Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang seketika, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari
mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu
berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi
mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan
penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan
masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan
kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana
panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Kelima: Jaga sedekah
setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat
Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus
menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali
bin Abu Talib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa dia akan merasa
selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat
dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Jagalah selalu sunnah-sunnah baginda besar
Nabi besar Muhammad SAW kerana hanya kitalah yang dapat meneruskan
sunnah-sunnah beliau. Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti
sunnahku, bererti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku,
maka akan masuk syurga bersamaku.”
Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Agar kita yang muslim boleh
menjalankannya. Membantu menyebarkan ini akan mendapat pahala, kerana
kita akan mengingatkan saudara-saudara kita.