Ahad, 5 Mei 2019

Generasi kurang berfikir di Internet


Kecanggihan teknologi komunikasi dan ledakan maklumat global hari ini, seharusnya membentuk dan melahirkan generasi yang berfikiran kritikal terhadap sesuatu isu.

Dalam era globalisasi dan liberalisasi ini, 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital memberi impak besar dan mengubah cara komunikasi sesama individu di setiap peringkat termasuk parti politik dan kerajaan.

Menguasai kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat serta kebijaksanaan berfikir bagi memahami dan menganalisis maklumat menerusi Internet, kini bukan sahaja satu keperluan, bahkan kelebihan supaya tidak ketinggalan dalam apa jua bidang.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata senario hari ini memerlukan 'hyperconnectivity' dan ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Dalam dunia yang kini dihubungkan dengan jalur lebar berkelajuan tinggi, setiap lapisan masyarakat terdedah dengan pelbagai pendedahan dan pencerobohan di media sosial. Apa yang penting ialah kita kena berhati-hati dan 'hyperconnectivity' ini amat bagus jika kita manfaatkannya ke arah kebaikan,"
katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Malangnya, keghairahan pengguna Internet berkongsi apa jua maklumat yang diperoleh dengan pantas hari ini telah mewujudkan generasi yang kurang berfikir.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi ketika membincangkan mengenai 'hyperconnectivity' pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas 2014) berkata dewasa ini, kesuntukan masa untuk menyaring dan berfikir menjadi 'tabiat' pengguna Internet termasuk di luar negara.

Akibatnya, mereka berkongsi maklumat yang tidak sahih serta gambar yang tidak sepatutnya sehingga ia menjadi 'viral' lantas menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan di kalangan khalayak khususnya yang melibatkan sesuatu isu panas.

Dalam hal ini, beberapa anggota panel bersetuju bahawa aspek kawalan kendiri dan kemahiran menganalisis maklumat sangat penting, khususnya di kalangan generasi muda, yang terlalu bergantung kepada kepada teknologi maklumat.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai seramai 35.7 juta pemilik telefon pintar.

Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Oktober lepas, rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan surat khabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial.

"Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. Seramai 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook," nyata laporan itu.

Bilangan pengguna Internet Malaysia diunjurkan meningkat sebanyak tujuh juta pada 2015 berbanding 18 juta pada 2012.

Meraikan kepintaran teknologi yang boleh mengupayakan pengguna dalam mendapatkan akses terus sesuatu maklumat secara optimum, bukanlah lesen untuk seseorang individu melakukan penyalahgunaan.

Presiden Aktivis Belia Tanahair (ABATA) Azrinizam Ibrahim berkata pengguna Internet khususnya generasi Y, harus memastikan maklumat yang diterima datang daripada sumber sahih.

"Kalau kita berkongsi maklumat atau berita berbentuk fitnah... ya, sudah tentu ia akan mengucar-kacirkan masyarakat, contohnya dalam isu banjir, yang mana dilaporkan kononnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Terengganu akan memotong bekalan elektrik dan ini meresahkan rakyat," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom Afzal Abdul Rahimo pula berpendapat penggunaan Internet yang bebas dan membolehkan 'hyperconnetivity' mestilah diseimbangkan dengan sikap penuh tanggungjawab dan ketertiban.

- Bernama

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...