BREK GAGAL BERFUNGSI
KENDERAAN TERBABAS
PEMECUT TERLEKAT
BONET TERBUKA
TAYAR PECAH
- Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
- Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
- Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
- Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
- Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
KENDERAAN TERBABAS
- Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
- Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
- Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
PEMECUT TERLEKAT
- Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
- Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
- Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
- Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
- Jikalau gagal hubungi mekanik.
BONET TERBUKA
- Brek secara beransur-ansur.
- Naik ke atas bahu Jalan.
- Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
- Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
TAYAR PECAH
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
- Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
- Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.