Dewasa ini, banyak wanita yang bersolat dengan hanya mengenakan tudung
labuh, jubah panjang dan stoking sehingga menimbulkan tanda tanya sama
ada solat mereka sah mahupun tidak. Adakah bersolat wajib mengenakan
telekung atau ia sekadar syarat saja? Entri kali ini menjelaskan untuk
anda.
Telekung bukanlah wajib ketika bersolat. Yang penting, seorang wanita itu mengenakan pakaian yang menutup aurat untuk mendirikan solat. Ummu Salamah r.a berkata, pernah dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang perkara ini. “Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang dan menutup kepala tanpa memakai kain sarung (izar). Baginda menjawab : “Boleh, selagi mana pakaian panjangnya itu (dar’u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.” (Riwayat Abu Dawud). Dalam hadis lain Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak diterima solat wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung.” (Riwayat Tirmizi).
Maka melalui dua hadis ini, fuqaha membahaskan syarat pakaian solat untuk wanita. Pertamanya, kain tudung menutupi kepala dan dada mereka serta kainnya perlu cukup panjang sehingga dapat menutup tapak kaki wanita tadi. Kedua, pakaian yang dipakai haruslah longgar dan tidak berbayang (iaitu tidak jarang).
Dengan pakaian seperti jubah, asalkan syarat menutup auratnya dipenuhi, maka solat boleh didirikan dengan mudah, tidak kira di mana. Tidak perlu khuatir solat lewat kerana terpaksa menunggu giliran menggunakan telekung dan sebagainya. Seandainya pakaian yang dipakai sudah cukup menutup aurat dan bebas daripada najis, maka solat itu sah.