Masalah bertangguh atau dalam Bahasa
Inggerisnya ‘procastination’ merupakan satu ancaman kronik bagi ramai
umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap
bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan
dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut
akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang
mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah
semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak
fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan,
untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah
itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk
sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan
membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum
kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah
kerana momentum yang sedia ada.
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat
tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas
anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa
sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips
ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang
lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang
ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda
untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk
belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda
bimbang anda akan leka dengan internet.