Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan
kecantikan rambut mereka.Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya
begitu. Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan
kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin
mereka merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup
dengan tudung sepanjang hari. Harap-harap janganlah anda berperasaan
begini. Tidak mahukah anda tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga
anda?Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita,
anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota
wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan
penampilan diri yang lain.
Tidak dinafikan , wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang
lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung.
Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh
menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.
Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus
untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap
pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurn
dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu.
Jika anda membiarkan rambut kering sebanyak 50 peratus dan kemudian
terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, anda hanya mengundang
petaka kepada rambut anda sendiri.Berikut adalah panduan yang boleh anda
ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.
1)Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini.
Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari.
Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci
rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun
kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk
betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan
pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara
menyeluruh.
Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.
Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari
kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara
semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya
dengan tuala.
2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda
harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih
fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah
pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang
memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
Cadangan: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan
tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3) Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang
terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah
gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut
mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini
semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.
4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang
dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk
mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat
dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat,
masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga
dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit
lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak
mencari penyelesaianya.
Cadangan: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.
Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan
sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya
sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda
mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga
menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.
5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah,
teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih
dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di
tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan
rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan
pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi
sebaik sahaja sampai di rumah.
Cadangan: Waktu ini, sebaiknya anda berehat sepenunya . Jangan lakukan
kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan
bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya
agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan “rehat”
dengan sempurna.
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Rabu, 19 Oktober 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.