Selasa, 7 Februari 2017

9 Langkah Untuk Pengiklanan Yang Lebih Berkesan

Proses pengiklanan akan terkesan sekiranya benar-benar melekat di hati pelanggan. Apabila ingin menggunakan sesuatu perkhidmatan, jenama kita disebut-sebut di bibir-bibir pelanggan. Ini bermakna iklan kita berjaya!
Awas! Jangan diabaikan 9 nasihat ini. Jom baca dan amalkan nasihat berikut:

#1-Jangan Main Teka-Teka, Jangan Main Rasa-Rasa


Kempen pengiklanan yang menghasilkan pulangan lumayan memerlukan kajian pasaran, split testing berulang kali, proses mengesan dan mengukur (tracking & measuring) yang berterusan.
Track – Rekod data.
Measure – Ukur prestasi berdasarkan data yang direkod.
Melalui data yang direkod, kita tahu apa yang tidak berkesan dan apa yang perlu ditambah baik.

#2-Jangan Tiru Bulat-Bulat Iklan Orang Lain

Berkesan untuk orang lain, belum tentu berkesan untuk kita. Berkesan pada masa sekarang, belum tentu berkesan pada masa akan datang.
Aktiviti testing tidak akan berhenti.
Lagi satu, jangan ambil mudah 2 perkara ini :
  • Penulisan headline.
  • Pemilihan gambar.
Belajar untuk betul-betul kuasai dua (2) perkara di atas.

#3-Ambil Peduli Apa Pelanggan Mahu

Iklan gagal apabila ditulis mengikut sedap mata kita membaca namun tidak ditulis berdasarkan apa yang pelanggan mahu.
Pelanggan ialah sumber terbaik untuk dapatkan idea menulis iklan yang berkesan.
Orang yang serahkan duit kepada kita ialah pelanggan. Sudah tentu banyak perkara kita boleh dapat daripada mereka untuk tahu apa kelemahan yang perlu ditambah baik.
Iklan juga sebaiknya ditulis mengikut lenggok bahasa perbualan mereka.

#4-Jangan Gelojoh


Peringkat awal, kuasai satu sahaja saluran (channel) dahulu sebelum kembangkan ke saluranl lain. Jangan tamak untuk kuasai semua saluran sekaligus.

#5-Letak Sasaran Realistik

Apakah sasaran kita? Berapa pulangan yang mahu kita capai?
Pernah seorang peniaga hubungi saya dengan perasaan teruja menyatakan jualan beliau pertama kali capai RM50k dalam masa sebulan.
Apabila disemak kos iklan, beliau sebenarnya rugi. Jangan letak sasaran untuk jualan sahaja. Lebih penting, berapa untung bersih yang kita mahu capai.
Jualan ialah duit masuk. Penting juga kita semak, berapa duit keluar.

#6-Simpan Database Pelanggan


Labur duit pada pengiklanan untuk dapatkan pelanggan. Maka simpan maklumat mereka.
Melalui iklan, pertama kali kita dapat duit mereka. Apabila maklumat disimpan, mudah untuk kita bina hubungan selepas itu.
Ia akan meningkatkan kekerapan mereka membeli dan juga memanjangkan hubungan perniagaan kita dengan mereka.

#7-Jangan Jual Kepada Semua Lapisan Masyarakat

Sasarkan pelanggan lebih spesifik. Lebih mudah untuk kita mendominasi kumpulan kecil dahulu sebelum go big.
Usah ditiru permainan jerung besar. Rentak tari mereka berbeza.
Jadi ‘abang kawasan’ atau ‘kak long kawasan’ untuk kumpulan kecil dahulu. Kuasai wilayah kecil dahulu sebelum kembangkan ke wilayah lain.

#8-Jangan Iklan Di Lubuk Yang Salah

Apabila kita sudah kenal pasti sasaran pelanggan, senaraikan tempat mereka berkumpul.
Khuatir kita tuju lubuk yang salah. Kita tidak iklankan breast pump dalam majalah motor trader.
Kita tidak iklankan kelas belajar Al-Quran di perumahan majoriti penduduk bukan Islam.

#9-Jangan Buat Iklan One-Off


Iklan memerlukan kekerapan. Iklan hardsell kah, dalam bentuk konten kah, dalam bentuk penceritaan kah, tidak kira di medium mana sekalipun, online atau offline, semuanya memerlukan kekerapan.
FREQUENCY & CONSISTENCY – Ini kuncinya!
Harapkan sekali buat iklan terus berkesan?
Lagi lama kita harapkan magis ini berlaku, lagi lama kita akan buang masa dan lagi banyak kita akan buang duit dalam pengiklanan.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...