Anda mungkin berfikir
berdengkur ketika tidur hanyalah satu perkara biasa yang kebanyakan
orang hadapi, dan tidak memberi kesan sampingan. Tetapi sebelum anda
merasakan dengkuran anda sebagai sesuatu yang biasa, pertimbangkan ini:
“Orang yang berdengkur adalah disebabkan oleh apnea tidur yang teruk dan mempunyai peluang 40 peratus lebih besar untuk mati lebih awal daripada orang biasa. Ini kerana gangguan tidur ini adalah berkaitan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung hingga kemurungan” – Pakar Perubatan Karl Doghramji, MD, pengarah perubatan pusat tidur Thomas Jefferson University dan Hospital di Philadelphia.
Malah, data menunjukkan bahawa orang-orang yang menghidap apnea tidur
adalah dua kali lebih berkemungkinan diserang serangan maut seperti
penyakit jantung dan serangan jantung secara tiba-tiba.
Kajian klinikal menunjukkan bahawa merawat apnea tidur dengan tekanan saluran udara positif secara berterusan (CPAP) mengurangkan risiko penyakit jantung. Rawatan untuk gangguan tidur ini dikatakan berkesan.
Satu kajian menunjukkan 74 orang yang pengdengkur mendapat peluang lebih besar untuk mengantuk pada waktu siang dan mereka juga mempunyai kebarangkalian mengalami kemurungan atau gejala keresahan.
“Orang yang berdengkur adalah disebabkan oleh apnea tidur yang teruk dan mempunyai peluang 40 peratus lebih besar untuk mati lebih awal daripada orang biasa. Ini kerana gangguan tidur ini adalah berkaitan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung hingga kemurungan” – Pakar Perubatan Karl Doghramji, MD, pengarah perubatan pusat tidur Thomas Jefferson University dan Hospital di Philadelphia.
Masalah Kesihatan Yang Mungkin Anda Hadapi Akibat Dengkuran Yang Teruk
Strok
Analisa data kesihatan dari satu kajian tidur mendapati bahawa
berdengkur adalah berkaitan dengan risiko karotid aterosklerosis –
penyempitan arteri di leher disebabkan oleh deposit lemak yang dikenali
sebagai plak – dan hasilnya, strok.
Ringkasnya, lebih kuat dan lebih lama anda berdengkur setiap malam, risiko jangka panjang anda yang lebih besar untuk strok.
Dapatkan bantuan ketika tidur, terutamanya jika anda mengalami rasa
mengantuk siang hari. Tanya pasangan anda sama ada pernafasan anda
berhenti ketika tidur atau tidak, jika ya, kedua-duanya adalah
tanda-tanda apnea tidur.
Penyakit jantung
Menurut Dr Doghramji Pengarah Perubatan Pusat Tidur Thomas Jefferson University dan Hospital di Philadelphia, apnea tidur dikaitkan dengan masalah kardiovaskular, seperti tekanan darah tinggi dan penyakit arteri koronari, yang akhirnya membawa kepada serangan jantung.Kajian klinikal menunjukkan bahawa merawat apnea tidur dengan tekanan saluran udara positif secara berterusan (CPAP) mengurangkan risiko penyakit jantung. Rawatan untuk gangguan tidur ini dikatakan berkesan.
Kesihatan Mental
Dengkuran tidur boleh menjejaskan kesejahteraan mental anda, yang membawa kepada isu-isu seperti mudah tersinggung dan kemurungan yang serius akibat kekurangan tidur.Satu kajian menunjukkan 74 orang yang pengdengkur mendapat peluang lebih besar untuk mengantuk pada waktu siang dan mereka juga mempunyai kebarangkalian mengalami kemurungan atau gejala keresahan.
Sakit kepala
Adakah anda sering bangun dengan rasa sakit kepala? Penyelidik
mendapati, 268 orang yang berada pada tahap dengkuran biasa sering
mengidap sakit kepala yang kerap pada waktu pagi dan gangguan tidur
termasuk insomnia dan apnea tidur.
Kurang Kepuasan Seksual
Satu kajian ke atas 827 lelaki yang lebih tua mendapati bahawa
lebih banyak dan lebih kuat mereka berdengkur, semakin kurang kepuasan
seksual mereka. Ramai orang yang begitu terjejas dengan dengkuran mereka
dan mereka tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim
dengan pasangan mereka.
Komplikasi janin
Berdengkur semasa hamil biasanya disebabkan oleh pertambahan berat
badan. Yang lebih membimbangkan adalah dengkuran ini juga disertai
dengan peningkatan risiko untuk komplikasi janin.
Lakukan pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik berdekatan jika
anda atau pasangan anda mengalami denngkuran yang teruk ketika tidur.