
seperti dari Barat.